Macam Aku Ada Kuasa Sakti.
25.12.12
first of all, minta maaf sebab dua hari ni aku asyik post benda-benda sedih..
harap memahami diri ini tengah mencari kekuatan diri..
letih woo nak berlakon jadi seorang yang happening tapi dalam masa yang sama hati sangat-sangat la TAK OK!
back to the main topic..
adalah seorang makhluk Allah ni, dia kata mulut aku ni masin..
amboi.. gaya mcm aku makan garam je keje..
memang aku ni suka buli dia dan dia ni alahai.. tak kisah betul aku nak buli dia..
kesian gak kat dia sebab bila aku boring je, dia la jadi mangsa kekejaman aku.. hahaha..
bukan buat apa pun.. selalunya aku akan acah-acah nak asam pedas kan dia, jadikan dia sup tulang, penggal kepala dia, cincang dia dan macam-macam lagi.. hihihi..
haritu, aku cakap nak jirus dia dengan air panas dan dia melawak balik, "bagus tu untuk hilangkan sakit belakang" =.="""
malamnya, dia cakap kat aku, "farah, kau jangan cakap bukan-bukan lepas ni, mulut kau tu masin."
"eh, kenapa? ada apa-apa terjadi?"
"tadi aku jerang air, lepas tu aku angkat cerek tu kendi dia patah, habis melecur tangan aku.."
OMG! OMG! OMG!
aku tau la kadang-kadang instinct aku ni betul. tapi, sampai macam tu sekali jadi kat dia. i'm sorry~ hehe..
keesokannya, which is semalam, melaka ni sejuk sangat-sangat..
oh! melaka tercinta mendugnya dirimu semendung hatiku.. hehe..
kawan aku tu, dia ada kerja buatkan parking kereta kat rumah dia..
aku saja jela halau dia daripada menyemak kat fb dan suruh dia pergi buat kerja dia..
tapi kalau dah hari hujan, macam mana nak bancuh simen kan?
kemudian dia cakap hujan dah berhenti, so dia kena pergi kacau simen..
HAHAHAHA!!! nasib kau la..
"mulut kau la masin suruh aku buat kerja"
itu baru dua perkara..
semalam aku buat entry pasal arwah lan dan ada mention anah yang lama menghilang..
tup! tup! setengah jam macam tu lepas aku post, cik adik tu muncul!
keapakahan ini? hahaha..
kalau arwah lan yang muncul, mahu angkat kaki lari tak cukup tanah der.. hehe..
dan aku melayankan si anah ni sampai ke subuh..
nak buat macam mana, dah waktu kitorang berbeza GMT+ 8:00 dengan GMT+1:00..
semoga berjaya di sana.. busy nau adik sorang ni.. huhu..
so, kesimpulannya, semuanya hanya kebetulan.
hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa.. :)
nota zizie : chubby lia is coming to Melaka today! drama air mata akan berlangsung! hehe..
2 comments
mulut masin takpe kalau hati manis. harharhar
ReplyDeletehuwahh kebetulan giler kan..
ReplyDeletedsyat-2..