Bukan Senang Nak Jadi Blogger.
18.1.13
pernah tak bila ada kawan-kawan korang tahu yang korang ada blog, pastu dorang cakap,
"isk.. kalau aku la, aku tak tahu nak tulis apa.."
sebab masa aku start blogging dulu, ramai kawan-kawan aku cakap macam tu..
ada juga yang stop blogging sebab ketandusan idea..
yang belum pernah menjadi blogger dah fikir macam tu, apatah lagi yang menjadi blogger ni..
yes! bukan senang untuk menjadi seorang blogger ataupun penulis..
idea atau buah fikiran merupakan satu elemen yang penting..
no idea, no entry, no readers..
tapi, aku respect la siapa yang berani mencuba..
daripada yang tak pernah mencuba tapi dah beri komen negatif..
"eleh, setakat blog cikai macam kau, siapa je yang nak baca.."
"entah apa-apa la yang kau mengarut dalam blog kau tu.."
"alah.. tutup jela blog kau tu.. tak menarik langsung!"
dan macam-macam lagi..
that's my blog! ;)
aku pun pernah ketandusan idea nak tulis apa..
dan aku pun banyak merapu je dalam blog aku ni..
orang nak baca ke tak, aku tak pernah ambil peduli sebab aku tak kisah..
dan aku tahu sekarang ni pun ada je yang tengah baca ni haa... hahaha...
aku lebih suka korang merapu, tulis je kisah hidup korang daripada buat entri-entri pasal GA/segmen..
sebab aku ni suka membaca kisah hidup dan pendapat orang..
dan sedikit demi sedikit dapat membuka mata aku tentang kehidupan walaupun banyak benda lagi yang aku kena tempuhi..
aku pernah kot kena kritik pasal blog aku ni..
aku pernah tulis kat entri INI
well.. "beliau" dalam entri tu dah insaf dah.. hahaha..
dia pun nak cuba buat blog jugak sebab cuti semester ni macam tak buat apa sangat..
tiba-tiba tadi dia cakap yang dia tak tahu nak tulis apa.. tekkkk!!!!
itu la.. dulu kata lagi kat aku :P
so, kepada newbies korang jangan la cepat berputus asa..
aku dulu pun banyak merapu dan sekarang pun aku duk merapu lagi.. hehe..
so, keep up blogging dan dalam masa yang sama cuba matangkan cara penulisan..
tapi, aku suka cara penulisan yang gila-gila and full with sense of humor.. muehehe..
ALERT!!
perbuatan menciplak idea orang lain atau tidak mengkreditkan sumber adalah sangat tidak bertamadun dan TAK COOL!!
nota zizie : kepada beliau, jangan terasa tau.. tak bermaksud apa-apa pun ;) just perkongsian.. hehe..
18 comments
sokong...memg bukan senang nk jd blogger
ReplyDeletetapi alah bisa tegal biasa ;)
Deletehahahaha blogger is a career. boleh gtu?
ReplyDeleteboleh.. ada yg jadikan blogging tu sbgi satu career ;)
DeleteSetuju! Bukan Senang nak jadi blogger especially menjadi seorang blogger yang berjaya. Anyway gud luck to u as a blogger :)
ReplyDeletethank you :)
Deletebetul tu, bukan mudah untuk menjadi seorang blogger. berblog juga sebagai satu perkongsian...
ReplyDeleteyup... so true..
Deletehaha . setuju2 . saya pun pernah dikritik . "blog kau mcm syok sendiri je" . peh , kecikkk hati mak jemah . hahaha
ReplyDeletelebih kurang mcm zizie je.. "xhabis2 ngan kisah bajet kau" sentap mak noq.. huhu...
DeleteAssalammualaikum..mencuba sesuatu yang baru itu bermakna kita sudah berjaya..macam rama-rama..berjaya keluar dari kepompong..terbang..bebas..macam kita pula hias blog cun-cun..tak comel jadi cute..then..serah pada Allah..setiap penyampaian yang berfaedah..Allah pasti bantu gerakkan hari reader untuk singgah..jatuh cinta..dan taraaa.. (:
ReplyDeletewaalaikumsalam.. yup.. betul tu kak.. ;) amboi.. siap jatuh cinta lagi tu... hahaha..
Deletecomel je buat lappy cmtuh ;p
ReplyDeletehehehe.. Alhamdulillah... time tu otak tgh kreatif.. chewaahhh.. :P
Deletebiasa la tuh blogger. kalo x pernah ada pengalaman ketandusan idea, bkn la blogger nama nyer. tp aku style relax sket. kalo sebulan xde idea, mmg sebulan la aku x update blog. keh3...
ReplyDeleteBetul tu... Sokong sangat ngan kata-kata dalam etri ni... Selamat berkenalan... :-)
ReplyDeleteeh eh comelnya lappy dalam tu , mcm mana buat ye :p
ReplyDeletekalau dah seronok nak menaip, makan pon bleh lupa woo..penangan blogging..hehe
ReplyDelete