Baik untuk Baik, Jahat untuk Jahat.. Yang Dah Taubat?
5.1.13
selalu kot kita dengar,
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk lelaki yang baik...." and vice versa...
yup! memang betul.. baru la adilkan?
hari tu, aku tertarik dengan apa yang kawan aku share dekat facebook..
kadang-kadang persoalan ni selalu gak terlintas kat dalam hotak mereng aku..
tapi, aku tak tahu nak tanya siapa.. dan ni kira pertanyaan aku terjawab la pulak kan..
credit : Aurat Itu Mahkota Wanita
ustazah aku dulu selalu kata, "sejahat mana pun manusia, kita akan dambakan pasangan yang baik.."
betul betul!!
sebab macam kawan-kawan lelaki aku..
aku tahu je dorang tu bukan betul sangat.. kadang-kadang menggatal!
tapi, bila dah jumpa calon yang dorang rasa sesuai, nanti keluar la ayat macam ni, "tu aku buat stok jadi bini aku weh.."
KOROK MUNG main stok2.. ko ingat dia barang ke apa main istilah stok..
ketuk jugak dorang ni kan..
back to the topic,
masa aku pergi kursus kahwin, quotes tu tergolong dalam term SEKUFU..
aku ingat lagi ada akak ni tanya, "apa maksud sebenar sekufu? adakah jika saya mempunyai segulung ijazah, bermakna suami saya juga seelok2nya mempunyai segulung ijazah?"
haa.. lebih kurang macam tu la..
menurut ustaz tu, dunia sekarang macam tu la..
kayu ukur sekufu ialah taraf pendidikan, the level of education.. ( X )
salah pemikiran tu..
kalau zaman P.Ramlee, boleh rujuk filem Ibu Mertuaku la kot..
which is orang salah tafsir sekufu tu kedudukan HANYA dari segi harta ( X )
sebenarnya sekufu bermaksud persamaan antara calon suami & isteri dari beberapa sudut :
1. beragama dan baik.
2. Pekerjaan
3. Tak ada kecacatan sehingga boleh menuntut fasakh.
sumber : [SINI]
bagi aku, no 1 yang penting! susah kot nak cari dalam dunia modenisasi sekarang..
kalau no 2 tu, orang selalu kata duit boleh dicari.. usaha la!! jangan duk usaha yang atas katil, bawah selimut je.. :P
no 3 tu, aku tak tahu nak cakap.. tapi, cinta itu buta.. kalau betul-betul sayang, insyaAllah kekal till jannah!! kan? ;)
harap-harap korang dapat sedikit pencerahan pasal hal ni.. hehe..
7 comments
betul2..doa la dari sekarang disamping tu kita kene la jadi solehah..yg penting niat ikhlas kerana Allah.... :)
ReplyDeletelillahi Taala :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian..Hanya Allah yang layak menilai baik buruk manusia.
ReplyDeleteSama2 :) dan hanya Allah yang layak menentukan siapa masuk syurga atau neraka :)
Deletewahh..bagus-2 sharing-2 :D
ReplyDeletesharing is caring ;)
Deletebagusnya..
ReplyDelete