Flashback #8 : Siput si ciput~

5.5.11
     Assalamualaikum.. Hari nie aku sakit pinggang.. bukan disebabkan aku exercise (salah satu benda yang dah lama aku tinggalkan..) semuanya disebabkan duduk selama entah-berapa-jam.. memang betul la kata-kata manusia bahawa manusia memang rumit.. duduk lama pun sakit,berdiri lama pun sakit..
     Actually aku tolong along buat popia gulung yang kecil2 tue.. bila bangun ja dari pedudukan, PRAKK!! berbunyi haa pinggang aku.. hehehe.. bunyi mcm tue mcm tulang patah pula.. hehehe.. time tengah buat popia tu,teringat mak kat kampung.. dulu,kalau datang angin rajin mesti tolong mak buat popia tapi biasanya mak buat popia ikat or lebih dikenali sebagai simpulan kasih.. mula2 dengar orang sebut simpulan kasih tu,aku tercengang pun ada,nak tergelak pun ada.. hehehe..

     In the same time,aku teringat satu incident time aku kecil2 dulu..


    Time tu umur aku 6 tahun and tadika tempat aku belajar adakan jamuan akhir tahun.. Cikgu Mariam, guru tadika aku arahkan kitaorang bawa makanan like kuih or biskut.. Esoknya,aku pun bawakan makanan yang mak bekalkan..
     Ngah aku sembang pasal kau-bawa-apa-hari-ini, Kak Jah,tukang masak kat tadika tanya aku, "Izzati,bawa apa hari ni?" Then,ngan muka comel aku jawab, "Kuih siput babi~". "HAHAHAHAHAHAAHHAHAHA!!!!"  Semua kawan aku yang ada kat situ semua gelakkan aku.. Aku pun gelak la sekali ke atas kebebalan aku..
     A few weeks later,Kak Jah datang la melawat rumah sebab time tu mak baru ja selamat lahirkan Syahir (Bukan Shahir AF8).. Time tu,aku ngah menonton tv.. Mak ngan Kak Jah pula sembang betul2 kat tepi aku and Kak Jah buka cerita pasal siput babi tue.,. aduh.. Kak Jah nie.. Nasib baik boleh control comel time tu.. hehehehe..







Kalau teringat pasal ni,memang aku tersenyum sorang2.. hehehe... memang tak terfikir langsung kenapa la aku boleh tersasul siput babi..



Wassalam..

You Might Also Like

0 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.