Oh, Kekasih-Kekasih Hati!

23.10.15
Oh, Kekasih-Kekasih Hati! | Kekasih-kekasih? Ya. Kata ganda yang bermakna lebih dari satu. Eh, mana meriah hidup kalau ada satu aje kekasih hati. Curang? Taklah. I is setia sebab tu masih lagi kekal dengan kekasih-kekasih yang ada. Kalau curang, dah lama dah dorang kena tinggal..


Semalam, sakan pulak zizie bergayut dengan kekasih-kekasih yang berada di Sabah. Rindu sangat-sangat dengan dorang ni. Berjumpa pun setahun sekali. Last zizie berjumpa dorang semasa di Melaka.


Mula-mula bersembang dengan abang Aqif. Abang aqif ni dari dulu petah berkata-kata. Pemikiran dia agak matang dari usia sebenarnya; 7 tahun. Kekadang, zizie pulak yang rasa childish dari si Aqif ni. Hehehe. Sekarang lebih bertanggungjawab. Dah tahu ibu berbadan dua, rajin dia tolong ibu dengan ayah. Esok dia ada masuk acara lompat jauh dan lari acara 20m. Good luck abang Aqif! Lari laju-laju. Lompat jauh-jauh.


Pastu, adik Khalif sibuk nak bercakap jugak. Sakit telinga zizie dengar dorang gaduh berebut handphone. Adik khalif masih lagi gagap bercakap. Tu pasal lama sikit sembang dengan dia. Sampai si ibu pun dah tertidur. Hehehe. Adik ni bagus. Dia jujur. Mengaku je dia tak dengar cakap ibu, manja dan malas belajar. Hahaha. Tapi, part yang tersentuh hati tu, dia suruh jemput dia kat airport nanti. "Nanti andak naik van tok abah, ambik adik kat airport ea.." . insyaAllah sayang. Kalau andak ada kat Terengganu, I will.


Rindu sangat-sangat kat dua orang pembuli. Suka buli zizie, tapi kalau zizie dah naik singa, baru tahu menyorok bawah kerusi. Kah! Dorang ni zizie rajin asuh masa kecik-kecik lagi-lagi abang Aqif. Dah faham sangat pe’el dia. Adik khalif lak, buat masa ni gelaran ‘adik’ tu masih lagi relevant. Nanti adik yang dalam perut keluar, awak dah jadi abang ngah. Hahaha. Dia nak adik gugurl.



Tak sabar nak tunggu dorang balik Semenanjung. Nak main dengan dorang puas-puas. Jaga diri ye my boyfriends. See ya later!





You Might Also Like

22 comments

  1. alolo..comel no tengok muka si kenit tu merajuk

    ReplyDelete
  2. manja dengan andak ye sayang...meriahlah rumak mak ayah ziziekan..bestnya..itulah salah satu nikmat yang mesti dihargai sebaiknya...

    ReplyDelete
  3. bertuah akak ada budak kecik kat rumah,kite ni semua dah besar2 so boring sikit haha

    ReplyDelete
  4. Miss this awesome boys too....nti adik ilma bleh main dgn abang2 die...yeay..😊

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini dik....comelnya anak buah adik ni....dorang kat sabah tu bahagian mana dik...

    ReplyDelete
  6. Alahai comelnya dioranggg. sayang betul diorang ni kat akak :D untunglah hehe

    ReplyDelete
  7. ok these two boys are soooo cute <33333333333333333333

    ReplyDelete
  8. atoto comelnya,mesti attach sgt ni dgn zizie :D

    ReplyDelete
  9. Alahaiiiiiii, semua pun comel-comel sangat ni :D

    ReplyDelete
  10. Comel masing-masing.. Bijak 'boyfriends' Zizie rasa nak cubit-cubit pipi diaorg.. Moga membesar menjadi anak yang soleh yer sayang..

    ReplyDelete
  11. comelnyaaa.. manjaa betul dorang dengan akak kan.. hehe

    ReplyDelete
  12. seronok kan melayan budak2 tgh membesar ni :) syg betul si kecik tu dgn zizie, cium xnak lepas. haha

    ReplyDelete
  13. Comeynye budak dua orangggg tuu.....gerammmm tgk aksi depan

    ReplyDelete
  14. Alahai... nnti boleh la tu jumpe... bebudak yg mulut becok ni mmg buat kite cpt rindu...

    ReplyDelete
  15. ammvoiii kissing2 manja gituuuu., huhu2

    ReplyDelete
  16. manja betul mereka dengan zizie.. ;)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.