Oh, Kekasih-Kekasih Hati! | Kekasih-kekasih? Ya. Kata ganda yang bermakna
lebih dari satu. Eh, mana meriah hidup kalau ada satu aje kekasih hati. Curang?
Taklah. I is setia sebab tu masih lagi kekal dengan kekasih-kekasih yang ada. Kalau
curang, dah lama dah dorang kena tinggal..
Semalam, sakan pulak
zizie bergayut dengan kekasih-kekasih yang berada di Sabah. Rindu sangat-sangat
dengan dorang ni. Berjumpa pun setahun sekali. Last zizie berjumpa dorang
semasa di Melaka.
Mula-mula bersembang dengan abang Aqif. Abang aqif ni dari dulu petah berkata-kata.
Pemikiran dia agak matang dari usia sebenarnya; 7 tahun. Kekadang, zizie pulak
yang rasa childish dari si Aqif ni. Hehehe. Sekarang lebih bertanggungjawab. Dah
tahu ibu berbadan dua, rajin dia tolong ibu dengan ayah. Esok dia ada masuk
acara lompat jauh dan lari acara 20m. Good luck abang Aqif! Lari laju-laju.
Lompat jauh-jauh.
Pastu, adik Khalif
sibuk nak bercakap jugak. Sakit telinga zizie dengar dorang gaduh berebut
handphone. Adik khalif masih lagi gagap bercakap. Tu pasal lama sikit sembang
dengan dia. Sampai si ibu pun dah tertidur. Hehehe. Adik ni bagus. Dia jujur. Mengaku
je dia tak dengar cakap ibu, manja dan malas belajar. Hahaha. Tapi, part yang
tersentuh hati tu, dia suruh jemput dia kat airport nanti. "Nanti andak naik van tok abah, ambik adik kat airport ea.." . insyaAllah sayang. Kalau
andak ada kat Terengganu, I will.
Rindu sangat-sangat kat dua orang pembuli. Suka buli zizie, tapi kalau zizie dah naik singa, baru tahu
menyorok bawah kerusi. Kah! Dorang ni zizie rajin asuh masa kecik-kecik lagi-lagi
abang Aqif. Dah faham sangat pe’el dia. Adik khalif lak, buat masa ni gelaran ‘adik’
tu masih lagi relevant. Nanti adik yang dalam perut keluar, awak dah jadi abang
ngah. Hahaha. Dia nak adik gugurl.
Tak sabar nak tunggu
dorang balik Semenanjung. Nak main dengan dorang puas-puas. Jaga diri ye my
boyfriends. See ya later!




































