Bersiar-siar di Spritzer Eco Park

22.10.15

Bersiar-siar di Spritzer Eco Park | Sebelum zizie naik bas pulang ke Terengganu haritu, Angah bawak zizie bersiar-siar di Spritzer Eco Park di Taiping. Lokasinya betul-betul di hadapan dengan kilang Spritzer yang dulunya famous dengan kontroversi pasal sumber air mereka. Dalam perjalanan ke sini, korang boleh nampak kera di kiri dan kanan tepi jalan. Tak tahulah kera tu kacau orang ke tak sebab kitorang naik kereta. Kalau naik motorsikal, mungkin kera tu tumpang sekali kot. Mungkin. Hehe.

Nak masuk ke Eco Park, tak perlu bayar pun. Free of charge! Antara tarikan yang terdapat di sini ialah heart lock, 18-hole mini golf dan cactus rock.


18-Hole Mini Golf


Seperti nama yang diberi, terdapat 18 mini golf di sekitar kawasan eco park. Kiri kanan, korang boleh tengok orang bermain mini golf. Nak main golf jugak? Boleh aje. Rujuk gambar di bawah untuk pembayaran bermain golf di Eco Park. Korang akan diberikan bola dan kayu golf. Masa pun tak terhad. Bolehlah bermain sepuas hati. Mana tahu, ada bakat menjadi pemain golf professional. Hehe.


Cactus Rock


Cactus rock ini berusia lebih 2000 million tahun. Huiyo! Dah tua kerepot batu ni. Mungkin bentuknya yang kind-of-look likes cactus, dia diberi nama cactus rock. Katanya, boleh buat hajat di sini. Huih. Sebagai orang muslim, jangan buat la. Khurafat tau.

Heart Lock


Heart lock ni tiada beza pun seperti love lock di luar negara. Konsepnya seperti biasa. Korang boleh beli mangga di kaunter dan ukir nama korang dengan pasangan. Kemudian, kuncilah mangga tu di tempat yang disediakan.




Banyak lagi sebenarnya kemudahan yang ada di sini, tetapi kerana masa yang singkat, zizie cuma sempat jelajah yang ini sahaja. Zizie perasan juga ada tempat yang masih lagi di dalam pembinaan. Makin meriah lah tempat ini. Kalau nak beriadah ala-ala korporat (main golf) dengan keluarga, memang zizie suggest tempat ni. Sambil-sambil tu, hirup udara segar.



posted from Bloggeroid

You Might Also Like

14 comments

  1. Oitt gambo kite ad jugak..hehe..best2..tggu ilma bsar sket nk p main pemainan org kayo2..hehhe

    ReplyDelete
  2. tempat paling best adalah taiping.. sejuk jaa kalau area zoo tu.. lama tak singgah sana..

    ReplyDelete
  3. Nampak nyaman dan selesa untuk riadah la zie..alhamdulillah..dah besar Ilma..

    ReplyDelete
  4. menarik..tak pernah pn tahu yg spritzer park nih wujud,,tq share..tempat dia pon nampak best.

    ReplyDelete
  5. tak tahhu pun mengenai tempat ni rajin gak ke taiping

    ReplyDelete
  6. heehe bila lah agaknyaa Lissa sampai sana tuu.. haha

    ReplyDelete
  7. menarik juga tempat ni ZZ, anak buah kak ana duk taiping ada pergi jenjalan sini :)

    ReplyDelete
  8. Tak tahu pula ada tempat ni dekat Malaysia.

    ReplyDelete
  9. boleh gak gi sini.

    dah lama tak main golf nih.

    ReplyDelete
  10. cantiknya tempat tu. sesuai nak beriadah/spemd time dgn family

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kilang spritzer depan dia aje.. nak masuk kilang, bukan boleh masuk mcm tu je..

      Delete
  12. best nampak tempat ni.. tenang je.. ;)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.