Dah Dapat Lesen P

12.10.15
Dah Dapat Lesen P | Alhamdulillah.. Akhirnya settle jugak hal lesen zizie. Lesen dah ada, motor pulak tak ada. Ayoyo. Bawak motor orang ajela. Hehe.



Jeng jeng jeng.. Lesen motor zizie. 8/10 yang lepas, zizie lulus jugak tanpa jatuh dari titi. Kalau tak, duit melayang lagi~ Nak retest kena bayar RM 110 ye anak-anak. Yang retest semuanya jatuh titi dan ada sorang dua kantoi di bahagian 3.

Sepatutnya pihak SEPAKAT yang settlekan lesen zizie. Tapi, kena tunggu seminggu untuk dapatkan lesen (standard procedure). Kononlah zizie nak settlekan sendiri tapi hari jumaat tu tetap tak pergi sebab driver terhormat tak sihat pulak. Cikgu pun dah tanya, "Hang dah buat lesen belum?".

So, harini pergilah settlekan segalanya di JPJ Taiping. Kalau dibandingkan dengan JPJ Melaka, JPJ Taiping jauh lebih kecil dengan 7 kaunter. Hampir satu jam jugaklah menunggu dan nasib baik takde apa-apa urusan harini.

Cuma satulah! Kenapa nama abah ceq takdak dalam lesen tu?? :'( Nak balik cepat punya pasal, zizie tengok gambar je. Tak cek lak nama tu. Eiiii. Zizie careless!! Next time kena alert ni..

Terima kasih cikgu din dan cikgu idrus sebab banyak bantu zizie. Lain kali, nak buat entri keluhan guru memandu pulak. Hekhek.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

16 comments

  1. tahniahhh.. ^^

    mai singgah penang haha

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah zie..berkat kesabaran..berkat doa..dan berkat usaha..

    ReplyDelete
  3. tak amek test moto.. tatau ada test titi..
    macam mane tu ? kena bawak motor atas lorong kecik ke ?

    btw tahniah.. ehehe..

    ReplyDelete
  4. Finally.. Congret dear. Akak dulu pun jatuh titi gak.kena repeat rasa mcm why jatuh why??masa tranning xjatuh skali pun hahaha

    ReplyDelete
  5. tahniah zizie! akhirnya dpt jugak lesen..
    jom p meronda!

    ReplyDelete
  6. Tahniahhhhh Zizie, akhirnya berjaya.. :-)

    ReplyDelete
  7. yeayy dah ada lesen..congrats!! :D

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...tahniah Zizie dan selamat memandu yea... ^_^ kalu boleh masa ada cik 'P' nie, jangan ada 'surat cinta' dari encik polis dan JPJ sebab merit markah akan ditolak dan berkemungkinan lesen ditarik balik..tapi taktau la skrang nie law dia camne... Topi keledar sentiasa kena pakai tau...hihi peringatan mesra dari akak.. ^_^

    Apapun tahniah dan selamat memandu... ^_^

    ReplyDelete
  9. Tahniahhh.. bestnyaa ada lesen. hehe next time ambil lesen kereta lagi :D

    ReplyDelete
  10. Zizie, akak tag nama Zizie kat sini yea.. ^_^

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/10/segmen-blogwalking-hanis-masturina.html

    ReplyDelete
  11. Tahniah nanti jangan lupa renew lesen

    ReplyDelete
  12. Tahniah zizie, doakan saya baru lepas ujian undang 2 kereta, tak blajaq lagi. debar2 plak, tak sabaq nak ada lesen juga!

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.