Bersiar-siar di Spritzer Eco Park | Sebelum zizie naik bas
pulang ke Terengganu haritu, Angah bawak zizie bersiar-siar di Spritzer Eco
Park di Taiping. Lokasinya betul-betul di hadapan dengan kilang Spritzer yang
dulunya famous dengan kontroversi pasal sumber air mereka. Dalam perjalanan ke sini, korang boleh nampak kera di kiri dan kanan tepi jalan. Tak tahulah kera tu kacau orang ke tak sebab kitorang naik kereta. Kalau naik motorsikal, mungkin kera tu tumpang sekali kot. Mungkin. Hehe.
Nak masuk ke Eco Park,
tak perlu bayar pun. Free of charge! Antara tarikan yang terdapat di sini ialah
heart lock, 18-hole mini golf dan cactus rock.
18-Hole Mini Golf
Seperti nama yang
diberi, terdapat 18 mini golf di sekitar kawasan eco park. Kiri kanan, korang
boleh tengok orang bermain mini golf. Nak main golf jugak? Boleh aje. Rujuk
gambar di bawah untuk pembayaran bermain golf di Eco Park. Korang akan diberikan bola dan kayu golf.
Masa pun tak terhad. Bolehlah bermain sepuas hati. Mana tahu, ada bakat menjadi
pemain golf professional. Hehe.
Cactus Rock
Cactus rock ini
berusia lebih 2000 million tahun. Huiyo! Dah tua kerepot batu ni. Mungkin
bentuknya yang kind-of-look likes cactus, dia diberi nama cactus rock. Katanya, boleh buat hajat
di sini. Huih. Sebagai orang muslim, jangan buat la. Khurafat tau.
Heart Lock
Heart lock ni tiada beza
pun seperti love lock di luar negara. Konsepnya seperti biasa. Korang boleh
beli mangga di kaunter dan ukir nama korang dengan pasangan. Kemudian, kuncilah
mangga tu di tempat yang disediakan.
Banyak lagi sebenarnya kemudahan yang ada di sini, tetapi kerana masa yang singkat, zizie cuma sempat jelajah yang ini sahaja. Zizie perasan juga ada tempat yang masih lagi di dalam pembinaan. Makin meriah lah tempat ini. Kalau nak beriadah ala-ala korporat (main golf) dengan keluarga, memang zizie suggest tempat ni. Sambil-sambil tu, hirup udara segar.

posted from Bloggeroid