Pesta Etok-Etok di Kuala Terengganu
8.9.15
Pesta Etok-Etok di Kuala Terengganu | Balik kampung haritu, tergugat pulak iman ni tengok sepupu zizie post gambar orang kampung beramai-ramai pergi cari etok-etok.. Dulu kecik-kecik, memang suka la pergi cari etok-etok ni.. sekarang port yang selamat tinggal satu je sebab port lagi satu dah berlumpur sangat. Etok-etok ni bermusim tau. Bukannya selalu ada dan jarang sangat dijual.
Etok atau etok-etok ni kira macam tiram versi sungai tetapi saiznya lebih kecil tetapi tak ada mutiara ye. Selalunya memerang suka la makan etok-etok ni. Etok-etok ni hanya terdapat di pantai timur terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Haa.. inilah lokasi pencarian etok-etok.. di Hujung Pulau Ketam, Kuala Terengganu. Kalau masih blur, waze saja Pulau Duyung. Almaklumlah, kampung zizie tak famous sangat.
Petang hari zizie sampai kat Terengganu, terus zizie pergi cari dengan adik zizie. Sorang tukang cari, sorang tukang pegang plastik. Nak cari etok-etok ni cuma memerlukan bakul/ jaring atau apa-apa sahaja alatan untuk menapis pasir dan plastik/besen untuk meletak etok-etok. Sepanjang dua jam mencari tu, banyak ini jelah hasilnya. Cari berdua aje. Itu pun dah naik melecet jari zizie. Huhu. Alhamdulillah, kira rezeki orang kampung etok-etok kali ni besar-besar jugak.
Etok-etok ni perlu direndam sekurang-kurangnya sehari untuk membuang pasir dari etok-etok. Sebelum memasak tu, mak zizie suruh perah sedikit limau purut atau limau nipis untuk dicuci dengan lebih bersih.
Selalunya buat masak lemak cili padi. Tapi, adik zizie tak reti sangat makan lemak cili padi, so goreng berlada jela. Nah gambar fresh dari kuali. Jangan dihias pulak dalam kuali, kang nanti kena kutuk.. koff koff. Cari sendiri, masak sendiri, makan sendiri. Muehehe.
Kalau dah makan, memang tak angkat kepala makan etok-etok ni. Memang boleh buat orang ralit. Tahun depan zizie nak turun mencari lagi. Jomlah kalau nak join. Hehehe.

19 comments
Memang banyak etok2 kt trg kan.. Wawa suka cri tapi tk suka makan..hihi
ReplyDeletesedapnya zizie mtk skit.. cri etok belum ada pegalaman lg.. kalau remis pernah.. seronok giler.. hehehehe
ReplyDeletep/s: lama ngat dop lawat blog zizie... singgoh tekan iklan... :)
eheee..sama..baru jer makan dua hari lepas...husband pergi kutip etok2 nie ngan kawan2 dia...kemain ramai orang kat sana.. nie first time ila makan...rasa dia best jugak tapi kecik kan..hehehe
ReplyDeleteoooo akak baru nampak ni zie..ada juga dengar kawan kawan cerita..etok etok..ni..sedap tu goreng berlada..makan dengan nasi panas..nikmat rezeki kurniaan Allah..alhamdulillah..
ReplyDeletemacam kerang ja..
ReplyDeletekerang besar..
Deleteuishh etok etok T_T
ReplyDeletexpernah mkn...first time dgr,etok-etok..
ReplyDeletepernah juga makan etok-etok ni, memang lain rasanya...sedap juga....
ReplyDeletesedap nye ...tapi tak pernah rasa/..tgk pic meleleh
ReplyDeletesedap ke mende ni. tak pernah makan..
ReplyDeleteRadio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam
mestilah.. kalau x, xdela ramai turun pergi cari..
Deletetak pernah rasa. tapi nampak mcm sedap.
ReplyDeleteYa Allah, bestnya makan fresh2 ni.. teringin sangat nak makan etok-etok ni.. tak pernah lagi merasa
ReplyDeleteAikkk..tganu pun ade etok2???
ReplyDeleteHehehhe..akak xtau pulak dik..maklumlah balik tganu 2x setahun je ha...ingatkan kt kelate je.. sebenarnya xpnh mkn pun etok2 ni..die mcm remis ke ape ekkk
First time dengar dan tengok etok-etok ni.
ReplyDeleteAla,bestnya mkn etok2...masa kecik2 slalu ikut abah cari etok2 kat tepi pantai...
ReplyDeleteTak pandai makan etok-etok, tapi nampak macam menarik je ni. Kena cuba juga satu hari nanti.
ReplyDeleteTiijoh ...
ReplyDelete