Pesta Etok-Etok di Kuala Terengganu | Balik kampung haritu, tergugat pulak iman ni tengok sepupu zizie post gambar orang kampung beramai-ramai pergi cari etok-etok.. Dulu kecik-kecik, memang suka la pergi cari etok-etok ni.. sekarang port yang selamat tinggal satu je sebab port lagi satu dah berlumpur sangat. Etok-etok ni bermusim tau. Bukannya selalu ada dan jarang sangat dijual.
Etok atau etok-etok ni kira macam tiram versi sungai tetapi saiznya lebih kecil tetapi tak ada mutiara ye. Selalunya memerang suka la makan etok-etok ni. Etok-etok ni hanya terdapat di pantai timur terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Haa.. inilah lokasi pencarian etok-etok.. di Hujung Pulau Ketam, Kuala Terengganu. Kalau masih blur, waze saja Pulau Duyung. Almaklumlah, kampung zizie tak famous sangat.
Petang hari zizie sampai kat Terengganu, terus zizie pergi cari dengan adik zizie. Sorang tukang cari, sorang tukang pegang plastik. Nak cari etok-etok ni cuma memerlukan bakul/ jaring atau apa-apa sahaja alatan untuk menapis pasir dan plastik/besen untuk meletak etok-etok. Sepanjang dua jam mencari tu, banyak ini jelah hasilnya. Cari berdua aje. Itu pun dah naik melecet jari zizie. Huhu. Alhamdulillah, kira rezeki orang kampung etok-etok kali ni besar-besar jugak.
Etok-etok ni perlu direndam sekurang-kurangnya sehari untuk membuang pasir dari etok-etok. Sebelum memasak tu, mak zizie suruh perah sedikit limau purut atau limau nipis untuk dicuci dengan lebih bersih.
Selalunya buat masak lemak cili padi. Tapi, adik zizie tak reti sangat makan lemak cili padi, so goreng berlada jela. Nah gambar fresh dari kuali. Jangan dihias pulak dalam kuali, kang nanti kena kutuk.. koff koff. Cari sendiri, masak sendiri, makan sendiri. Muehehe.
Kalau dah makan, memang tak angkat kepala makan etok-etok ni. Memang boleh buat orang ralit. Tahun depan zizie nak turun mencari lagi. Jomlah kalau nak join. Hehehe.