Petua Untuk Mengubati Demam Denggi

13.9.15
Petua Untuk Mengubati Demam Denggi | Dah setahun berlalu sejak zizie dijangkiti demam denggi. Sakitnya tak payah cakap la. Baca sendiri entri setahun yang lepas ni. Baru-baru ini, sepupu zizie dijangkiti demam denggi berdarah. Kalau tak diubati dengan segera, memang boleh membawa maut. Tambahan pula, sepupu zizie waktu tu sedang sarat mengandung. Tapi, jangan risau.. Alhamdulillah, beliau dah selamat melahirkan cahaya mata dan pulih sepenuhnya.

Semua orang tahu, demam denggi ni tiada penawar dari segi rawatan moden. Jika pergi ke klinik atau hospital, paling kurang diberinya Panadol (paracetamol) sahaja. Kali ini, zizie nak berkongsi petua-petua yang zizie amalkan semasa dijangkiti demam denggi dahulu. 

Sup Ketam Nipah
Ketam nipah ialah ketam sungai. Dulu-dulu, ketam ni senang dijumpai di kawasan pokok nipah dan lalu dipanggil Ketam Nipah. Ketam nipah ni memang no 1 sebagai penawar demam denggi.

sumber
Mak zizie cuma masakkan sup kosong sahaja. Cukup dengan mereneh ketam nipah dan diletakkan secubit garam sebagai perasa. Memang tak sedap lagi-lagi bila dah demam, selera makan dan deria rasa pun macam dah mati. Masa mereneh tu, pastikan kaki ketam direndam di dalam air. Menurut cina yang jual ketam tu, penawarnya terletak di bahagian kaki. Alhamdulillah, dengan amalkan sup ketam nipah, platelet zizie daripada rendah meningkat sedikit demi sedikit.

Buah Kiwi


Buah kiwi juga menjadi amalan zizie semasa sakit. Buah kiwi mengandungi banyak khasiat yang membantu masalah jantung, pencernaan, diabetes, keseimbangan alkali dalam badan dan diet. Ada yang mengatakan perlu dikisar untuk dijadikan jus. Itu pun boleh. Zizie Cuma hanya memakannya sahaja. Ada yang mengatakan, buah kiwi yang berwarna kuning lebih mujarab daripada yang berwarna hijau.

Jus Pucuk Betik

sumber

Jujur zizie katakan, petua ini yang paling zizie tak gemari. Ya Allah! Rasanya sangat kelat!! Zizie cuma minum pada hari pertama sahaja. Tak sanggup dah nak telan. Plus, mak zizie buatkan satu mug. Mana larat nak habiskan semua tu. Padahal, cukup je kalau minum satu sudu setiap hari. Mak ai memang ekstrim! Kekekeke.

Minum Air Secukupnya


Petua yang ini perlu dilakukan juga walaupun tak sakit kan.. hehe. Minumlah air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Minum 100 Plus


Minuman isotonik ini memang berkesan untuk mengubati demam. Zizie dah cuba amalkan dengan meminum 2 botol besar 100 plus setiap hari tetapi tak berkesan dan jumlah platelet tetap di bawah 100. Naik sebu jugak perut ni nak minum air banyak-banyak. Mungkin ianya berkesan kepada orang tertentu sahaja.

insyaAllah dengan mengamalkan petua-petua di atas, demam denggi akan kebah dan platelet darah akan kembali normal.


Selamat mencuba, readers!

You Might Also Like

24 comments

  1. pernah jugak try yg betik tu, kelat tapi dia baik dan abgus, dia tinggikan platelet dalam badan kita ,lebih banyak askar2 tuk lawan virus denggi ^_^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih zie..atas info ni..Allahu..itulah kita tidak terjangka bila penyakit nak menyerang tubuhkan..biarpun berusaha mengelaknyakan..moga kita sentiasa bersabar atas setiap dugaan..

    ReplyDelete
  3. wow,jus pucuk petik tu rare! thanks for the info :D

    ReplyDelete
  4. info berguna.. abg saya pernah kena pi alhamdulilah sembuh
    doc suruh dia banyak kan minum air masak n 100 plus

    follow sini #2738

    jemput baca entri
    WATERPARK

    ReplyDelete
  5. Yang saya tahu sebelum ni, sup ketam dengan 100 plus tu je. Yang lain, baru tahu lepas baca entri Zizie ni.

    ReplyDelete
  6. Jus pucuk betiK? Alahaii trbayang kepahitannya

    ReplyDelete
  7. Ketam dengan rebusan pucuk betik tu memang terbaik. Ada doktor kata 100 plus tak bagus. Sebab gula banyak sangat.

    ReplyDelete
  8. cik en perlu berjaga2 sebab cik en tak pernah sekali pun kena denggi.. mm.. dah la kawasan cik en ramaiyg kena denggi

    ReplyDelete
  9. Tq Zizie info ni boleh dijadikan panduan berguna.. Time kena demam denggi mcm2 cara kita akan ikhtiar serba masa tu tentu panic dan nak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. jus pucuk betik tu mesti pahit ya amat.. alhamdulillah kak nina tak pernah lg demam denggi

    ReplyDelete
  11. 100 plus selalu gak wak minum., hehe2

    ReplyDelete
  12. teringat mase kena denggi..husband pun sekali gaak..ya allah sakit seluruh bdn..skit sendi..hehehe..kenangan..merasa jugak kan

    ReplyDelete
  13. Kalau dalam Shaklee, pesakit disaranan minum Performance Drink untuk mengekalkan elektrolit dalam badan dan Nutriferon untuk meningkatkan imun. InsyaAllah ianya sangat membantu. Bila platlet telah stabil pula, amalkan pula Vitamin C dan ESP untuk mengembalikan semula kecergasan kita.

    ReplyDelete
  14. tq Zizie untuk info....memang bahaya denggi ni boleh membawa maut kalau tak dirawat segera.

    ReplyDelete
  15. btul tu zizi... masa husband kena denggi memang bg dia telan sup ketam je... tp ngan ketam dia bedal. tak rupa orang sakit pun... hihihi

    ReplyDelete
  16. jus pucuk betik dan sup ketam tu akak pernah dengar.. buah kiwi tu akak baru tahu boleh merawat demam denggi..

    ReplyDelete
  17. akak pernah kena denggi dik. Seminggu kena...sengsara sgt2...akak minum air masak byk2 je...pastu 100 plus...tingin nak makan ketam nipah sedapnya.

    ReplyDelete
  18. Akak x pernah kena dik..tapi kalau tiap kali demam memang beli ketam buat sup..tp beli ketam biru tu la..x tu la sebenarnya ketam nipah...next boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  19. ingat ketam bunga tu pun boleh.. ketam nipah jer yer

    ReplyDelete
  20. Org kata ketam biasa pn bleh tp xthla mgkin tgk pd body msg2 kot..tp d best ialah ketam nipah...

    ReplyDelete
  21. Bagus maklumat nie ... Dalam byk2 tu jus daun betik yang paling berkesan untuk menaikkan platlet darah ... Tapi rase nyer @#£%& ... Air masak memang kena banyak minum ...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.