Perginya Seorang Sahabat..

1.9.12
"dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali.."

rasa tak percaya pun ada..
aku ingat, aku bermimpi, rupanya tidak..

pukul 10 pagi tadi, aku terima panggilan daripada lan a.k.a en.chipsmore..
dia tanya khabar aku dan aku berbual macam biasa..
tapi, aku sedar masa berbual tu, lan macam pelik..
nada dia macam sedih dan kecewa..
mungkin disebabkan aku sebab masa dia datang ke Terengganu beberapa hari lepas, aku tengah bersedih dan sakit..

pukul 5 petang tadi, tunang dia call aku..
"akak, abang lan dah tak ada.. dia accident kak.."
aku tak tahu nak cakap apa.. tiba-tiba aku menangis..
lepas kakak aku tenangkan aku, baru aku capai phone dan call number lan..
yang jawabnya mummy dia..
betullah Allah dah ambil dia..
Allah lebih sayangkan dia..

terima kasih Ya Allah kerana Engkau sempat hadirkan seorang insan yang memahami diriku..
tak pernah sekalipun dia buat aku terasa hati..
tapi, aku terkilan sebab sepatutnya bila dia datang jumpa aku, aku gembira..
tapi, sebaliknya yang berlaku.. maafkan aku lan...
aku akan pegang nasihat terakhir kau lan..
"ikhlaskan hati kau dalam buat sesuatu perkara dan insyaAllah semuanya akan okay.."

semoga kau ditempatkan dalam golongan yang beriman...
Al-Fatihah..

nota jejari : aku tak ada satu pun gambar arwah sebab arwah tak suka tangkap gambar.. gambar dia bertunang pun, tak ada.. :'( hanya kenangan yang tinggal..

You Might Also Like

4 comments

  1. Salam takziah,
    semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..cik wana bca entry..al-fatihah bt sahabat yg telah pergi bertemu Allah

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.