Tutorial Website Bersama Ami Danial
11.10.13
Assalamualaikum w.b.t
Heyyo GG!minta maaf bebanyak la kat pengunjung sekalian sebab tak dapat nak update entri dalam beberapa hari ni..
pening betul bila banyak kerja.. sabar.. tanggungjawab student..
oh! oh! btw, selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha..
dah baca tajuk di atas? bagus..
sabar la.. aku tahu korang teruja nak tahu siapa Ami Danial yang Zizie duk mention nih..
aku kenal Ami Danial melalui facebook..
tak perlu cerita sangat la kan bibit-bibitnya... haha..
nak tahu keistimewaan beliau? jeng jeng jeng..
Ami Danial mempunyai sebuah website, iaitu www.amidanial.com
apa yang ada kat website dia?
okay, tengok video ni...
TERUJA TAK? - Ami Danial menyediakan video tutorial untuk membuat website..
eh! blog dengan webiste ada beza ke?
yes! memang ada beza..
let me share information yang aku dapat daripada rruslan.com
1. Postssecara mudahnya, blog - tak formal manakala website - formal..
Posting dikatakan sebagai inti bagi setiap blog. Ini adalah kerangka asas bagi blog dan itulah yang menghubungkan blog antara satu dengan yang lain. Posting di blog lazimnya dilakukan oleh pemilik blog itu sendiri dan biasanya merangkumi pelbagai topik yang berbeza. Lain perbezaan antara blog dan website adalah posting blog akan muncul dalam urutan kronologi. Dengan website anda tidak perlu untuk posting artikel. Ia hanya merupakan sebuah laman asas di mana seseorang boleh pergi untuk mendapatkan maklumat tentang suatu produk-produk atau idea tertentu.
2. Komentar
Pada blog, pengunjung dibenarkan untuk meninggalkan komentar, jika pemilik blog berkenaan memberi kebenaran untuk berbuat demikian. Ini juga merupakan cara yang baik bagi pembaca blog untuk berkomunikasi. Bahagian komen blog juga membantu menarik pengunjung ke laman web anda. Bahagian komen merupakan komponen yang sangat penting bagi mana-mana blog. Dengan laman web anda tidak perlu mempunyai bahagian komen.
3. Kategori
Bahagian kategori blog adalah pada dasarnya di mana maklumat daripada posting disusun. Itu membuat blog anda tampak rapi dan diformatkan dengan baik. Hal ini juga mencegah blog anda dari kelihatan penuh sesak. Untuk Blogs besar kategori-kategori boleh disusun mengikut topik tau bulan. Ada juga biasanya merupakan ciri-ciri carian yang membantu pembaca untuk mencari maklumat tentang topik tertentu dengan cepat. Biasanya blog mempunyai perisian yang secara automatik meletakkan posting anda ke dalam berbagai kategori.
4. Langganan
Ini adalah aspek yang sangat penting ketika anda ingin belajar bagaimana blog beroperasi. Ciri-ciri langganan ini membolehkan pembaca untuk menjadi ahli blog dan apabila menjadi ahli mereka dapat dimaklumkan bila maklumat baru ditempatkan di blog berkenaan. Ini adalah alasan utama untuk membuat blog kerana ia membolehkan anda untuk membuat sebuah komuniti dalam talian bagi topik tertentu. Beberapa laman blog juga menerapkan ciri-ciri newsletter yang membolehkan seseorang untuk membaca maklumat tanpa melawat blog anda.
Ada beberapa perbezaan besar antara sebuah blog dengan website. Semakin banyak perbezaan yang anda tahu semakin faham anda tentang blogging. Sebuah blog bisa menjadi cara yang menyenangkan dan menarik untuk bertemu orang baru sambil berkongsi idea dan maklumat.
masa tengah buang masa kat youtube channel Ami Danial, tetiba aku tertarik dengan video ni..
interesting kan?
bayangkan sebuah website yang berharga RM700++ korang boleh buat sendiri..
so, kalau korang rasa nak timba ilmu dan cuba buat website, boleh la tengok tutorial video di youtube channel beliau..
dan ini pula, fanpage beliau --> Ami Danial
kepada bro Ami Danial, zizie tak pandai buat review..
harap terima review yang tak seberapa :D
dan SELAMAT MAJU JAYA!
12 comments
nice sharing dear
ReplyDeleteblog informal sal tu fae selesa menggunakannya hehe
ReplyDeletewah.. sekarang layan you tube pulak ye.. :D patut la jarang dekat blog.. hehe :D
ReplyDeletemantoppp...gila jimat...tp xpela...stay aje la dgn blog ni..hihi
ReplyDeletewah, nice review.. menarik.. mama terjah ek..
ReplyDeletewah ilmu baru ni zie..good2...:)
ReplyDeleteterima kasih tutorialnya kak..
ReplyDeleteAssalammualaikum...zizie,
ReplyDeleteTerima kasih .. bagus tutorial perbezaan antara blog dengan website..
mselim3
terima kasih . nanti klu rajin , terjah u tube tu ...
ReplyDeletesy pun ada gak nk review website ami ni..but later kot sbb tak bt entry lg..hehe
ReplyDeletewoaaah, berbaloi-baloii. tapi cukupla blog satu ni pon sha tak terjaga. huhu
ReplyDeleteinternet slow..xdapat loading.huu
ReplyDelete