Jiwa Kecamuk

6.10.13
Assalamualaikum w.b.t

Heyyo GG!

bersemangatnya aku dah pukul 4.00 pagi pun tak tidur lagi..
bahana tidur petang la ni kan..

sebenarnya, masa pukul 12 lebih, dah rasa nak tidur, tetapi oleh kerana terbaca satu ayat daripada rakan sendiri, terus tak jadi tidur..

~behave urself budak2 yg baru bercinta..adat n agama jgn lupa..jgn igt dunia ne kamurang 2 jak yg ada.. — feeling annoyed
tak nak printscreen sebab.. humm.. tak tahu kenapa berkecamuk sangat perasaan ni...

sebab utama aku terasa kerana beberapa minit sebelum status keluar, aku baru sahaja habis bergayut dengan cik abam..
terasa sesangat le..
rasa macam nak tanya depan-depan tapi, bila tengok dia tengah bergelak tengok Running Man, tak jadi pula..
so, i just commented at her status...
"me? huhu.."

but, dia tak layan pun komen aku tapi dia cakap minta maaf kalau terasa tapi status tu untuk adik-adik di luar sana..
humm.. yang buat hati aku berbelah bahagi, ialah kerana aku sorang je yang komen masa tu, kenapa tak je dia cakap, "eh, sori zie kalau kau terasa.. tapi bukan kau...", kalau pun status tu bukan tuju kat aku..

dan aku sangat-sangat la terasa yang amatnya..
aku tak tahu la kalau aku ada buat dia terasa annoying..

aku ni kalau dengan orang yang kaki slumber, memang aku slumber je tanya depan-depan..
tapi, kalau dengan orang yang bagi aku nampak behave, aku tak sampai hati..
so, bila hati aku jadi tertanya-tanya, aku rasa nak sangat bertanya, cuma tak terluah..
bila tengok muka dia, terus patah hati nak tanya... haiyaa.. tak kentalnya jiwa aku..

macam-macam benda la bermain dalam kepala..
eh, tadi kan dia tengok running man, gelak kuat-kuat masa aku tengah bergayut.. rasanya tak ada istilah terganggu..
kenapa dia tak nak tegur aku depan-depan? kenapa facebook?
apesal dah 4 minggu duduk sekali, baru sekarang nak rasa annoying?

argghh.. tak tahu nak redakan macam mana masalah cenggini..
dah lama rasanya aku bebas daripada perasaan "terasa dengan buddy"
apa salah dan masalah dia dengan aku sebenarnya?

dan bila jadi hal-hal sebegini, aku akan hanya mendiamkan diri sahaja...
seriously, tak jadi happy-go-lucky la..

mungkin kalau dia face to face dengan aku, semangat tu datang balik..
dah berapa kali aku keluar masuk semata-mata nak tanyakan pasal soal "remeh" macam tu, tapi last-last tak ada keberanian nak tanya and aku buat benda lain.. =.='''

nota zizie : leceh la ko ni zizie oiii!

sori.. ni cuma luahan hati di blog saja..

You Might Also Like

3 comments

  1. bt relax je =) tgok la nnti mcm mn..mgkin bnda 2 utk umum..g la tido..bersangka baik jelh

    ReplyDelete
  2. pertama mungkin dia syg zizie..nak tegur tapi tak tau macam mana..so fblah thats way..second..ada sedikit rasa jelous dihati..mungkin..but think positiv ok zie..abaikan..sukar untuk kita menelah sikap orang..kita sajalah perbaiki apa yang patut..

    ReplyDelete
  3. Mengalir seperti air kak
    percaya dan yakin suatu saat air akan sampai ke samudera kebahagiaan..
    Angel ingat suatu ayat
    TERSEYUMLAH, MAKA DUNIA AKAN TERSENYUM KEPADAMU
    selamat malam kak semoga selalu sukses

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.