Incik Sitikus!

26.2.13
selesai makan jangan lupa cuci tangan..takut tidur malam ada 10 jari tangan..bangun pagi tinggal 7.. -Kak Jua-
kata-kata Kak Jua tu mengingatkan aku peristiwa masa bulan puasa pada tahun ntah-aku-tak-ingat!
masa tu, aku kecik lagi.. mungkin darjah 2 atau 3..

aku ni memang liat nak bangun sahur sebab bajet perut ni jenis steel, tak lapar punya.. boo!
petang-petang mula la tergugat iman nak pergi teguk air paip dalam bilik mandi.. hahaha!!
itu dulu la..

jom, back to the past!
pagi tu, macam biasa la mak kejutkan sahur dan aku menunjukkan keliatan untuk bersahur..
tapi, kena bangun jugak la kan..
dengan mata terkatup sebelah, maka bersahurlah aku.. lauk-lauk lain aku tak ingat tapi, yang paling aku ingat dalam banyak-banyak lauk tu, ada ikan..
biasalah, bukan orang timur la kalau tak pernah makan ikan..

bila dah habis makan, laju aje aku tinggalkan pinggan dalam sinki, basuh tangan gitu-gitu aje, masuk bilik sambung tidur..
masa tu, aku tidur di sebelah dinding..
imagine la sikit aku tidur dengan tangan ke atas, melekat kat dinding..

sedang aku nak menganyam mimpi.. tiba-tiba je, aku rasa tangan aku geli dan macam digaru..
bila aku buka mata, terus aku menjerit dan terjun katil..
ada tikus besar cuba nak buat love bite kat tangan aku!!

sorry, tak sengaja gigit.. ingatkan lolipop! ihiks!

terus aku turun ke dapur cuci tangan guna semua jenis detergent yang ada kecuali clorox..
gila kau, nak suruh tangan aku kudung ke? eh, boleh ek jadi macam tu? hihi..
masa tu, mak gelak je kat aku.. sedih!

memang aku insaf la lepas tu dah tak nak cuci tangan caca merba macam tu je..
serik! serik! serik!
especially lepas aku makan ikan.. sebab bau ikan sememangnya kuat.. itu pasal la incik sitikus terliur sama tangan aku..

nasib la aku ni tak ada kuasa bertukar menjadi catwoman, kalau tak, sampai ke lubang tikus akan ku mencari mu!

mak aku cakap, kalau tak nak tangan tu berbau lepas makan, basuhlah pinggan selepas makan..
hahaha.. aku tau sangat dah..
if you know what my mak mean ;)

nota zizie : incik sitikus cakap MAKAN BUDAK!!! *ntahpapa*

You Might Also Like

15 comments

  1. kantoi ponteng puasa.ahaha.. :P
    macam mana plak beliau boleh tembus masuk rumah.. huhu..sibuk nak bersahur jgak ae..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kantoi dulu2 xpe.. hihi..
      biasalah.. rumah kg.. xtaw la pulak dy pandai nak puasa.. haha..

      Delete
  2. mesti mak suruh rajin basuh pinggan sekali lepas makan . haha geli tak dengan tikus tu ? huhu tikus kt rumah sye pon bnyk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsempat nak geli.. takut hilang tangan je macam tu.. huhu..

      Delete
  3. hehe, lawak laa cite neh dear.. :D wuarghh gelii kot dengan tikus, bukan setakat tikus sepupu tikus si hamster pun geli..heheeee

    ReplyDelete
  4. hahaha i know what ur mak mean darling! bagus punya mak :D

    ReplyDelete
  5. sib baik... kalo tak turun harga... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  6. tikus kt area bukit beruang besor mcm kucing.byk lepak kedai mamak ler tu wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tikus besar macam kucing, kucing besar macam beruang.. boleh? hikhik..

      Delete
  7. hehehehehe..masyaAllah..nasib sedarkan zie..klu tak..tggl 7 jelah jari tangan tu..mgkin tikus jantan kot..saja la tu tikus tu..betul la basuh pinggan guna sabunkan so tgn tak de bau ikan lagi.. :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.