Thor: Ragnarok (2017)

11.11.17
Minggu lepas, Zizie dah tonton cerita Thor Ragnarok. I don't find any interesting movie this month except Thor: Ragnarok and Tombiruo: Penunggu Rimba. Zizie pun ke TGV Aeon Klebang kat depan rumah je ni haa dan hanya ada cerita Thor: Ragnarok aje yang best. Jom Zizie nak review sikit cerita ni.


Synopsis
Imprisoned on the other side of the universe, the mighty Thor finds himself in a deadly gladiatorial contest that pits him against the Hulk, his former ally and fellow Avenger. Thor's quest for survival leads him in a race against time to prevent the all-powerful Hela from destroying his home world and the Asgardian civilization.

Sinopsis
Dipenjara di planet lain, Thor mendapati dirinya berlawan dengan bekas rakan seperjuangan Avenger, Hulk di dalam pertandingan gladiator. Thor meminta sokongan untuk menghalang Hela yang berkuasa daripada memusnahkan Asgard dan penduduknya.

Ragnarok

Ragnarok ialah ramalan bahawa pada suatu hari nanti kerajaan Asgard akan musnah di tangan Surtur, syaitan api. Di mana Surtur akan menjadi gergasi dengan kuasa Eternal Flame dan menghancurkan Asgard dan masa tu tak ada sesiapa pun boleh melawannya.

Used my free movie ticket. Teehe.

Review Thor: Ragnarok

Boleh dikatakan, movie ni sangat best especially masa Thor kat planet Sakaar sebab banyak benda kelakar berlaku sepanjang Thor kat situ. Dan rasanya ramai gadis-gadis kat luar sana nak tengok bila Thor berambut pendek. Memang hot la penampilan baru Thor dan ini merupakan salah satu tarikan untuk orang datang tengok movie ini.


Tadi Zizie ada mention banyak benda kelakar berlaku masa kat Sakaar kan. Zizie rasa Zizie tak berhenti ketawa masa Thor dan Hulk berlawan dalam gladiator. Ya, Hulk ni sesat sampai ke Sakaar lepas dia menghilangkan diri selepas Battle of Sokovia dalam Avengers: Age of Ultron. Okay, part kelakar masa Loki terkejut rupanya gladiator Grandmaster tu ialah Hulk. Korang dah lupa macam mana Hulk hentam Loki dalam The Avengers? Hulk buat Loki tu macam barang aje. Memang patut la Loki cuak bila nampak Hulk. Hahaha.And guess what, Thor pun kena benda yang sama dan Loki memang gelak la tengok adik dia pun kena benda yang sama. Zizie tak boleh lupa lagi macam mana muka cuak Loki tau.


Kemunculan Hela pun boleh tahan. Selalu tengok Cate Blanchett berlakon jadi baik je macam dalam cerita Hobbit, Lord of the Ring, Benjamin Button. Sekali dalam movie ni, jahat gila. Siapa Hela? Hela ni sebenarnya kakak sulung Thor, Dewi Kematian. Dulu masa zaman kegemilangan Asgard, Hela la yang jadi orang kuat Odin. Tapi, disebabkan Hela makin lama makin tamak nak menakluk, Odin terpaksa kurung Hela dan tak pernah ceritakan kat sesiapa pun pasal Hela, walaupun Thor. Hela terlepas pun sebab Odin dah nak hampir mati. Memang kuat gila la Hela ni sebab Thor pun tak boleh bunuh dia. Siap tukul Thor yang tak boleh diangkat oleh sesiapa pun dia boleh hancurkan.

Apa yang Zizie kurang gemar dalam movie ni, skrip Bruce Banner a.k.a Hulk masa nak buat lawak, rasa macam hambar sikit. Rasa macam dia try hard. Well, maybe they want to keep his character as a genius or so what. But for the first time, korang boleh tengok watak Hulk yang boleh berkomunikasi dengan ramah. Hulk tu takdelah pemarah sangat walaupun dia memang suka rosakkan barang. Haha.

Dalam movie Thor: Ragnarok, selain daripada watak Hela, ada lagi tiga watak yang diperkenalkan iaitu, Scrapper 142 a.k.a Valkyrie, Grandmaster dan Skurge. Zizie tak nak bercerita panjang pasal dorang kalau korang belum tengok sebab Zizie bukan nak beri spoiler kat sini. So, korang kena tengok sendiri watak-watak baru ni, macam mana Thor berlawan tanpa tukulnya dan macam mana Hela kalah.

Untuk rating, Zizie bagi 8/10 bintang untuk Thor: Ragnarok. Korang pergilah tengok. Sangat berbaloi tengok movie ni. Sebelum tu, nak tayang sikit Zizie dapat tukul Hulk. Bila masa Hulk ada tukul? Korang tengok movie ni baru faham ye. Hihi.

I buy it at TGV with set of popcorn. Hee.


You Might Also Like

19 comments

  1. owh menarik pulak cerita thor gabung dgn ragnarok ni. siap beli kapak lagi. berapa rege tu? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam kapak ke? itu tukul.. hehe.. ini beli sekali dengan set popcorn...

      Delete
  2. Waa bestnya zizie dah tengok! Mia tak tengok lagi.
    Anyway thanks for blogwalking di blog Mia. Hehehe :D

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi..kena sabar menunggu nak tengok cerita ni.

    ReplyDelete
  4. Hiii, cerita ni memang serius best! dan sy kena bayar ptptn jugakk huuhu

    ReplyDelete
  5. Semua cakap filem ni best! Nak kena tengoklah ni!!

    ReplyDelete
  6. Alah, teringin nak pergi menonton tetapi belum berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  7. Baru je hari tu tengok Thor. Tak expect apa apa pun tapi nasib baik best. Sangat kelakar.

    ReplyDelete
  8. jmput join my new blog's GA ye

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  9. cerita ni kelakar sangat. Penat bergelak je. :D

    Fatina

    ReplyDelete
  10. Lawa la tukul tu.. haha.. belum sempat lagi tengok movie thor ni

    ReplyDelete
  11. opismate kata kelakar cita ni, tapi i xsempat lak nak g tengok hri tu

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.