Lazada Online Revolution Blogger Contest
23.11.17
Rasanya dah lama tak join contest dan Zizie tertarik pulak bila nampak ramai blogger join Online Revolution Blogger Contest yang dianjurkan oleh Lazada sempena 11.11 Online Revolution Sales. Contest ni bermula 1 November - 14 December, dan korang kalau tak nak terlepas peluang ni, lebih baik jangan lengahkan masa ye.
Antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang contest adalah seperti berikut:
Kurang 200 peserta (RM3,150 untuk 25 pemenang):
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 9 x RM150
3rd Prize: 15 x RM100
Lebih 200 Peserta (RM6,150 to 50 pemenang):
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 15 x RM150
3rd Prize: 34 x RM100
Lebih 350 Peserta (RM10,400 to 80 pemenang):
1st Prize: 1 x RM750
2nd Prize: 35 x RM150
3rd Prize: 44 x RM100
Lebih 500 Peserta (RM14,500 to 111 pemenang):
1st Prize: 1 x RM1,000
2nd Prize: 50 x RM150
3rd Prize: 60 x RM100
Contest dia senang sangat. Cuma jawab soalan sahaja dan jom baca soalan dan jawapan daripada Zizie. Cekidaut.
a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Mestilah ingat sebab Zizie ni spesies manusia yang paranoid bila membeli di atas talian atau online shopping. Takut kena tipu, takut barang tak sampai, takut barang sampai tak serupa macam dalam gambar dan macam-macam lagi.
Satu hari, Zizie teringin sangat nak ada mini tripod sebab masa tu tengah famous dengan monopod. Zizie pilih tripod sebab Zizie ni 'parkison' la pulak bila guna monopod dan gambar jadi bergegar. Haha. Zizie pun belilah mini tripod dengan harga yang tak sampai RM 30 pun.
Lepas beli, rasa menyesal sebab penat guna tripod ni. Ulang alik nak tekan fon dengan posing. Hahaha. Guna sekali saja dan peram tripod tu atau bagi pinjam kat kawan sampailah dah tak berguna langsung. Tak tahulah khabar berita atau location barang tu kat mana sekarang. Dah arwah la tu. Hehe.
b. Which types of products would you prefer buying online?
Zizie tak kisah jenis produk apa, asalkan Zizie yakin yang barang tu akan sampai dengan selamat. Untuk mendapatkan kepuasan macam tu, Zizie akan elakkan membeli barang yang fragile atau mudah pecah/rosak.
Buat masa sekarang, Zizie prefer membeli buku secara online sebab ini adalah barang yang paling selamat untuk sampai ke tangan Zizie dalam kondisi yang tip top. Hehehe. Tapi, Zizie rasa nak buat kelainan. Korang kena baca jawapan kepada soalan yang seterusnya pulak.
c. What do you love about online shopping?
Online shopping ni sangat menjimatkan masa dari segi memilih dan membayar. Bila nak pilih barang, boleh filter mengikut jenis barang dan harga dari yang termurah hingga mahal. So, senang nak buat comparison. Dah siap pilih dan tambah di cart, terus saja bayar secara online. Tak perlu nak beratur panjang kan.
Yang kedua, senang untuk membuat perbandingan. Selain fungsi filter yang menyenangkan kerja membuat perbandingan, komen para pengguna juga berguna untuk kita membuat perbandingan antara seller yang boleh dipercayai, menyediakan servis yang bagus dan barang tersebut berkualiti atau tidak. Tak adalah korang tertipu sebab dah ada review yang dipercayai.
Dan yang paling Zizie suka, kalau lepas beli, dapat lagi diskaun atau voucher. Hihihi. Siapa tak suka kan dengan perkataan diskaun dan voucher. Rasa lagi nak beli, beli dan beli lagi.
d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?
Actually, sekarang Zizie tengah survey home appliance untuk peti sejuk dan mesin basuh sebab Zizie baru pindah rumah. Bayangkan di hujung minggu, Zizie pergi survey kat kedai-kedai elektrik dan elektronik di sekitar Ipoh ni. Hehe. Bila tengok online, murah la pulak berbanding dengan harga di kedai. Lagi-lagi, tengah ada Online Revolution kat Lazada ni tersenyum lebar tengok harga kaw-kaw diskaun ni. Ni haa barang idaman yang Zizie tengah usha.
Electolux 2 Door Refrigerator 210L |
Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg |
Korang pula macam mana? Jom join contest ni dan jawab soalan mudah mereka.
9 comments
selamat join contest ye
ReplyDeleteGood luck!
ReplyDeletegoodluck
ReplyDeleteGood luck, Zizie! :)
ReplyDeleteselamat berkontes (^_^).
ReplyDeleteSelamat membeli-belah di Lazada ZZ..
ReplyDeleteSemoga rezeki milik ZZ juga..
Nice article, thank you for the sharing
ReplyDeleteGood Luck Zizie...
ReplyDeleteMenarik pula semoga berjaya ya
ReplyDelete