Bila Rasa Cukup, Ianya Melebihi Dari Yang Disangka.

3.11.17
Pernah tak tiba-tiba korang rasa tak cukup dengan apa yang korang ada sekarang? Likes, tak tahu la ke mana pergi duit yang korang dapat walaupun dah rasa berjimat sehabis mungkin. Ataupun, dah plan saving elok-elok, tiba-tiba kereta rosak la, motor rosak la. Sudah, nak kena keluar lagi duit. Atau, korang rasa apa yang ada dalam hidup korang tak cukup dibandingkan dengan orang lain.

Ceritanya, Zizie nak get on track untuk kumpul duit after a few things happened. So, Zizie buat calculation; tolak hutang motor, ptptn, sewa rumah, bil api air, duit belanja untuk mak dan rumah kampung, simpan dalam ASB, cuma tinggal lebih kurang RM 500. Dan secara tak langsung, zizie just said, "cukuplah ni." Padahal, itu belum lagi nak beli barang dapur, kelengkapan diri, duit minyak motor, bayar bil internet. Kalau tolak semua tu, cuma tinggal lebih kurang RM 300. Alhamdulillah, dengan kuasa CUKUP tu, ianya cukup untuk Zizie dan tak habis pun digunakan.


Macam mana nak rasa cukup dengan apa yang kita ada? Cuba listkan ke mana pengaliran wang anda. Kemudian, asingkan yang mana satu kemahuan dan keperluan. Zizie akan meletakkan hutang sebagai keperluan pertama kerana bila kita dalam keadaan berhutang, hidup tak pernah tenang seperti sabda Rasulullah S.A.W: "Berhati-hatilah ketika kamu berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari" (Riwayat al-Baihaqi). Jadi, hutang PTPTN. hutang motor, hutang sewa rumah dan bil api air wajib didahulukan. Haa, sewa rumah tergolong la dalam hutang sebab dibayar bulanan. Hehe.

Kedua, sagu hati untuk ibu bapa. Kuasa memberi duit kepada ibu bapa ini memang luar biasa. Memanglah ibu bapa Zizie tak ada minta pun, tapi itu memang dah tanggungjawab seorang anak untuk menyenangkan ibu bapa pula bila dah boleh berdikari. Berilah kepada mereka walaupun sedikit. Kalau RM 50 pun, korang bagi aje even though less than RM 50. Zie selalu cakap kat mak, "Mak, orang masuk je duit kat mak. Kalau ada lebih, orang bagi lebih. Mak doakan je orang dapat bagi lebih kat mak.". Kami adik-beradik juga ada buat tabung untuk rumah. Maknanya bil api air rumah, barang-barang dapur rumah datang daripada tabung tu. Kalau ada lebih, terserah la kepada mak nak beli apa yang patut.

Ketiga, keperluan untuk diri sendiri seperti barang dapur dan barang keperluan harian. Haritu abang ada ajar Zizie untuk download aplikasi Smart Shopper untuk membuat perbandingan harga antara pasaraya yang ada. Zizie pun masih lagi belajar untuk menggunakan aplikasi ni. Kalau Zizie dah mahir, nanti Zizie kongsikan ye. Apa yang Zizie boleh ceritakan, boleh tahu pasaraya mana yang tengah buat promosi dan yang mana menawarkan harga yang murah.

Keempat, barulah Zizie self reward dengan kemahuan Zizie. Tapi, kena hati-hati! Jangan berbelanja sampai habis hingga tak ada duit untuk waktu kecemasan. Biasanya Zizie akan self reward diri Zizie dengan makanan atau beli pakaian. Most of it on foodies la. Hehehe. Nasib baik dari segi kemahuan Zizie tak suka berbelanja besar kecuali memang ada event yang dirancang. So, Zizie dapat simpan dalam simpanan ASB. Kalau korang dah cukup umur 18 tahun, bukalah akaun ASB ni. Rugi tak menyimpan dari awal. Simpan aje even RM10 sebulan. Bak kata orang tua, bertatih dahulu. Nanti lama-lama gembira la korang tengok dividen masyuuuk.

Pesanan terakhir Zizie, ukur baju di badan sendiri. Ye, kehidupan sosial tak lepas daripada insan bergelar kawan. Kadang-kadang kawan suka mengajak ke sana ke mari tapi kalau korang tak mampu, cakap aje tak mampu. Trend ikut kawan ni la yang Zizie tak berapa berkenan sebab kekadang ada yang jenis high class. Nak makan yang mewah-mewah la, nak pergi jalan-jalan jauh la. Lepas tu hujung bulan slurrpp slurrrpp aje makan Maggie. That's why I prefer kalau boleh duduk rumah, duduk rumah! Hihi.

InsyaAllah, korang rasa apa yang korang ada selama ni sebenarnya cukup untuk korang. Kalau rasa tak cukup juga, itu maknanya kena cari side income la tu. Bukan dengan mengeluh asyik tak cukup saja. Dan paling penting, ucapkanlah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

You Might Also Like

15 comments

  1. Insya Allah bila bagi mak ayah duit jadi lagi berkat. Tu yg Rasa cukup

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu zizie... Kak LeYa selalu syukur dengan pemberian rezeki dari Allah... Kuasa "CUKUP" itu menjadi mindset jika betul2 kita amalkannya.. InsyaAllah zizie boleh berjaya dengan lebih success lagi

    ReplyDelete
  4. I'm doing the same few things like you tapi kadang masih terbabas juga.

    ReplyDelete
  5. try to do the same. In syaa Allah cukup dan berkat. :)

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan apa yang awak sampaikan. ,moga dapat dipratikan. ya btw thanks for the info. nak install smart shopper jugak :)

    ReplyDelete
  7. insyaAllah cuba juga. bila merasa cukup, dan berkat

    ReplyDelete
  8. yup betol! utamakan hutang dlu.. sllu kalo dpt gaji mmg asingkan siap2 yg mane perlu bayar hutang.. pastu baru la fikir bnda lain plak..
    alhamdulillah.. sentiasa cukup dgn apa yg ada walaupon idop xmewah.. =')

    ReplyDelete
  9. Suka baca perkongsian begini..
    Alhamdulillah syukur atas segala kurniaanNya..

    ReplyDelete
  10. Nice sharing. Kena banyakkan rasa bersyukur. ^^,

    ReplyDelete
  11. Banyakkan memberi terutama untuk ahli keluarga terdekat. Kara gurus saya, "Hutang perlu dilunaskan dan didalam tempoh melunaskan hutang jangan buat hutang baru."

    ReplyDelete
  12. banyakkan bersedekah juga :) nice post!

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.