Wajah - Part 3
9.11.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!
terima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca cerita Wajah. sekali lagi, zizie ingin terangkan, cerita ini bukanlah penulisan zizie, tetapi PENULISAN RAKAN ZIZIE. kesian dia, dah touching sebab ada yang anggap ini ialah hasil penulisan zizie walaupun telah zizie nyatakan di dalam entri tentang dia. mungkin, tidak dibaca sampai habis ye. atas cadangan sis +nana liena , zizie telah meletakkan entries Wajah di sidebar untuk memudahkan pembacaan. okay, let the story begins..
Part 1
Part 2
Heyyo GG!
terima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca cerita Wajah. sekali lagi, zizie ingin terangkan, cerita ini bukanlah penulisan zizie, tetapi PENULISAN RAKAN ZIZIE. kesian dia, dah touching sebab ada yang anggap ini ialah hasil penulisan zizie walaupun telah zizie nyatakan di dalam entri tentang dia. mungkin, tidak dibaca sampai habis ye. atas cadangan sis +nana liena , zizie telah meletakkan entries Wajah di sidebar untuk memudahkan pembacaan. okay, let the story begins..
Part 1
Part 2
“Hana.” Panggil Anis Suzanna.
Tiada jawapan. Raut wajah tanpa sebarang mimik. Tidak berperasaan. Kosong.
Mata juga tidak seperti memandang apa-apa. Pasti dalam fikiran juga kosong. Mengelamun
jauh ke dalam dunia sendiri. Tiada apa yang dapat menembusi atmospheranya.
“What’s wrong with her?” Soal
Iirma sambil mengunyah sandwich yang
dia bawa. Ringkas resepi air tangannya sendiri. Berisi tuna, tomato dan salad.
Nutriennya sudah seimbang. Cukup memadai bagi mengalas perut hingga tamat waktu
persekolahan sehingga awal petang nanti.
Anis Suzanna menggeleng. Tidak tahu apa yang sudah terjadi kepada sahabat
baik mereka itu. Diam. Langsung tidak bersuara. Sejak pagi tadi lagi dengan
kelakuan seperti itu. Semasa kelas sama. Tetapi segala nota pada papan hitam disalin.
Segala soalan dijawab dengan sempurna. Sempurna, sama seperti komputer.
Aneh.
Kali terakhir keluar bersama-sama sebelum ini langsung tiada apa-apa yang
ganjil. Baik dari segi tingkah laku mahupun percakapan.
Bekal diletakkan ke tepi. Anis Suzanna terus menerkam Rohana. Dipeluk erat
perempuan itu seperti keluarganya sendiri. Malah lebih daripada itu. Sekali
lagi pandang, sama seperti kanak-kanak kecil mendakap erat patung beruang
kegemarannya. Sedikit demi sedikit condong. Akhirnya tumbang mereka ke
permukaan rumput. Pipi digesel sepenuh hati, tanda kasih sayang.
“Honey, please come back!!”
Rintihnya.
Iirma tidak mahu turut serta. Dia sudahpun perasan pasangan-pasangan mata
yang sedang merenung ke arah mereka bertiga.
Tingkah laku yang agak menonjol. Sememangnya menjadi tumpuan. Mujurlah
sesama perempuan. Iirma sekadar menjadi pemerhati. Sandwich terus dikunyah. Sekali-sekala diselang dengan minuman yogurt buah-buahan. Melihat telatah Anis
Suzanna yang spontan dan pelbagai ragam. Hati geli. Senyumannya disembunyikan.
Bukan lakonan, tetapi memang begitu sifat sebenar Anis Suzanna. Sentiasa
dengan perangai happy-go-luckynya. Malah,
hampir semua orang sudah tahu. Bagi Anis Suzanna sendiri pula, dia tidak mahu
menyembunyikan sifat tersebut. Kadang-kala tingkah lakunya agak menonjol, juga
keterlaluan. Tetapi, bukannya sesuatu yang salah. Dia cuma ingin melihat semua
orang ceria, dengan senyuman di wajah masing-masing. Itu sahaja.
Walau apapun, itu hanya agenda sampingan. Matlamat sebenar Anis Suzanna
berperwatakan sedemikian, tidak ramai yang tahu. Semuanya demi kepentingan diri
dia sendiri. Dalam kalangan pelajar-pelajar kelas mereka, hanya Iirma sahaja
yang tahu dan perempuan itu sangat memahami perasaannya.
Selama ini juga Iirma tidak pernah membuka mulut terhadap tingkah laku Anis
Suzanna. Meskipun dia pernah diperlakukan seperti Rohana. Kerana dia tahu,
bagaimana hati dan perasaan Anis Suzanna yang sebenar. Apa yang disembunyikan
di sebalik wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu. Walaupun belum
pasti sama ada senyuman tersebut benar-benar ikhlas atau sekadar coretan pada
wajah yang hanya dibuat-buat.
Biarlah menjadi rahsia antara mereka berdua. Barangkali rahsia ini lebih
baik tidak diketahui sesiapa. Barangkali itu keputusan yang tepat, buat masa
sekarang.
★★★★★★★
Hari sudah lewat petang. Rohana masih lagi belum pulang. Terkaku di tempat
duduknya. Bukan kerana kerja sekolah yang perlu disiapkan. Bukan juga denda.
Bukan kerana membersihkan kelas.
Anis Suzanna cuba mengheret Rohana pulang bersama-samanya tadi. Tetapi
Iirma menghalang.
Dalam fikiran Rohana tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Terlalu penuh
dengan apa yang berlaku tempoh hari. Malam itu. Di lorong gelap lagi sempit. Berdua-duaan.
Hanya dia dan Ridzuan.
Tindakan luar kawalan.
Apa yang dilakukan memang tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Matlamat
utamanya hanya melihat wajah sebenar Ridzuan. Itu sahaja.
Sedar. Teringat kembali apa yang dia lakukan. Wajah Rohana bertukar merah
pada serta-merta. Dia terus menghempap mukanya pada meja. Sekuat hati.
Kedengaran jelas seluruh kelas. Malu. Tidak mahu menunjukkan wajah tersebut
kepada sesiapapun.
Dalam tidak sedar, ada yang sedang memerhati.
Ridzuan.
Tiga meja dari belakang. Terduduk keletihan. Buku nota dijadikan kipas
untuk menyejukkan tubuh. Hanya memerhati. Diam seribu bahasa seperti sediakala.
Mengelamun seorang diri? Ridzuan mencondongkan kepala. Terpinga-pinga.
Tekak yang kering dibasahkan dengan minuman isotonik. Dengan penuh berhati-hati
dia meletakkan botol minuman tersebut di atas meja. Tetapi tetap menghasilkan
bunyi.
Telinga Rohana tergerak ke arah bunyi tersebut. Segera dia berpaling ke
belakang. Pada mulanya matanya rambang melihat apa yang ada. Sasaran dikenal pasti.
Anak matanya tertumpu tepat ke wajah Ridzuan. Kemudian dizum ke mata lelaki
itu.
“Aaa...” Tiba-tiba Rohana menjerit. Dia bangun dan berganjak ke belakang.
Kedua-dua belah tangan memegang meja. Tertolak ke arah bertentangan.
Ingin lari. Seragam sekolahnya pula menjadi penghalang. Langkah kaki
menjadi sumbang kemudian dia jatuh tersungkur pada lantai kelas. Tidak tercium
apa-apa kecuali habuk yang tinggal.
“Awak tak apa-apa?” Soal Ridzuan. Dalam sekelip mata sahaja dia muncul di
hadapan Rohana.
“Aaa...” Lidah masih terkelu. Masih lagi terkejut. Semakin hampir Ridzuan
ke arahnya, dia berundur.
“Rohana, bertenang.” Pujuk Ridzuan, cuba memahami tindakan perempuan itu.
Dia turut menjauhkan jarak antara mereka.
“Hana...” Ucap perempuan itu dengan bibir yang berat untuk terangkat.
“Awak tak apa-apa?”
Kepala Rohana bergetar. Wajah merah tadi semakin menyala. Panas kian
terasa. Sukar untuk dia bernafas. Mata melirik ke kira dan kanan dengan pantas.
Barulah nampak kepalanya menggeleng.
“Boleh bangun? Tak manis kalau orang nampak kita dalam keadaan begini...”
Rohana tidak menjawab. Hanya memandang ke bawah. Wajah, mata Ridzuan
terutama sekali dia tidak mahu pandang. Takut dirinya terpukau sekali lagi. Takut
dirinya melakukan tindakan luar kawalan sekali lagi. Rohana diam. Kedua-dua
belah tangan disembunyikan ke belakang tubuh.
Ridzuan menghulurkan tangan. Bagaimana ekspressi lelaki itu Rohana tidak
tahu. Face mask menjadi penghalang.
“Here.” Ridzuan menunggu respons
daripada Rohana.
Masih lagi malu. Rohana tetap memberanikan diri. Dia juga turut mengangkat
tangan. Mencapai Lengan bajunya dicapai lelaki itu. Genggaman Ridzuan agak lemah.
Langsung tidak menyakitkannya.
Rohana melonjakkan tubuh ke hadapan.
Berdiri. Rohana bertentangan Ridzuan. Tangan belum dilepaskan. Manakala mata
pula memandang satu sama lain.
Diam sekali lagi.
Masa seolah-olah terhenti.
Dunia menjadi kosong. Yang tinggal, hanya mereka berdua dalam dimensi ini.
Lengang. Langsung tidak kedengaran sebarang bunyi.
Rohana merapatkan wajah. Sekali lagi. Pergerakan tubuhnya tidak terkawal. Segera
tangannya dilepaskan Ridzuan.
“Roha...”
Sebelum sempat menyebut nama perempuan itu, Rohana memekup mulut Ridzuan
dengan tangan kanannya. Face mask
dicengkam. Ridzuan pula nampak terdesak dengan mata yang membulat.
Terkejut. Tindakan tersebut langsung tidak terjangka.
Pergelangan tangan yang memegang face masknya dicapai. Langsung tidak
bergerak meskipun sedikit. Malah lebih gagah daripada dia sendiri.
“Stop it, Rohana!” Tegas Ridzuan
lantas merentap tangannya sekuat hati. Kedua-dua mereka terseret ke belakang
beberapa sentimeter. Pinggang Ridzuan berlanggar pada meja. Manakala tubuh
Rohana pula bertembung dengan papan hitam.
Nafas Ridzuan turun naik. Peluh mula mengalir. Dengupan jantung menjadi abnormal.
Berdengup, pantas daripada biasa. Jelas terasa dengupan organ dalamannya itu
seperti drum. Bukan kerana keletihan.
Tetapi kerana sketsa spontan tadi.
Belakang tangan kanan digunakan untuk mengesat peluh pada pipi. Face masknya sudah tiada. Mata membulat
sekali lagi. Dia memandang Rohana. Sama sepertinya, membongkok menahan sakit.
Tangan perempuan itu dia jeling.
“Rohana, give it back.” Ridzuan
meminta barang miliknya dikembalikan semula. Memekup wajah dengan tangan kanan.
Agak biadap meminta dengan tangan kiri dihulurkan. Segera Ridzuan bertukar ke
tangan kanan selepas itu.
Rohana menggeleng. Face mask
Ridzuan digenggam dengan erat kedua-dua belah tangan. Didakap agar tidak
dirampas lelaki itu. Malu. Tindakannya terhadap Ridzuan, juga malu dengan diri
sendiri. Wajah yang merah padam terus tertunduk.
“Roha...”
“Hana!” Kata-kata Ridzuan dicantas. Bergema suara perempuan itu ke seluruh
kelas.
Tangan dihulurkan sekali tetapi ditepis.
Ridzuan mendengus pendek.
Tidak mempedulikan lagi fack mask
yang dalam genggaman tangan Rohana. Wajah dibiarkan tidak berselindung seperti kebiasaannya.
Dia kembali ke tempat duduk. Barang-barang disumbat masuk ke dalam beg.
Digalas pada bahu kiri. Dia menuju ke arah Rohana kembali. Beg perempuan itu dia capai, juga digalas pada
bahu yang sama.
“Let’s go. Before somebody sees us.”
Lengan baju Rohana dicubit sama seperti sebelum ini. Sekali lagi dia membawa
perempuan itu pergi.
★★★★★★★
Restoran makan segera yang biasa dikunjungi Anis Suzanna dan mereka yang
lain menjadi pilihan. Mungkin kerana jaraknya tidak jauh dari sekolah. Beg
masing-masing diletakkan pada kerusi kosong. Rohana tunggu sementara Ridzuan
pula mendapatkan minuman dan sedikit makanan untuk dikunyah.
“Kalau awak tak mahu cakap dengan pun tak apa. Tapi boleh tak pulangkan face mask saya?” Kata Ridzuan. Minuman
ringan dihulurkan kepada Rohana.
Rohana menggeleng. Namun wajahnya masih lagi ditundukkan. Merah. Jelas
kelihatan hingga ke telinga.
“Look, Rohana. You can’t expect me to
read your mind. If you have an issue, just tell me.” Sambungnya lagi sambil
menyilang jemari kedua-dua belah tangan.
“Hana... Panggil saya Hana...”
“Ok, Hana. Sekarang, boleh tak pandang ke arah saya dan ceritakan apa yang
terjadi?”
Rohana menggeleng lagi.
“Hana, eyes on me.”
Menggeleng.
“Please...”
Nada suara Ridzuan lembut ditutur. Kali pertama dia mendengar Ridzuan
bercakap dengan nada yang lembut, apa lagi merendah diri seperti itu. Bunyinya
memang tenang. Tetapi terselit perasaan risau yang disembunyikan.
Sebaliknya, Rohana pula, kekal diam
tidak bersuara. Dalam kepala, penuh
dengan diri sendiri. Apa yang telah dilakukan. Apa yang telah dikatakan. Apa
yang telah difikirkan. Semuanya salah. Semuanya bukan dirinya yang dia sendiri
kenal.
Ingin menjadikan Ridzuan seseorang istimewa bagi diri sendiri. Bukan
kekasih. Teman, sahabat lelaki yang akrab. Sama seperti Anis Suzanna dengan
Irham dan Harris. Sama seperti Iirma dengan Badrul dan Hisham. Berlainan
jantina tetapi sesama spesis. Itu yang dia dambakan selama ini.
Bagaimana dengan Ridzuan? Adakah lelaki itu dapat menerimanya? Siapa diri
dia yang sebenar. Beberapa kali dia pernah cuba merungkai rahsia lelaki itu. Rahsia
wajah Ridzuan, cuba dia rungkai dengan cara paksa. Tanpa persetujuan lelaki itu
sendiri. Semata-mata memenuhi kehendak hatinya.
Diri sendiri pula, seorang pelajar sekolah menengah yang asalnya seorang stalker. Kini sudah ‘bertaubat’. Kemudian
mengambil upah sebagai seorang penyiasat peribadi. Berkhidmat setiap masa yang
ada untuk klien-kliennya.
Di hadapan, orang mengenali diri dia sebagai seorang perempuan yang lemah
lembut. Tidak pernah marah, lagi meninggikan suara. Airhead, menyebabkan ramai orang percaya bahawa dia seorang budak
yang baik. Di belakang pula, mengekori orang lain yang tidak dikenali. Semata-mata
ingin mengisi masa lapang. Juga untuk upah.
Apa beza dia dengan Ridzuan? Sejak kali pertama bertentangan muka, lelaki
itu sudah pun memakai face mask. Setiap
kali soalan berkaitan tabiat aneh itu orang tanya, Ridzuan akan diam. Jika
tidak, dia akan menukar topik perbualan.
Apa yang lelaki itu buat di belakangnya, siapa tahu? Insiden malam itu
tidak dapat dia lupakan. Bagaimana tangkas pergerakan Ridzuan. Bagaimana pantas
lelaki itu berlari. Kemudian seolah-olah ‘terbang’ melepasi tembok yang tinggi.
Apa lagi yang lelaki itu boleh buat, masih banyak yang dia tidak tahu.
Face mask Ridzuan digenggam dengan erat. Tindakan luar kawalannya
berjaya merampas face mask lelaki
itu. Inilah apa yang dia mahukan. Tetapi hatinya berasa kurang senang. Rasa
serba salah.
“Ridz, I’m sorry for what I’ve done.”
Perlahan-lahan Rohana mengangkat wajah. Lemah. Sama seperti suaranya.
Dari atas leher dagu muncung yang sedikit tumpul terukir. Digaris dengan
sepasang bibir yang merah lembap. Tidak tersenyum. Tidak marah. Hidung,
kemudian sepasang mata yang sentiasa dia renung selama ini.
Adakah ini Ridzuan yang dia kenal? Seperti orang lain.
“Baby face.” Ucap Rohana apabila
menatap wajah penuh lelaki itu. Bukan apa yang terlintas dalam fikiran. Namun
apa yang terdetik dalam hati. Spontan terucap tanpa ditafsir.
“Apa?”
7 comments
Tak sabar menantikan kisah Rohana dan Ridzuan seterusnya. Hehe ^_^
ReplyDeleteDah agak dah Anis tu mesti ada something kan? Takdenye orang yg best fren nak menunjuk2 mesra sangat mcm tu.. Macam saiko je.. Huhu..
ReplyDeleteTo Rohana, apa lah tak sabar sangat.. Be patience sikit boleh tak.. Kang kena reject baru tahu.. Muahahahaha.. Aku lak yg emo ni dah kenapa..
bnayak udang di sebalik mee nie..cerita penuh tanda tanya..hihi.. teruskan..chaiyok3..
ReplyDeleteWahhjhh baby face last sekali tu hiks
ReplyDeleteanis tu mcm semacamm hmmm
ReplyDeletebaru dapat baca hari ni :)
ReplyDeletewah..terima kasih la sbb buat column khas tu..senang sikit. suka baca cerpen2 ni..nnati dh habis baca kita komen la kat sambungan seterusnya. kena baca balik dr part asal..
ReplyDelete