Food Poisoning

10.11.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Alkisah khamis malam jumaat lepas, masa zizie tengah sibuk siapkan kerja, tetiba aje pinggang zizie ni sakit. ingatkan disebabkan duduk lama. masa nak tidur tu, memang rasa tak sedap badan aje. esoknya, memang sah dah demam.

zizie punyala takut kena demam denggi macam haritu. yela, dah demam sampai sakit-sakit badan. seriau weh.. takmau dah demam denggi bagai. kakak zizie pun dah pelik sebab zizie asyik sakit. antibodi dah tak kuat la tu, katanya. kawan zizie lagi kejam! dia suruh cari rumah sewa sebelah hospital. asbestos punya member.

after jumpa supervisor, terus zizie ke klinik UTeM sebab dah tak tahan sangat. supervisor pun naik rimas tengok guwa yang tak senang duduk. haha.

temperature : 39.5 degree
pulse : 131 beats per sec

disebabkan zizie ada cirit birit, doktor syak food poisoning. dah kena masuk air sebotol.

A photo posted by zizie.zack (@zizie.zack) on


demam dah kebah. dua hari juga la zizie asyik keluar masuk toilet. kalau boleh, tak nak keluar dari toilet tu. huhu. semua makanan zizie takut nak ambil sebab kot-kot la makanan tu tak bersih. tapi, takkan nak biarkan perut ni kelaparan. kang nanti, tinggal kulit dengan tulang aje.

doktor kasi air garam untuk diminum. Ya Allah, rasa dia sangat yucks! tak sanggup nak diminum. tak ada orange flavour ke, strawberry flavour ke. huhuhu. dahlah doktor tu suruh zizie mandi ais kalau demam tak nak kebah. huish. nak mandi air biasa pun rasa macam mandi ais doktor woi bila dah demam suhu tinggi cenggitu.

zizie pun pelik juga sebab kedai yang zizie selalu pergi makan tu tak ada pun sebabkan zizie sampai keracunan makanan macam ni. kawan-kawan zizie elok aje tak sakit apa. sabar jela. nak buat macam mana kalau zizie dah dipilih untuk sakit macam ni.. sakit itu nikmat~

You Might Also Like

24 comments

  1. tingginya suhu tu ! memang bahaya tau ! boleh rosak sel sel otak..

    lau air sirap rasa masin zizi minum tak ? hehe. survey je..


    ENTRI BARU :

    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/buat-duit-di-ilanceecom.html

    (mohon klik recommend to google dekat kotak komen, terima kasih sangat sangat)

    ReplyDelete
  2. alahai.. kesian zizie.. nie dah oke ke? anis tahun nie, banyak kali kena keracunan makanan nie.. paling teruk, mase bulan puasa hari tu.. lemah lembik badan nie..

    ReplyDelete
  3. demand plak tu., strwbri flavor mahunya.,
    perisa pisang ker betik ker sudah la., huhuhu
    peringatan la tu.., pas ni ati2 la nk makan., klu bleh masak sendiri lg terbaik.,

    ReplyDelete
  4. Air oren bagus tau untuk treat diarrhea ni, sebab strategi nak ubati dia antaranya minum banyak air. Sebab badan kita kurang air la kita rasa lemah tu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Zizie dah sihat yer... Zumal pula asyik demam sekejap kebah sekejap datang lagi...

    ReplyDelete
  6. Oo Zizie kat UTEM rupanya. Semoga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  7. Kesian Zizie. Moga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  8. penyakit bawaan angin ni cik zizie.. mengikut telahan bomoh sebelah rumah saya.. hehe.. inshaAllah sakit ini akan menjadi kifarah buat cik zizie, takde yg sia2 dlm dunia ni kan katanya.. semoga cik zizie sembuh sepenuhnya. jangan skip2 makan ubat ye. and jangan tak minum lak air garam tu, bagus utk kesihatan perut tu.. nak buat macam mana, payau pun kena bedal jugak.. huhu..

    ReplyDelete
  9. ahahaha.. sebelah hospital.. yg tu lawak.. kekeke...

    wow... suhu tinggi...

    moga cepat sembuh Zizie :D

    Misaki tak suka duduk dekat hospital.. seram :3

    ReplyDelete
  10. mak aih. makan ape la sampai boleh jadi cenggini. semoga cepat sembuh (:

    ReplyDelete
  11. singgah semula.. Zizie bagi cita korea yg terbaru yg best2 :D

    ReplyDelete
  12. kesian zizie. sudah lah kena keracunan makanan, demam la pula. betul cakap zizie. sakit tu nikmat.

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah..kesian zizie..tak minum air kelapa..ikhtiar..sabar ye..moga Allah beri kekuatan jiwa untuk meniti hari hari mendatang.,

    ReplyDelete
  14. owhh.. ahahaha XDD

    pinoccho alamak sebutan yg betul camana tah.. ahaha XD nak tengok cerita tuh...

    owh my ommo ommo ommo.. mmg nak sangat tgok cerita fated to loved you :D thanks Zizie :D

    Misaki lupa apa nama cerita tu ahahaha XD

    ReplyDelete
  15. laa ciannya.

    semoga cpt sembuh ye :)

    ReplyDelete
  16. Ya allah takutnya cirit birit ughhh
    Get well sooooon

    ReplyDelete
  17. tinggi tuh..so da sihat ke belum ni..pape pon get well soon..

    ReplyDelete
  18. garam memang antara ubat terbaik kalau keracunan. bancuh garam sendiri kat rumah then letak kordial yang kita nakz hihizz baru rare :P

    get well soon..

    ReplyDelete
  19. memang perit kalau kena keracunan.. perut buat hal,nak buat kerja apa2 pun tak selesa.. huhu.. komen2 kat atas ni ada banyak cadangan .. harap cepat sembuh!

    ReplyDelete
  20. Keracunan...siannye..smoga sihat dah skrg ni...salam kenal

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.