6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali
14.11.13Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
( Surah al-Hujurat: ayat 12 )
credit |
Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat.
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.
Berhati-hatilah dalam setiap perkataan dan telinga yang mendengar, kerana sekiranya salah pertuturan dan pendengaran membawa musibah yang besar di hari akhirat. Jauhi diri dari mengumpat dan mendengar umpatan.
sumber : PUSAT ISLAM UTeM
9 comments
subhanaAllah..muhasabah diri...thanks zizie sbb share :)
ReplyDeletekdg2 kita xsedar pon kita tgh mengumpat kan. seriously nak mengelak dari mengumpat ni susah sgt2. kena sama2 bersihkan hati sendiri la lepas ni agar terhindar dari menjadi manusia yg suka mengumpat
ReplyDeleteKadang-kadang bila dah syok sangat berborak, tak sedar dah termengumpat orang jam-jam tu.
ReplyDeleteserious nice entry zie..akak setuju sangat..akak pun acap kali lagha..seringkali terlalai dan terleka..namun setiap hari juga sentiasa berusaha perbaiki diri berdikit-dikit..moga kita sentiasa terpelihara daripada perkara yang tidak elok dan membinasakan diri kita kelak..
ReplyDeletemoga dijauhkan sifat begini dlm diri kita
ReplyDeleteJahil lagi rasa diri ni. sebab selalu rasa tak puas hati. nak marah2. semoga dijauhkan dari perkara2 sebegini :)
ReplyDeleteAlala insaf dalam hati..
ReplyDeleteSebagai manusia biasa akak pernah mengumpat.. rasa mcm hari2 mengumpat..
Nak kena buang tabiat nih kan..?
P/S: bukan main lagi gelak dengan entry laki akak eh... hikhik..
thanks for the sharing dear..^^
ReplyDeleteHi blog hopping here!
ReplyDelete