Salah Siapa?

7.9.13
Assalamualaikum w.b.t
Heyyo GG!

serius beribu kali serius, salah aku ke semua ini berlaku?

beberapa hari lepas, aku amik bas daripada Melaka Sentral nak balik ke rumah sewa..
well, as a becoming third year student, kitorang dah kena berdikari duduk di luar..
so, ini kira first time la aku naik bas daripada Melaka Sentral balik ke rumah sewa even masa first year aku dah pernah duduk kat area tu (masa tu duduk kolej lagi)..

almost satu jam jugak la aku tunggu bas panorama tu..
sudah la sejak pukul 5pag menunggu, 6pagi ++ baru bas ada...
takpe la kan.. driver bas pun manusia biasa nak kena tido..

dekat platform tu ada tulis "PLATFORM 2 Taman Tasik Utama"..
lepas tu, tetiba bas yang tertulis 'Klebang' masuk kat platform tu...
lepas tu dia jerit panggil ' Bukit Beruang ', - eh, ni ke basnya?
memang sepatutnya bas yang aku nak naik akan menghala ke bukit beruang..

so...

"pak cik, bas ni pergi ke taman tasik utama tak?"
"taman tasik utama kat mana? pak cik tak tahu"

huh?? habis tu, kalau driver bas tak tahu kat mana taman tasik utama, apa fungsi tertulisnya tanda kat platform tu?? - seriously?!!

"yang menghala ke MITC tu.."
"MITC pergi la, yang itu bukan Taman Tasik Utama, itu pangsapuri Taman Tasik Utama"
"haa.. yang tu la"
then pak cik tu membebel..
"tu bukan Taman Tasik Utama.. tu pangsapuri Taman Tasik Utama.. blaa.. blaa..", dengan nada yang agak tidak menyenangkan..

eh eh pak cik ni...
sudah lah pagi-pagi buta, pastu marah-marah aku pulak..
macam la aku yang letak papan tanda kat platform tu..
aku cuma cakap apa berdasarkan apa yang aku baca je...

memang kat kat kawasan aku tu, ada dua Taman Tasik Utama - Taman Tasik Utama 2, dan Taman Tasik Utama 3..
kawasan yang aku tinggal Taman Tasik Utama 3..
Taman Tasik Utama 3 ni ialah pangsapuri manakala Taman Tsik Utama 2 ialah rumah teres..

yang menjadi keanehan aku, dia tahu pulak Pangsapuri Taman Tasik Utama, Taman Tasik Utama dia tak tahu pulak..
apalah salahnya kalau dia tanya, "Taman Tasik Utama ke, Pangsapuri Taman Tasik Utama?"
kan sedap sikit hati ni.. kalau dia nak sindir-sindir pun, aku tak kisah..
tak perlu nak marahkan aku yang tak tahu menahu ni..
buat kurang rezeki di pagi hari je pak cik ni..

nasib baiklah masa tu otak aku tengah loading..
kalau tak, dah lama pak cik tu aku bidaskan..
bagus jugak otak aku tengah loading masa tu, tak ada la rezeki di pagi hari ku pun berkurang...
bila aku dah bangun daripada tidur tu, baru aku marah-marahkan pak cik tu kat dalam hati.. muahaha...

tak pe zie..
cuba fikir positif..
pak cik tu period kot.. tu hangin pagi-pagi.. :P

You Might Also Like

16 comments

  1. pening betul kalau nama tempat nak dekat sama!

    ReplyDelete
  2. sabar jelah.. pacik tuh period dipagi hari .:p

    ReplyDelete
  3. Lorh pak cik ni
    Awat lagu tuu . .
    sabo je laa . .
    klau sy mesti dh nanges r . . malu kot . .
    HAHA

    ReplyDelete
  4. pck tu brgaduh ngan bini gaknyer pg td. haha. tu yg emosi tlebihh..

    ReplyDelete
  5. baru lepas gaduh ngan wife dia..

    ReplyDelete
  6. Taman tasik utama dengan pangsapuri taman tasik utama, dua tempat yg berbeza ye..

    mungkin pakcik tu ada masalah kat rumah kot..redhakan ajelah.. (,")

    akak reply komen zizie... thanks sebab sudi menegur ^_^

    ReplyDelete
  7. Jue pn still tak tahu nak naik bas y mna satu klu nk balik ke uitm. slalu follow org je..

    ReplyDelete
  8. pending ek perasaan marah tu zizi..haha..lawak betul...takpe..syukur Alhamdulillah adik akak ni tak mengamuk kat orang tua tu..good gurl..:)

    ReplyDelete
  9. pakcik tu x dapat tido dengan bini no 2 dia . . . bini tua dia kurung dia kat rumah x kasik jumpa bini muda dia :(

    ~true story~

    ReplyDelete
  10. Sabar ye zie..kadangkala kita terpaksa menerima bahana lantaran kealpaan insan lain..kadangkala kita menjadi wadah kemarahan orang lain juga..tapi jangan sampai orang lain terima amarah kita kerana takut takut keasannya kembali pada kita..kesian zizie,, :)

    ReplyDelete
  11. kalo pakcik bus ade yg bagus, bagus ade yg kerek, kerek sungguh la...kita nk tanya jln je kennnn

    ReplyDelete
  12. he3 sbar jelh =) layankn jelh pakcik 2..dia pn manusia juga..sbarkn spruh dr iman..lpas ni kena bwak motor @ kreta sndri la..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.