Berdiam Itu Lebih Baik, Tetapi...
25.6.13bila rasa marah, lebih elok kita diamkan diri..
mungkin itu lebih baik daripada kita marah-marah, darah naik, kebarang kalian kena heart attack..
bak kata pepatah,
diam bukan bererti mengalah..tetapi, bila kita berdiam diri, dan bermasam muka dengan orang sekeliling, itu juga menjadi masalah..
mungkin ada yang akan faham.. dia ni tengah tension ni..
tetapi, kalau orang datang nak bertegur sapa dengan kita, kita bermasam muka, bukankah dia akan terasa hati?
kalau marah dengan seorang individu, janganlah yang lain kena tempiasnya..
tetapi, biarlah individu itu mengetahui kenapa kita memarahinya..
kalau individu tu pun clueless, apa faedahnya kita marah..
hanya syaitan bertepuk tangan, hati semakin panas..
aku pun pernah buat perkara yang sama..
nak kata tak sengaja, itu ayat nak cover kesalahan diri..
dan bila sedar, selalu aku pujuk diri, zie, jangan buat macam tu, kalau kau kena, kau tak suka kan..
tetapi, manusia biasa takkan terlepas daripada melakukan kesilapan sebegitu..
aku bukannya maksum, aku manusia yang penuh khilaf..
kalau rakan-rakan sedang marah, marilah sama-sama kita melafazkan kalimah
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
sekadar entri untuk mengingatkan diri sendiri :)
15 comments
Kedua-dua belah pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Paling penting, segera waraskan akal fikiran supaya anda mampu sedar tentang kesan sifat amarah anda.
ReplyDeleteermm.. setiap orang pasti akan lalui situasi semcam ini awak... marah ni dia berkait dgn nafsu. (ada komen dlm blog sweetyzhanieyz83)
ReplyDeleteSebenarnya apabila kita marah, kita telah meletakan nafsu ini melebihi dr kebesaran Allah. bahaya tuh.
Jadi apabila hendak marah, eloklah berfikir dahulu, ingat bahawa kita manusia ini adalah anugerah Allah yg paling baik. Sepatutnya kita bersyukur padaNya atas kita dijadikan dengan begitu sempurna dari makhluk lain...
sy peringatkan utk diri sy juga yer..
kita tak suka orang marah kita, orang pun tak suka kita marah mereka.. sama2 ingatkan diri sendiri :) kalau ada masalah, boleh selesaikan baik2 kalau dua2 pihak boleh bertolak ansur :)
ReplyDeletesama2 beringat :)
ReplyDeleteJue pn mcm tu jgk.. jue psan kat kwn2, jgn tgur jue time jue bad mood.. rasa brsalah la plak..
ReplyDeletegood sharing...
ReplyDeletebetul tu..klu ada masaalah jganla owg lain pun jadi mangsa sama..ciannn
ReplyDeletesalam kenalan
saya follow blog zizie..=)
jemputla ke blog saya nanti ye..
sekuntumbungazara.blogspot.com
timekcih..=)
setuju zie..kadangkala kita lakukan luar kawalan kerana nak redakan kemarahan pada diri sendiri..tak semua orang memahami kita dan sebaliknya kan..yang penting,,belajar dari kesilapan dan kesilapan itu kita cuba perbetulkan sedikit demi sedikit.. :)
ReplyDeletehye sis.kak lea kalau bad mood kat office,suka senyap je.kadang2 geram jugak dengan peel officemate sebab tiap kai dia buat salah,kak lea cuba cover dia depan bos supaya dia tak kena marah.tapi geram jugak depan bos dia pandai berlakon nampak busy memanjang padahal buka fb semedang...manalah kerja tak selalu silap.
ReplyDeletetapi bos dan ofcemate lain tak suka kalau kak lea senyap,diorang kata sunyi sebab kak lea ceria kat office dna jadi DJ terjun he3..sekejap kena buak sinar fm,kejap mix fm,kejap lagi suria fm..pening...pening..
yang penting biarlah tengah marah dan bad mood macam mana pun,kita kena juga ingat ada orang di sekeliling yang memerhati.senyum sokmo...
Lembutkan hati.. memaafkan tu lebih baik... :)
ReplyDeletemm diam pon bagus jg.tp ada hadnya tau :)
ReplyDeleteKalau hati dah panas, memang kadang kadang hilang pertimbangan. Memaafkan tapi tidak melupakan :)
ReplyDeleteDiam itu lebih baik. Tapi, terkadang diam2 ubi berisi. Yang penting, kena pandai manage emosi. Nice sharing :)
ReplyDeletesblum tido, maafkn smua org..msti tng :) btol la..berdiam 2 bmkna kita bertolak ansur..mrah ni sifat syaitan..sma2 la kita elakkan :)
ReplyDeleteDiam bukan beerti kita salah....
ReplyDelete