Honestly, I don't want someone who sees the good in me. I want someone who sees the bad and still wants me. -Notebook of Love-
zie suka kata-kata tu..
kata-kata yang sama maksud dengan TERIMA DENGAN SEADANYA..
cuba fikir..
berapa ramai yang boleh terima keburukan diri kita..?
susah nak cari yang betul-betul terima diri kita seadanya..
terutamanya kita terhadap pasangan kita atau pasangan kita terhadap kita..
in my opinion, untuk dapat somebody like that , bukan mustahil..
maybe one in a million kalau nak jumpa makhluk Allah macam tu..
so , memang susah..
![]() |
ku terima selipar besar gedabak ni dengan seadanya.. |
nota lekit :
zie pernah tulis pasal TERIMA AKU SEADANYA.
zie pernah tulis pasal TERIMA AKU SEADANYA.
you alls boleh view kalau nak.. [view]
13/7 yang lepas, abang Rudi bawa kitorang jalan-jalan..
dah lama jadi rakyat terengganu, baru nak pergi ke pemecah ombak.. hehe..
sebenarnya, zie tahu kat terengganu ni ada pemecah ombak..
tapi, lokasi sebenar tu je yang tak tahu..
di Terengganu terdapat empat kawasan yang ada pemecah ombak..
di Marang,Kerteh,Besut dan Pulau Duyong, my hometown.. kehkehkeh..
abang rudi bawa kitorang ke Marang..
cantik..
dekat dengan pantai..
dan pantai tu pun xberbahaya untuk budak-budak kalau nak bermandi manda..
cuma tak ada tempat nak salin baju aje.. huhu
seronoknya tengok dua pasangan kat atas..
aku pulak yang sorang-sorang..
cik abang pulak jauh di tempat lain..
![]() |
ini jela yang mampu.. XD |
kadang kala kita tak kenal dengan diri kita..
bukannnya hilang ingatan..
tapi, kadang2 tu, macam not sure what happen to yourself.
same goes to me..
miss kobeng pernah cakap, "aku tak faham la ngan kau.. kejap okay, kejap tak okay.. kejap moody, kejap happy go lucky.."
miss leep pulak duk tepi sambil angguk2 tak pun gelak bajet comel..
haih.. dua makhluk yang kurindui untuk di-smack-down..
semalam aku tak ada la moody..
tapi, berlaku seperkara yang menyebabkan aku moody dan tak dapat tidur..
badi moody......
pas sahur, Mr. Chipsmore sahabatku call..
seorang sahabat yang easy going, cool dan memahami..
*********************************************************************
"lan, aku nie alien ke?"
"hah? kahkahkahkah! bahagian mana yang kau alien?"
"bahagian emosi."
.... [terdiam dalam 5 saat]
"moody ke sekarang? chill la.. jangan la sampai kata diri kau tu alien."
"habis tu?"
"three! hahahahahaha!! *aku ketuk jugak kepala dak ni!* gurau je. okay, kalau aku cakap, kau chill ek."
"habis tu?"
"three! hahahahahaha!! *aku ketuk jugak kepala dak ni!* gurau je. okay, kalau aku cakap, kau chill ek."
"okay."
"kau ni sebenarnya happy go lucky. tapi, kau jenis yang moody bila ada orang asyik nak perkena kau atau bahan kau. bukan aku nak kata kau tak boleh terima semua tu, tapi bila somebody tu push kau, kau akan react macam tu kat orang tu. dan sebenarnya kau bukan moody. cuma kau akan jadi pasif kalau orang macam tu ada."
"oh.. kalau ada orang kata aku selalu melayan perasaan?"
"sebab orang yang cakap tu melayan sangat perasaan kau. actually kau ni bukan jenis layan perasaan. senang je nak alihkan perhatian kau. kau kena buat aktiviti yang kau suka. ingat tak kalau kau datang ngan muka monyok, aku selalu ajak kau melalak even suara kita lagi teruk dari suara katak?"
"aah.. ingat.. suara katak? hahahaha!"
"gelak pun kau. nice to hear it. so, tu cara aku nak alihkan perhatian kau. sebenarnya kau ni bukannya jenis moody dan tak susah macam add math. you're easy as ABC."
"gelak pun kau. nice to hear it. so, tu cara aku nak alihkan perhatian kau. sebenarnya kau ni bukannya jenis moody dan tak susah macam add math. you're easy as ABC."
*********************************************************************
maybe apa yang Chipsmore cakap tu betul..
haritu pun aku moody dan atas jasa baik miss kobeng dan miss leep, dorang bawak aku berfoya-foya..
aku bergelak sakan ngan dua orang tu..
moody aku tu dah melayang terbuang di Laut Cina Selatan..
Chipsmore tamatkan perbualan dengan kata-kata ,
"sepanjang kau hidup, mak ayah kau tak ada nak benci-benci dengan perangai kau kan? so, kenapa kita perlu peduli dengan orang yang baru saja kenal kita tapi suka-suka nak judge diri kita dan tak suka kita?"
sebelum zie melanjutkan lagi entri kali ni,
zie nak minta maaf kalau ada yang terasa dengan entri ni..
bukan nak ngata korang taw..
just nak bagi pandangan zie sahaja..
chill okay..
sejak akhir-akhir ni, dah datang kerajinan zie nak ber-blogwalking..
so, jalan sana sini dan tengok ada blog yang awesome..
followers zie pun, blog dorang dah semakin cantik :)
tapi, ada satu benda yang tak berkenan la..
about put a song into your blog..
especially yang autoplay punya widget..
hari tu, adik zie terkezut berukz coz tetiba je keluar lagu..
and he comment, "kalau tiap-tiap hari pergi kat blog orang macam tu, lama-lama heart attack.."
so, untuk mengelakkan ada ahli keluarga yang terkezut, zie pasanglah earphone..
at least tak mengganggu orang lain..
tapi........
bila autoplay, lagu yang ada kat blog akan dimainkan secara automatik apabila kita buka blog itu..
dan menjadi satu masalah bila widget itu tak ada volume control..
al-maklumlah..
dah dengar pakai earphone, lagu tetiba keluar, bukan setakat heart attack..
pekak den nanti..
yang ada butang pause tu, baguslah..
senang hati sikit..
tapi, yang tak ada tu, memang susah la..
lagipun, lagu yang diletak adalah lagu feveret zie jugak.. huhu..
so, yang ada volume control tu, zie can enjoy the song till the end by slow down the volume..
ini baru dipanggil the best customer service kan??
hehe..
okay, tamat sudah bebelan..
eh, membebel ke??
minta maaf la kalau kekawan ada terasa ye..
bukan apa..
just benda ni dah lama zie perhatikan..
harap kekawan semua faham :)
![]() |
jangan marah ye :) |
kalau nampak guys duk gaduh-gaduh, instead of kita jerit.
"PUKUL! PUKUL!"
or "lek la bro.. settle elok2.."
why not you do like this...
berhasil atau tidak,
TRY LA DULU..
hehe ;)
rasa seronok berpuasa kali ni coz semua ahli keluarga ada except my big brodo..
niat di hati nak pergi terawih malam ni..
tapi, after berbuka tadi, perut dah buat hal balik :(
tapi, sakitnya tak seteruk dulu..
mak kata tak payah pergi..
so, akak-akak zie just terawih di rumah coz kesiankan zie.. kononnya..
entah2 malas!! hehe :P
satu juzuk dah habis hari ni :)
happy sangat2..
terima kasih bagi yang sarankan zie untuk bergelumang dengan al-Quran even tak ada la bergelumang sangat..
doakanlah zie cepat sembuh untuk menikmati keberkatan Ramadhan kali ini..
semoga Ramadhan rakan-rakan juga dipenuhi dengan keberkatan :)
now 2.58 am and i waiting for sahur..
daripada siang tadi, aku tak henti-henti dapat mesej dari kawan-kawan pasal bulan Ramadhan..
semua teruja kan nak mula berlapar di siang hari mulai Subuh pada 21 JULAI kan?
lepas ni, banyak la status yang menyatakan kelaparan, juadah berbuka puasa/moreh/sahur dan baju raya kaler apa..
silap2 ada status pasal kuih raya bagai.. haha XD
rahmat Ramadhan kot coz jejak kasih dengan En. Chipsmore..
aku dah kawan ngan En. Chipsmore nie dah dua tahun lebih..
tapi, dia terpaksa berpindah ke seberang laut coz his father's job..
dia memang chipsmore! kejap ada, kejap tak ada..
but, aku sentap bila dia bagi reason why he acting like chipsmore..
En. Chipsmore, terima kasih kerana ambil berat pasal aku..
dan aku minta maaf kalau segala yang berlaku adalah kerana aku..
semoga kau akan dapat yang terbaik dan menjadi sahabat aku selamanya :)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!
13-14 Julai lepas aku baru je selamat menghadiri kursus kahwin..
bila cakap kursus kahwin,
mesti kita akan fikir yang menghadiri kursus tue, semuanya nak kahwin kan?
actually kursus ni tak disediakan hanya untuk pasangan yang ingin berkahwin..
tapi terbuka kepada semua even yang dah berkahwin berpuluh-puluh tahun..
macam aku, aku tak ada pun nak kahwin dalam masa terdekat ni..
actually ada la peristiwa macam mana aku boleh terjebak pergi kursus ni.. hehe.
mula-mula memang rasa macam terpaksa tapi lama kelamaan baru aku faham erti rumah tangga yang sebenarnya..
dan kursus ni memang patut diadakan even tak ada pun dalam syarat wajib kahwin..
at least kursus ni dapat membuka minda , fikiran dan hati para peserta betapa besarnya tanggungjawab selepas kahwin..
dan aku sendiri pun macam takut-takut akan alam perkahwinan ni..
tapi, suatu hari nanti, kalau ada jodoh, kena kahwin jugak.. hehe..
sepanjang kursus tu, aku rasa macam masuk kelas yang dipenuhi dengan pasangan yang dah bertunang mahupun couples..
huhu.. rasa sedih lak coz gi sorang-sorang tanpa cik abang.. :(
so, bagi sesiapa yang free, pergi la kursus kahwin tu..
tak rugi even belum sampai seru nak kahwin..
at least dapat menimba ilmu dan yang penting dapat sijil kahwin!
kalau dah rasa gatal sangat nak kahwin, terus je gi minta borang nak kahwin. kan3? >_<
dan aku dah dapat sijil kursus kahwin sejurus tamat kursus tue..
yeay!! dah boleh kahwin.. haha XD
tak rugi menimba ilmu yang boleh kita simpan untuk menjadi pedoman hidup.
warna - warna berterbangan di angkasa..
bagaikan sekawan burung..
hehe..
memang warna-warna tengah berterbangan kat rumah sekarang..
tapi bukan warna-warna aku la..
warna-warna sis aku..
congratulation along coz dapat 3.88 untuk sem ni..
she said, "Alhamdulillah.. berkat duduk kat library~~"
so, perlukah aku duk kat library lepas nie?
o.O
aku punya result pun dah keluar..
tapi, cgpa belum lagi la..
just gred..
tapi, selepas kira-kira, alhamdulillah result lagi better dari sem lepas..
3.??
hehe..
segan la nak gitau..
tapi tak seterer along..
tapi, sape banding result kitorang, memang aku bagi buku lima..
yela..
aku engineering..
along sains sukan..
hehe..
setiap kejayaan tak datang bergolek..
sebab kejayaan tidak berbentuk bulat..
dan aku tak tahu bentuk apa kejayaan tu..
^.^
hari ni genap la anak saudara aku yang sulong berumur 4 tahun..
dah besar dah budak lasak nie..
dulu kecik je aku tengok..
sekarang, dah lebih kurang sama besar dengan pak su dia..
Aqif, selamat hari jadi..
cepat-cepat la besar..
kata nak jaga ibu kan??
makan banyak-banyak ye..
love you aqif even selalu lawan cakap andak! huh!
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!
tetiba pulak kan??
saja jela..
sejak cuti ni, baru semalam nak exercise.. hehe..
so, petang tadi, main la badminton ngan adik aku..
lepas tu, anak sedara aku dah goyangkan badan mintak bawakan jalan-jalan..
so, bawa la motor kapcai abah aku yang dah berkarat ekzosnya ><
sampai kat satu simpang, tetiba ada kereta meluncur laju..
KUS SEMANGAT!!
yang takleh blah nye, mak cik yang lebih kurang baya abah aku + tudung labuh lagi..
penampilan dia aku tak kisah..
yang aku kisahkan sangat, ini kawasan kampung..
mana boleh bawak laju-laju..
alahai mak cik ni...
takkan keliru ngan litar sepang kot??
nasib baiklah tak jadi apa-apa coz dua-dua sempat brek...
mak cik, lain kali jangan buat lagi.. saya bawak tiga nyawa tadi..
mak cik takpela bawa kereta..
kalau langgar tadi, saya yang sakit lebih.. huhu..
kepada korang yang membaca, jangan la bawa kenderaan laju-laju..
biar lambat asal selamat..
tapi janganlah bawak lambat bebenor.. tu cari nahas jugak tu...