Perempuan Dan High Heels
5.4.10
Semalam, masa Zizie tengah tunggu kakak Zizie dekat toilet Jusco, sempat Zizie perhatikan gelagat orang yang lalu lalang. Tertarik pulak Zizie tengok gelagat sorang amoi ini. Berpakaian top kaler putih dan jeans pendek paras paha, dipadankan dengan high heel putih. Waktu dia masuk ke dalam toilet, cara jalan dia macam tak selesa aje. Mungkin tak tahan for the "nature calls".
Bila amoi tu dah keluar, dia still lagi berjalan dengan gaya yang macam tadi. Rasanya, memang high heels dia tu memang tak selesa dipakai. Mana tidaknya, entah berapa inci tingginya. Adalah lebih kurang macam gambar di bawah.
Kenapa Perempuan Suka Pakai High Heels Walaupun Sakit Kaki Dibuatnya?
1. Memberi Rasa Keyakinan Diri
Zizie tak suka pakai high heels sebab zizie takut terjatuh tapi, zizie ada wedges. Ini bukan cheezy wedges KFC ye. lame sangat lawak tu. Huhu. Okay, sebabnya high heels ni boleh beri keyakinan diri kepada si pemakainya. Kitorang rasa confidence, langkah lebih kemas, especially when the heels make a sound "tap! tap!". Kadang-kadang perasan jugak, rasa jalan makin laju la. Nampak tak confident level tu macam mana. Hahaha.
2. Stylish dan Elegant
Bagi wanita yang bekerja dalam bidang profesional, memakai kasut tumit tinggi menampakkan mereka stylish dan elegant. Rujuk point nombor satu, ianya memberi mereka keyakinan apabila bekerja.
3. Alat perlindungan diri
High heels ni, kalau kena cara gunanya, memang boleh membawa maut. Kalau ada orang meragut tu, baling aje kasut ni. Confirm insaf sepanjang hayat. Hahaha.
Secara konklusinya, high heels ni diumpamakan beauty in the pain. Biar sakit, asalkan bergaya. Sebab tu zizie prefer wedges. At least, dia fully support di bahagian tapak kaki. Tapi, tetap ada rasa lenguhnya berbanding pakai high heels, pakai 5 minit pun rasa rela berkaki ayam.
1 comments
perempuan dan heels berpisah tiada
ReplyDelete