Kisah Buruk April

17.4.17
Actually aku pun tak tahu apa yang tak kena dengan aku sejak akhir-akhir ni. Lepas satu, satu benda la nak jadi. Sometimes, hakak tak kuat jugak. Dahlah hidup merantau, kawan pun tak ada sangat, angah pun ada kat Taiping. Nasib baiklah encik tunang dan family dia ada.

Kisah 1

Ini berlaku awal bulan April. Hari Ahad, malam Sabtu. Entah apesal duk buat teringin nak makan KFC tengah malam-malam buta. FYI, aku ni tak ada kawan melepak selepas waktu kerja. Biasalah, kat tempat kerja baru ni aku tak nak rapat sangat macam tempat kerja lama. Cukup dan serik. Biasa kalau aku nak keluar. memang encik tunang la jadi mangsa. Tapi, malam tu dia melepak dengan kawan-kawan dia kat Taman Cempaka (TC).

Aku dah kempunan sangat. Aku redah aje pergi KFC Tasek sesorang. Nak dekat pukul satu jugak la baru aku chow dari KFC Tasek. Elok aje nak dekat traffic light berdekatan Taman Bertuah, tetiba aku pelik apesal dua motor kat belakang ni perlahan sama dengan aku. Aku bawak 40 km/h je masa tu sebab traffic light merah. Lepas aje traffic light tu, aku saja bawak lagi slow dari tadi. Isk! Betul dorang ikut belakang aku. Aku dah tak sedap hati sebab jalan depan ladang jagung tu gelap. Nasib baiklah ada banyak juga kereta.

Betul-betul depan ladang jagung, satu motor ni potong aku. Fuh! Lega aku. Tengok belakang dia, dia bawak pancing. Aku usha satu motor lagi through side mirror tapi masalahnya aku ni ada masalah silau. Aku tengok masa tu macam apek cina. Aku tak expect apa-apa yang merbahaya dan bawak laju sikit.

Lepas belok saja dekat traffic light nak masuk taman perumahan aku, aku terdengar la suara dari arah belakang. Aku ingat orang nak tanya jalan. Bila aku slow sikit, tahu tak apa aku dengar? "Nama apa?", berderau darah aku! Terus aku pecut. Aku boleh dengar dia tanya, "Kenapa lari?" Ya Rabbi. Memang tak lah aku nak balik rumah. Lagi susah kalau dia tahu!

Terus aku pusing-pusing kat taman sebelah. Orang perempuan bawak motor bukanlah cekap sangat lagi-lagi bawak kat kawasan taman perumahan. Naiya kalau terlanggar kucing ke, anak orang ke. Gila mamat tu tunggu aku kat simpang keluar sambil sergah aku, "Haaaa!". Terus aku maki dia, "Gila ke?!!!!". Disebabkan aku rasa pergerakan aku terlampau lambat, aku terus pecut tanpa pedulikan nyawa dah. Aku terus aje even lalu simpang laluan utama. Lantaklah aku nak kena langgar ke apa! Aku terus keluar jalan besar dan pergi McD berhampiran.

Masa sampai McD tu terus call encik tunang. Menggeletar tak payah cakaplah. Sejuk ada, takut pun ada. Apa la malang nasib aku. Nak makan KFC je pun. Tunggulah encik tunang datang baru rasa lega sikit.

Satu hari jugaklah bila aku ada dengar bunyi motor kat luar rumah, aku jadi takut. Mana nak tahu orang tu cari aku kat kawasan sini ke kan. Nak report polis pun bukan aku cam motor dia apa, no plat apa, rupa dia camne. Aku cam suara sengau tak sedap dia je. Sibuk melarikan diri kan. Huhuhu. Tobat lepas tu aku tak keluar malam sesorang dah!



Kisah 2

Kisah kedua ni pendek sikit. Minggu lepas aku busy sangat nak kejar dateline sample sampaikan after working hour pun bos duk whatsapp. Haih! Susah jugak bila bos tahu nombor telefon tapi susah jugak kalau bos tak tahu. Siapa yang senasib tu, marilah berhuhuhu.

Elok parking kat depan rumah, terus dapat message daripada bos. Adoi bos.. tak sempat masuk rumah lagi dah message. Huwargh! Sambil berjalan masuk rumah, sambil baca dan reply message bos. Lepas rasa dah cukup explanation aku bagi, penat bekerja satu hari, aku campak aje phone.

Tengah elok baring kat katil, pop! ada kucing kat depan pintu bilik. "Weh, mana kau masuk?" Dahlah kucing tu tengah bunting, colour belang orange. Dah macam garfield. Terus aku bangun kejar kucing tu. Kotlah dia nak terberanak dalam rumah aku ke hape kan... Rupa-rupanya! MasyaAllah.. aku lupa nak kunci pintu rumah. Nasib baiklah kucing yang masuk. Kalau pencuri? Haaa.. Mak.. Naiya..


But making mistakes actually is not wrong. Masa inilah kita belajar dari kesilapan. But doing the same mistake means you are totally dumb. SO! I learn I should not going out by myself especially at night even though I'm deadly starving. And I shoud extra careful bila tinggalkan rumah. Bukan boleh percaya zizie ni. Kekadang bila nak cepat, lupa nak tutup elektrik. Isk isk isk.


Alhamdulillah, after dua peristiwa tu, belum apa-apa benda buruk jadi lagi kat diri ni. Phew~ Ini pun salah satu teguran daripadaNya kerana tak berhati-hati. I live by my own and i should take care myself to be safe. Bila benda-benda macam ni berlaku, aku memang tak suka story kat parents atau siblings. Lagi buat dorang risau tak senang duduk. So I just act strong. Luckily encik tunang jenis senang nak tolong dan support aku. Kalau tak, dah lama aku berhenti kerja duduk je kat kampung. Sonang oghang nogoghi kato...

So, if you having a hardship and there is someone supporting you, then you should face it! And remember life have up and down. Ganbatte!

You Might Also Like

16 comments

  1. Haiyaaa sangat bahaya looorrr.. Len kali kena lebih berhati2.. bahaya kuau umah sengsorang tgh malam.. adeh.. seriau baca cerita ni..

    ReplyDelete
  2. bahaya sgt ni kak,lain kali tak boleh dah kluar malam sorang2,bawak motor lagi tu. jaga diri baik2 kak :)

    ReplyDelete
  3. Bahaya la keluar sorang malam2. Nasib baik tak ada apa2. :o

    ReplyDelete
  4. nasib baik sis takde apa2 kan. skrg ne apa2 pun blh jadi.

    ReplyDelete
  5. Oh my. jaga diri zie, skrg ni macam2 boleh terjadi. huhu

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah semuanya baik-baik sahaja :) Hati-hati ye! :)

    Fatina|www.fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. saya senasib...bos saya suka wat begini..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selamat sampai rumah, takde apa-apa. seram juga tu bab pandu lelaju tu.

    ReplyDelete
  9. Seramnya. saya ingatkan drive kereta tadi. rupanya bawa motor, sorang-sorang lagi tu.
    please be more careful next time. tak payah la keluar sorang-sorang. manusia sekarang ni lagi menakutkan.

    ReplyDelete
  10. hati-hati zizie, sekarang ni macam-macam hal . :)

    ReplyDelete
  11. uish.. ingatkan drive motor. bahaya lah perempuan bawak motor malam malam. kalau jieha, jieha langgar je depa tu hahahhaha =DD

    ReplyDelete
  12. Bahayanyaaaa bawak motor memalam sorang-sorang... Please please pleaseeee be extra careful next time! Risaulah. Duduk kat mana, makan kat kfc tasek? Jangan keluar sorang dah pasni okeyyy kalau malam.

    ReplyDelete
  13. TAKUT nya kisah yg 1st tu,,tp tula bila dah mengidam ni kita sanggup je keluar sbb teringin :) semoga hati2 lps ni ziziee

    ReplyDelete
  14. Bahayanya. hati-hati tau lepas ni sis.. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  15. guys.. tq for the reminder.. i will be more extra careful after this.. thanks for the concern.. aci ea balas komen mcm ni sebab intipati komen uolls sama.. hee :D

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.