A Famosa Water Theme Park, Melaka

31.7.15
A Famosa Water Theme Park, Melaka | Cerita ni masa sebelum bulan Puasa lagi, tapi disebabkan kekangan masa, baru zizie ada masa nak publish. Sebelum menamatkan zaman belajar kat bumi Melaka, haruslah berjimba tapi masih hengat dunia. Ekekek.


Rezeki kitorang sebab dapat tiket promosi dari Matta Fair berharga RM 22 yang jauh lebih murah daripada harga asal RM 49. Aku pun first time jejak kaki kat sini. Menurut kawan aku harga RM 49 tu termasuk sekali dengan lunch. Itu tak termasuk lagi harga sewa loker dan pelampung. Untuk loker, kitorang sewa loker kecik yang berharga RM 8. Manakala pelampung untuk dua orang berharga RM 11 tapi didahulukan dengan deposit RM 22 .

Semua jenis slides kitorang try dekat sana. Yang mana open, takde satu pun kitorang tak try. Sila jangan rugikan duit anda dengan hanya bersantai ala-ala berada di pantai kecuali nama korang tersenarai Forbes list. Gambar-gambar yang bakal terhidang merupakan ihsan daripada google. Lain kali kalau nak berselfie, sila beli waterproof casing dan jangan jadi kampung macam weolls. Huhu.

Slides yang paling syok ialah Big Ice Ceam. Memang coolio la! Kat sini boleh naik 4 orang. Just tunggu kat tempat orang dah habis slide dan berebut la pelampung 4 orang tu. Tapi, kita orang Malaysia penuh adab kan. Ikut turns. Hoho. Totally adrenaline rush bila kitorang "dilambung-lambung" kat tengah-tengah.


sumber

Kat slide ni, strict sikit. Maximum weight untuk dua orang ialah 120 kg untuk 2 orang. Kalo lebih, minta maaf la dorang tak kasi. Kalau tak, nanti korang tak melayang la. Kalau minimum weight pun 85 kg like that untuk dua orang. Terlebih melayang pun susah jugak sebab takut korang melayang entah ke mana. Hiks. Sebagai perempuan, zizie faham, we; the ladies malu-malu singa nak mention berat badan sendiri. Bertabahlah.


sila abaikan apa yang ditulis di atas gambar (sumber)

Most of the slides perlukan dua orang. Hanya slides ni sahaja untuk single. Namanya High Speed. Memang high speed dan best. Takut jugak kalau tercampak keluar. Make sure korang posing posture yang betul. Itu pun untuk keselamatan korang jugak.

sumber
Apa yang tak bestnya pasal semua slides ni ialah korang kena angkut dan panjat tinggi untuk sampai ke puncak. Zizie tak kuat macam si Paim tu. Dia punya seronok sampai sanggup try dua kali. Zizie naik sekali pun dah mengah. Rasa macam masuk kem bina diri pun ada.

Kalau nak santai-santai, korang boleh ke beach. Zizie lepas dah letih main slides, dengan ada pening-peningnya especially after Ice Cream memang dah surrender. Nak-nak pulak masa ombak kat beach tu, zizie dah terdampar kat atas pelampung.


sumber
sumber
But, after all weolls  puas hati. First, dapat berjimat cermat dengan harga tiket. Second, geng-geng semua sporting sebab semua benda kitorang tibai. Kalau dapat yang banyak songeh, aktiviti pun terbatas, ye dok?

You Might Also Like

22 comments

  1. bestnya permainan air-air ni... !

    ReplyDelete
  2. Wahh..menarik ni...akak belum pernah sekali pun pergi water theme park la zie..kalau pergi mau laki bini berendam sampai kembang...jeles pulak sotong dilautan..kita lebih kembang dari dia..hehe..hiburan penting..asal tidak melebihi had..sekali sekala ok..

    ReplyDelete
  3. Best2...nk pegi la nnti...kn ajk abg ngah ni

    ReplyDelete
  4. wah2x..bestnya... kena ltk dlm list dulu nanti klau pegi melaka blh try ushar..hihihih

    ReplyDelete
  5. Best...masa akak p tahun awal 2000..banyak lagi yang belum siap cantik2 macam ni

    ReplyDelete
  6. taman tema yang belum pergi adalah melaka.. hopefully satu hari

    ReplyDelete
  7. woo bestya x pernah smpai sni lagi

    ReplyDelete
  8. dari start belajar, sampai dah officialy graduate tak jugak sampai..

    plan nya dah berpuluh-puluh kali...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya ! Tak sampai lagi water park ni. Teringin nak pergi :(

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak pergi water theme park! :D

    ReplyDelete
  11. serononknya..lama dah tak main kat water theme park ini,,,sejak2 bertambah usia & berat badan =P

    ReplyDelete
  12. Menariknya zizie..boleh iolls plan ke sana dgn kwn2 :D

    ReplyDelete
  13. T_T lama betul tak gi theme park hmmm

    ReplyDelete
  14. kalau akak pergi theme park dengan baby sangat la tak best..hehe bayar saje2 la jwb dia. uolls patut enjoy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu.. terbatas nanti.. tunggu baby dah besar la kak.. hehe

      Delete
  15. gelongsor tu dah macam pemancar satelit hahaha

    ReplyDelete
  16. bestnya kalo dpr pergi sini..anak2 mesti sukeeee.. selalu pergi kt wet world s.alam je
    huhu

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.