A Famosa Water Theme Park, Melaka | Cerita ni masa sebelum
bulan Puasa lagi, tapi disebabkan kekangan masa, baru zizie ada masa nak publish.
Sebelum menamatkan zaman belajar kat bumi Melaka, haruslah berjimba tapi masih
hengat dunia. Ekekek.
Apa yang tak bestnya
pasal semua slides ni ialah korang kena angkut dan panjat tinggi untuk sampai
ke puncak. Zizie tak kuat macam si Paim tu. Dia punya seronok sampai sanggup try
dua kali. Zizie naik sekali pun dah mengah. Rasa macam masuk kem bina diri pun
ada.
Rezeki kitorang sebab dapat
tiket promosi dari Matta Fair berharga RM 22 yang jauh lebih murah daripada
harga asal RM 49. Aku pun first time jejak kaki kat sini. Menurut kawan aku
harga RM 49 tu termasuk sekali dengan lunch. Itu tak termasuk lagi harga sewa
loker dan pelampung. Untuk loker, kitorang sewa loker kecik yang berharga RM 8.
Manakala pelampung untuk dua orang berharga RM 11 tapi didahulukan dengan deposit RM 22 .
Semua jenis slides
kitorang try dekat sana. Yang mana open, takde satu pun kitorang tak try. Sila
jangan rugikan duit anda dengan hanya bersantai ala-ala berada di pantai
kecuali nama korang tersenarai Forbes list. Gambar-gambar yang bakal terhidang
merupakan ihsan daripada google. Lain kali kalau nak berselfie, sila beli
waterproof casing dan jangan jadi kampung macam weolls. Huhu.
Slides yang paling
syok ialah Big Ice Ceam. Memang coolio la! Kat sini boleh naik 4 orang. Just tunggu
kat tempat orang dah habis slide dan berebut la pelampung 4 orang tu. Tapi,
kita orang Malaysia penuh adab kan. Ikut turns. Hoho. Totally adrenaline rush bila kitorang "dilambung-lambung" kat tengah-tengah.
sumber |
Kat slide ni, strict
sikit. Maximum weight untuk dua orang ialah 120 kg untuk 2 orang. Kalo lebih, minta maaf la
dorang tak kasi. Kalau tak, nanti korang tak melayang la. Kalau minimum weight
pun 85 kg like that untuk dua orang. Terlebih melayang pun susah jugak sebab
takut korang melayang entah ke mana. Hiks. Sebagai perempuan, zizie faham, we;
the ladies malu-malu singa nak mention berat badan sendiri. Bertabahlah.
sila abaikan apa yang ditulis di atas gambar (sumber) |
Most of the slides
perlukan dua orang. Hanya slides ni sahaja untuk single. Namanya High Speed. Memang high speed dan best. Takut jugak kalau tercampak keluar. Make sure korang
posing posture yang betul. Itu pun untuk keselamatan korang jugak.
sumber |
Kalau nak
santai-santai, korang boleh ke beach. Zizie lepas dah letih main slides, dengan
ada pening-peningnya especially after Ice Cream memang dah surrender. Nak-nak
pulak masa ombak kat beach tu, zizie dah terdampar kat atas pelampung.