Wajah - Part 1
26.10.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!
sebelum kamu semua meneruskan bacaan, zizie harap kamu semua sudilah memberi feedback untuk cerita ini. cerita ini bukanlah hasil penulisan zizie, tetapi ianya karya kepada sahabat zizie. sahabat zizie inginkan pandangan dan maklum balas yang ikhlas daripada kamu semua untuk memperbaiki hasil penulisannya. it's okay kamu semua nak komen macam mana sekalipun. hope you alls enjoy it.
Heyyo GG!
sebelum kamu semua meneruskan bacaan, zizie harap kamu semua sudilah memberi feedback untuk cerita ini. cerita ini bukanlah hasil penulisan zizie, tetapi ianya karya kepada sahabat zizie. sahabat zizie inginkan pandangan dan maklum balas yang ikhlas daripada kamu semua untuk memperbaiki hasil penulisannya. it's okay kamu semua nak komen macam mana sekalipun. hope you alls enjoy it.
******
Beberapa saat selepas guru mata pelajaran sejarah keluar dari kelas. Lima
minit sebelum waktu rehat bermula. Seorang demi seorang pelajar mula
meninggalkan kelas. Ada juga mereka yang mula, atau sedang melelapkan mata.
Sama ada letih berkerja mahupun mengantuk. Masing-masing mempunyai alasan
tersendiri.
“Hana, jom pergi makan.” Ajak Anis Suzanna. Dengan ceria Rohana
dihampirinya.
“Maaf. Hari ini... Mungkin tak boleh...”
“Why?” Anis Suzanna mendekatkan
wajah. “ Ada janji dengan orang lain?”
Pipi Rohana dicucuk lembut dengan jari telunjuk.
Perlahan-lahan Rohana mengangguk. Wajahnya sedikit merah. Segan. Bibir
bawah digigit dengan lembut. Sedikit demi sedikit dia menoleh ke kiri. Ke arah
seorang lelaki. Lelaki yang memakai face
mask.
“Oh, Ridz rupa-rupanya... Patutlah sejak kebelakangan ini awak nampak lain
macam...” Anis Suzanna bersuara sinis. Dia merapati Rohana dari belakang.
Dengan manja dia mendakap perempuan itu.
“Ta... tak adalah...”
Segera Rohana memalingkan wajah. Bertambah segan. Tambahan pula apabila
mata bertentangan mata. Dengan Ridzuan. Tetapi tiada sebarang komunikasi
komunikasi.
“Sejak bila mula keluar dengan dia?” Anis Suzanna mula mengorek rahsia.
Bertambah sinis nadanya.
“Kami tak ada hubungan seperti itu. Kawan biasa sahaja...”
Terus wajahnya bertukar merah padam.
“Pasti awak bahagia. Ada orang yang tersayang.” Rohana dilepaskan. Anis
Suzanna berpusing setempat beberapa pusingan. Kedua-dua belah tangan ditekan
pada meja. Matanya memandang dalam ke wajah Rohana. “Argh, cemburunya saya!”
Tiada sebarang reaksi daripada Rohana. Kaku seperti arca batu dengan wajah
yang masih merah.
Anis Suzanna kembali mendakap Rohana dengan lebih erat. Dia menggeselkan
kepalanya pada bahu perempuan itu. Manja. Seperti biasa.
“Tapi, memang betul. Hidup kita akan lebih ceria jika kita mempunyai
seseorang yang kita suka. Tambah-tambah lagi jika kita boleh ada bersama orang
itu.” Nadanya mendatar. Sayu.
Cengkaman Anis Suzanna tiba-tiba bertukar kuat sedetik. Pandangan matanya
bukan lagi di dalam kelas.
“Bukannya keluarga tak penting. Tapi orang itu yang mungkin menjadi
sebahagian daripada keluarga kita pada masa hadapan. Who knows.” Anis Suzanna tersenyum simpul. Dia kembali tenang.
Namun dakapannya yang melilit Rohana bertambah erat.
“Saya pun harap begitu...”
★★★★★★★
Pagi yang indah. Meskipun terletak di kawasan bandar, udara pada pagi itu
begitu nyaman. Mentari baru sahaja mencurahkan cahayanya. Membasahi permukaan
bumi. Suasana persekitaran sekolah tipikal, sama seperti di mana-mana sahaja.
Riuh-rendah bukan bising. Diam bukan sunyi. Tetapi warna-warni kehidupan.
“Bersemangat sikit! Tinggal lima pusingan saja lagi!” Guru mata pelajaran
pendidikan jasmani mereka, Sir Razak
memberi kata-kata semangat. Bekas tentera berusia lewat 40-an itu berdiri jauh
di astaka padang, dalam keadaan senang diri dengan kedua-dua belah tangan di
belakang. Setiap gerak-geri pelajar-pelajarnya dipantau.
“Panaskan badan. Kemudian 15 pusingan trek, baru boleh bersukan...” Keluh
Anis Suzanna.
“Hahaha...” Rohana memberikan respons. Ketawa kecil. Bersetuju dengan apa
yang dikatakan. Tiada penafian. Dia juga letih. Tidak mampu lagi meneruskan
langkah.
Jika hendak dibandingkan, pelajar-pelajar lelaki masih lagi nampak
bertenaga. Mereka dalam kelompok yang berlari di hadapan. Diikuti dengan
kelompok pelajar-pelajar perempuan.
Setiap minggu sekurang-kurangnya 15 pusingan trek dipaksa berlari. Selepas
itu barulah bebas untuk melakukan aktiviti sukan yang lain. Alasannya, untuk
meningkatkan stamina. Lebih banyak digerakkan tubuhh, lebih mudah oksigen untuk
mengalir ke otak. Bukan sahaja menyihatkan badan, juga memudahkan untuk
menumpukan perhatian di dalam kelas nanti. Adakah menu senaman ini memang
benar-benar menyihatkan badan atau hanya Spartan
Training?
Takala menghabiskan langkah-langkah terakhirnya, Rohana memandang ke arah
kelompok pelajar-pelajar lelaki. Sama sepertinya, keletihan. Bukan semua. Ada
juga yang masih bertenaga, Badrul dan Ridzuan. Badrul yang bertubuh sasa
mungkin tiada masalah. Susuk tubuh seperti seorang ahli tinju. Boleh dikatakan natural-born-athlete. Sebaliknya,
Ridzuan pula tidak. Apa yang dia perasan selama ini, lelaki itu sering memakai face mask. Misteri.
“Baiklah, aktiviti memanaskan badan tamat!” Jerit Sir Razak. Jam tangannya dipandang.
Wajah seorang demi seorang pelajarnya yang hanya tinggal satu per lima
nafas dilihat sekilas. Remaja zaman sekarang, tiada stamina!
“Selepas ini kamu semua bebas melakukan aktiviti masing-masing. Dismiss!” Sambung Sir Razak.
“Warming up...?” Anis Suzanna
ingin mempersoalkan kata-kata gurunya.
Beberapa langkah meniggalkan trek, lututnya mula menggeletar. Tubuh juga
terasa begitu berat. Semakin sukar untuk berjalan. Tenaga daripada sarapan pagi
tadi sudah habis digunakan.Lemah, bagai hendak tumbang.
“Hana, jom pergi ke...”
Beralih ke arah Rohana, Anis Suzanna mendapati perempuan itu sudah
tertiarap di atas padang. Masih tercungap-cungap. Mujurlah tidak pengsan.
“Are you ok?” Soal Anis Suzanna,
melabuhkan punggung.
“Ya. Tapi cuba tengok budak-budak lelaki dekat sana. Bertenaga lagi nak
bermain bola keranjang.”
“Boys. Tubuh mereka hanya terdiri
daripada tulang dan otot sahaja. Hahaha...”
Rohana ketawa kecil.
“Perhaps...”
Mata Rohana memandang ke arah Ridzuan yang masih lagi berada di atas trek.
Sedang berjalan, mencekak pinggang, menstabilkan pernafasan. Juga
tercungap-cungap seperti orang lain. Tetapi dia tidak nampak begitu letih. Face mask yang dipakai hanya menyukarkan
dia untuk bernafas.
Sejak pertama kali bertemu, hingga
sekarang, wajah sebenar Ridzuan dia tidak pernah lihat. Bukan dia sahaja, malah
hampir seluruh sekolah. Gambar di dalam rekod pelajar juga memakai face mask. Alasannya tidak pernah
dijelaskan. Pasti ada sesuatu yang hendak dirahsiakan. Rahsia yang orang lain
tidak sepatutnya tahu.
“Tapi bukannya sesuatu yang salah, exercise.
Badan pun sihat, lemak pun boleh bakar. Diet! Diet!” Sambung Anis Suzanna lagi.
Rohana mengangguk faham. Tumpuannya ke arah lain.
Ridzuan yang memulakan langkah dengan perlahan. Saat berganti, rentak langkah
lelaki itu semakin pantas. Kurang 20 meter, lelaki itu sudah pun kembali
berlari seperti tadi.
★★★★★★★
Tamat waktu persekolahan. Anis Suzanna, Iirma serta Rohana memilih restoran
makanan segera untuk meluangkan masa bersama-sama. Sekadar kentang goreng dan
minuman ringan. Sudah memadai untuk mengalas perut serta membasahkan tekak.
Tempat duduk di tingkat atas restoran, bersebelahan dengan dinding kaca menjadi
pilihan. Dapat melihat apa yang berlaku di luar sambil berbual. Mencuci mata.
“Hari ini tak kejutkan si Irham dan Harris, Zanna?” Soal Iirma.
“Tak. Kedua-duanya terus lesap sebaik saja kelas tamat. Harris ada part time. Irham pula, disappeared. Tapi, sejak kebelakangan
ini dia selalu nampak keletihan.” Anis Suzanna bernada lemah. Kentang gorengnya
dikunyah tanpa sos.
“Boys, biasalah. Always have secrets.”
“Betul! Kemudian tak ambil peduli langsung orang di sekeliling!”
Rohana mengangguk setiap apa yang didebatkan. Dia diam, menjadi pihak
neutral. Minumannya diambil. Hanya dipegang gelas yang diperbuat daripada
kertas itu. Sejuk. Tangannya basah sedikit. Tidak dia peduli. Perbualan
mengenai orang lelaki, fikirannya melayang. Teringatkan seseorang.
“Zanna, awak ada apa-apa hubungan dengan Irham?” Iirma membuka topik
perbualan.
“Kalau sekadar kawan, ya.” Ringkas jawapan Anis Suzanna.
Renungan sinis Iirma dia perasan. Belakang dibentangkan pada kerusi.
Sambungnya, “Don’t get me wrong, kami
kenal sejak kecil lagi. Sebab itu hubungan kami rapat.”
Tiada apa untuk disembunyikan.
“Harris pula?”
“Alang-alang jaga Irham, I don’t mind
keep my eyes on him too. They’re like
twins, perangai, tabiat dan tak banyak ragam.”
“Betul. Tapi, perasan tak, dia seperti sudah ada someone?”
“Siapa?”
Iirma diam. Dia tersenyum sinis. Straw minumannya dibawa ke bibir. Seteguk
minuman ringan dihirup menyegarkan tekak. Pandangannya dialihkan kepada Rohana
yang diam sejak tadi.
“Hana pula, bagaimana? Any progress?”
Soalnya.
“Pro... progress?” Tertanya-tanya.
“Hubungan awak dengan Ridzuan.”
Tersentak. Diam, dengan mata yang terbeliak. Wajahnya menjadi merah sedikit
demi sedikit.
“Ridz? Sejak bila awak ada hubungan dengan dia?” Aniz Suzanna nampak
terkejut.
“Biar betul? Saya ingatkan semua orang sudah tahu. Hana memang sudah lama had her eyes on Ridzuan. Kalau tak
silap, sejak tingkatan satu lagi. Betul tak?” Nada Iirma bertambah sinis.
Wajahnya hanya memandang Rohana.
Tidak dapat dinafikan. Bukan fitnah atau rekaan. Sudah lama dia rahsiakan
perkara ini. Tidak sekali pun dia bercerita kepada orang lain. Tidak siapa pun.
Meskipun kawan baik atau keluarga sendiri.
“Tapi, kenapa Ridz selalu pakai face
mask? Dia ada masalah kesihatan?” Anis Suzanna ingin tahu.
“That might not be the reason.
Sebab saya sudah periksa SEMUA rekod kesihatan dia. Langsung tak ada masalah.
Sekali pun dia tak pernah jatuh sakit. Cuma beberapa kali dia ke klinik kerana
kecederaan kecil.” Iirma menjawab. Matanya masih lagi tertumpu pada Rohana.
Renungan matanya tajam. Seperti jarum, menusuk terus ke hati perempuan itu.
Ingin dia mendengar perkara yang sebenar daripada mulut Rohana sendiri.
“Mungkin ada masalah dengan wajah. Parut, misai dan sebagainya...” Sambung
Anis Suzanna lagi.
“Maybe. Tapi saya rasa Ridzuan
bukan seperti itu. Dia jenis yang bersopan-santun. Sekali pun tak pernah
meninggikan suara.” Seteguk lagi dihirup minumannya. Iirma menghela nafas lega.
Sambungnya, “Sekali pun tak pernah bercakap dengan kita.”
Iirma memanjangkan tangan, mencapai Rohana. Jari-jemari perempuan itu dia
usap perlahan-lahan. Alasannya tidak begitu jelas.
“Mungkin kerana dia tidak pernah bersuara. Selama ini pun dia hanya
menggunakan bahasa badan untuk berkomunikasi dengan orang lain.” Rohana
terpaksa bersuara. Dalam keadaan sekarang agak bahaya jika dia terus berdiam
diri. Lebih banyak rahsianya yang bakal terbongkar dia rasa.
“Banyak kali kami berbual...” Anis Suzanna mencelah. Wajahnya kosong.
Tetapi, bukan sengaja berpihak kepada Iirma.
Rohana diam. Menelan air liur. Aura yang keluar daripada tubuh kedua-dua
kawannya negatif dengan masing-masing berbeza sifat. Niat yang kurang baik
sebagai teras. Sememangnya ada sesuatu yang tersembunyi.
“Ahhh... Saya teringin nak tengok wajah sebenar dia...” Keluh Anis Suzanna.
“Me too...” Sambung Iirma.
Lemah tidak bertenaga. Mereka berdua mula melabuhkan muka masing-masing
pada meja. Hanya berbantalkan lengan sendiri, wajah Rohana terus ditatap. Diam
seribu bahasa.
bersambung..
p/s : maaf ya, sebab zizie tak dapat nak blogwalking sebab sibuk dengan test. please drop your feedback at the comment :)
14 comments
just nice.. cume permulaan cerita agak tidak faham.. boleh cube lagi.. :)
ReplyDeleteBest..nak tunggu sambungannya..yang paling penting setiap apa yang ingin dikongsi mesti memberi manfaat dan kesan mendalam pada pembaca..
ReplyDeleteawal2 tu xpaham..dak sekolah or dak uni..huhu
ReplyDeleteMenarik gak citernya... Kalau pendapat, pengenalan tu boleh kembangkan lagi dengan pengenalan wataknya.... Just idea ;)
ReplyDeleteare they best friends?
ReplyDeletethey seemed not like best friend at all. i mean, apa jenis kawan baik cakap mcm tu kat kawan dia sendiri. macam jeles je. eh emo pulak rasa. saya rasa tak suka dgn anis suzanna tu lah.
btw, saya tak pandai nak komen tentang penulisan kawan cik zizie ni. hehe.. but setakat yg saya baca.. macam okay je. nice one. keep it up!
<3
semalma bc separuh,harini sambung balik..hehe..
ReplyDeletependapat kita la, ada perkataan yg terlalu metafora atau perkataan tu tak berapa sesuai digunakan. kalau nak guna ayat puitis atau bahasa bombastik kena banyakkn membaca dan belajar lg.. ini cuma cadangan kita ja..lain org lain dia punya akal..hehe..
all the best utk exam ya zizie!
datang singgah.. tq inform blog saya x leh comment..
ReplyDeletesekarang dah boleh..
tq
First baca, ingatkan budak sekolah. bukan rupanya. yang Anis Suzanna tu bercakap dalam nada jeles je. huhuhu. nak tunggu yang seterusnya :)
ReplyDeletenice.. nak bc sambungannya :)
ReplyDeletenot bad tapi macam samar2 sikit ceritanya.. nampak mcm nak highlightkan Ridzuan tu pakai face mask. mungkin?
ReplyDeletenext please. hikhik
Ridzuan ni ala ala Kakashi sensei dalam cerita Naruto la tu.. haha
ReplyDeletenice la cerita ni ^^
wah...zizie nak karang novel ker nanti?
ReplyDeleteat first baca,face mask? oh rupanya mmng guna face mask lpas tengok gambar kat bawah tu. nak juga tahu why budak laki tu guna face mask.
ReplyDeleteingatkan pakai topeng. hahaha
ReplyDelete