Macam Mana Nak Lulus Muet?

14.10.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

10 Oktober 2014 yang lepas, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2015. pasal BR1M, harga minyak semua, memang zizie dah tak larat nak layan. tapi, amat mengejutkan apabila isu Malaysian University English Test (MUET) turut dibentangkan di dalam Bajet 2015.


Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
secara ringkasnya,


masa mula-mula Bajet 2015 ni keluar, rasa nak baling aje phone bila baca pasal MUET ni. actually, di universiti pun dah banyak keluhan tentang MUET. zizie merupakan pelajar aliran kejuruteraan dan sebelum keluarnya Bajet 2015, syarat graduasi ialah MUET Band 3. Alhamdulillah, zizie telah lulus dengan MUET Band 3 dengan sekali cubaan. walau bagaimanapun, zizie kesian dekat rakan-rakan yang belum lepas lagi Band 3. ada yang dah ambil sampai 5 kali. sekali ambil, dah bayar RM 100.

Adakah mereka kurang usaha? bukan tugas kita untuk menilai usaha orang lain. kawan zizie, siap beli buku grammar, tengok youtube untuk berlatih speaking dan sebagainya tetap tak lepas Band 3. Malah, kawan yang terer speaking BI, dengan penuh confident pun tetap tak lepas.
susah sangat ke soalan-soalan sekarang? examiner ni kedekut markah ke apa? - itu yang bermain di fikiran zizie.

bila keluar bajet 2015 menyatakan syarat graduasi ialah lulus MUET Band 4, mahu tak bengangnya diri ini. kenapa?! takut woo kalau tak dapat grad. sia-sia belajar tapi tak lulus MUET!! lagipun, dah rasa lega tak perlu menghadapi MUET lagi, tetiba rasa terjerut dapat berita cenggini. hebat tau penangan MUET ni sampaikan menjadi trending di twitter. wak doyok pun kalah.



Alhamdulillah, semalam dapat info daripada sumber yang dipercayai menyatakan bahawa syarat tersebut akan dikenakan kepada pelajar yang akan masuk untuk sesi 2015. terus tersenyum lebar zizie dibuatnya. terus rasa nak action dekat adik-adik yang nak ambil aliran STEM. hehehe. gurau je.

kepada rakan-rakan yang akan mengambil MUET pada masa terdekat ini dan akan datang, semoga berjaya.

BERITA GEMBIRA!

sekarang sebuah EBook Panduan MUET telah diperkenalkan. Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini! EBook ini ditulis oleh Penanda Kertas Peperiksaan MUET sendiri. Harganya sangat murah iaitu RM 30. terdapat juga contoh-contoh soalan untuk setiap test.



You Might Also Like

21 comments

  1. alhamdulillah dah lepas hazab muet kekeke.. gud luck untuk semua yang kena ambil muet ye.. senang aje malaysia based bukan macam ielts or toefl..

    ReplyDelete
  2. Semoga adik2 yang bakal menempuh MUET dapat buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. arghh..apakah? knpe muet tmasuk dlm bajet gak ni? xpaham2..

    ReplyDelete
  4. Azab eh muet ni. Hoho..alhamdulillah Zizie dah lepas. Leh la ajar adik2 tu sikit2 camne nak lulus. Lalala~

    ReplyDelete
  5. Saya ni kalau belajar dekat Malaysia pun tak tahu la boleh lepas MUET ke tak.

    ReplyDelete
  6. choi sangat..
    dah masuk U, kena ambil silibus english lain pulak. Muet tu tak berguna pun. kesianlah pd mereka yg selepas kita2 ni..

    ReplyDelete
  7. Zumal amik MUET 2 kali tapi still band 2... Oh my English...

    ReplyDelete
  8. argh kalau cakap pasal muet mesti rasa frust menonggeng tak sudah2 biarpun dah lepas bertahun, lg 2-3 markah nak naik band up sikit. grr..

    Kena byk praktis, byk membaca, byk buat latihan. insyaAllah okay je. :)

    ReplyDelete
  9. Itulah masalah. Kalau betul dia nak improve english through MUET, why not dia cut harga RM100. Mahal giler kot.
    Macam berniaga pulak kan.

    ReplyDelete
  10. Phew... Alhamdulillah lulus, takmo dah amik muet oh >.<
    Eh tapi kan sijil aku tak amik lagi.. perlu ke sijil tu eh? Ni cuma syarat utk masuk degree je ke apa?

    ReplyDelete
  11. Macam mana nak buat sidebar title seperti awk?

    Ehh. Iam visiting you, ;)

    ReplyDelete
  12. Huhuhu... sib baik lah akak dah lepas...

    ReplyDelete
  13. nak naikkan tahap tu turunkan caj utk yg nak repeat muet.. huhu..kita malas nak ambil tahu sngt pasal bajet tp bila dh dewasa masuk alam kerja ni mmg kena tahu.

    ReplyDelete
  14. haha., giler cool.., siap jadi trending eik

    ReplyDelete
  15. kite sama. budak pon muet band 3. haha. nasib baik dah lepas. alhamdulillah. tapi yuran dia mahal kot. dulu rm80 kalo xsilap.

    ReplyDelete
  16. Yuran mahal kot tp xpa dah lepas... selamat

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..moga ianya dimanfaatkan sebaiknya..secara tidak langsung peluang dan ruang tu semakin luas..insyaAllah..

    ReplyDelete
  18. ahahha..Bila ingat balik MUEt Azwar, aduyai frust menonggeng.

    ReplyDelete
  19. alamak.. kak nina xamek muet lg. huuu takutnya

    ReplyDelete
  20. setiap keputusan yang dibuat ada pros and cons.

    but looking on a positive note, boleh tingkatkan kemahiran berbahasa inggeris graduate negara kita.

    cons dia kena usaha lebih la hihu.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.