Sometimes Women Fight Because Of..

3.10.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Perempuan, fesyen dan kecantikkan tak boleh dipisahkan. kalau boleh, nak cantik sorang-sorang aje. nak glam sorang-sorang aje. kalau ada yang lebih sikit, mula la mencebik bibir tu. cari jalan nak upgrade lagi daripada yang lain.

Masa zizie sekolah asrama dulu, nak melaram sangat tak boleh sebab ada etika pemakaian. kalau pergi kelas prep malam, jangan la kau berangan nak simpul sana sini tudung tu. semua kena pin ke bawah. bila ada event aje baru boleh selepang, nak simpul naik atas kepala bagai. so, dalam banyak-banyak benda yang nak bersaing, ada satu benda yang zizie paling ingat sampai sekarang. TEDDY BEAR.

Teddy Bear, something yang so~ cute! masa tu, zizie form 2. ramai betul la seniors yang beli teddy bear, froggy, monyet and so on. bila hujung minggu aje, maka berduyun-duyun la masuk ke bilik TV bawak teddy bear masing-masing. ada sorang akak ni, teddy bear dia besar gedabak! rasanya harga dah mencecah RM100++. tak dapat bayang la macam mana dia tidur sambil peluk teddy bear tu. mungkin teddy bear yang tidur atas katil, dia tidur atas lantai. tetiba, datang la pulak sorang lagi bawak patung monyet lebih kurang saiz manusia. serious. saiz manusia. sampaikan warden boleh ditipu oleh beliau.

alkisahnya, bila waktu prep malam warden akan datang check dorm untuk memastikan tak ada student yang ponteng prep. tetiba, di satu katil ni ada sekujur tubuh tengah berselubung dalam selimut. warden pun tarik la selimut tu ala-ala nak sergah gitu, tapi rupa-rupanya patung monyet tu yang tengah baring. hahaha. sampaikan warden keluarkan peraturan kalau nak bawak teddy bear, tak boleh lebih daripada saiz pembesar suara haler.

berbalik kepada dua orang akak tadi, tetiba datang la sorang akak pengawas menegur akak empunya patung monyet. dipesannya jangan beli lagi patung yang lebih besar daripada akak teddy bear besar gedabak. takut akak teddy bear tu beli yang saiznya lagi besar.


teddy bear sebagai hadiah menang berlawan pointer dengan kawan. 

yang ini pun zizie dah tak larat nak peluk. tak dapat bayang la macam mana nak peluk yang lagi besar daripada ni.

belum lagi part baju sama. kalau geng sama geng pakai baju yang sama, best la jugak nak berboria kan. tapi kalau kau tak kenal orang tu, tetiba kau terserempak dengan dia dan baju kau sama, it so aca-awkward. ini terjadi kepada kawan zizie. kitorang tengah busy menjamu mata dekat fair, tetiba ternampak somebody pakai baju yang sama dengan kawan zizie. "weh, dia pakai baju sama ngan kau la". terus kawan zizie tu berambus daripada situ sebelum orang yang pakai baju sama dengan beliau pun perasan. hahaha.

selasa lepas, bila zizie baru je melabuhkan punggung di kelas, tetiba ada kawan zizie sergah daripada belakang, "weh, apahal kau pakai tudung sama dengan aku?!" terkejut beruk ai dibuatnya. lepas tu, kitorang gelak berjemaah.



haa.. sama tak tudung kitorang? senyum pun sama kan? hahaha. zizie punya mak yang belikan manakala kawan punya, abang dia yang belikan.

kemudian, kawan zizie ni nak ke toilet, katanya nak tukar side tudung. zizie ingat dia melawak, rupa-rupanya dia buat betul-betul!


taraa.. selepas mira tukar side tudung. hahaha. nasib baiklah tudung kitorang ni multifunction, boleh dipakai di kedua-dua belah. ahaks!

satu hari tu, asyik kena usik dengan kawan-kawan sekelas. ini mira punya pasal sebab dia sendiri yang bising. padahal, tak ada orang perasan pun.. hahaha.

perempuan ni memang. pasal benda simple pun nak kecoh. so what? yang kecoh jugak la lelaki nak. hakhakhak. bak kata mak ai, "kalau kau tak suka yang bising-bising ni, kau kahwin dengan orang bisu". perghh.

You Might Also Like

14 comments

  1. tak pernah beli teddy bear beso-beso. hihii. still tak nampak cbox, atau saya sorang je tak jumpa? T_T klik-klik proton 4x :)

    ReplyDelete
  2. hahah.. gugurl memang cmtu zizie.. kadang2 pelik jugak..hahah...

    ReplyDelete
  3. hahaha . mcm2 lAa . perempuan mmg mcm tu . suka nak bersaing . aisehh man . nsb yaya x mnt teddy2 bagai . hehe . muka akak gn kawn akak tu sama laa . mcm adk brdk plak . hihi

    ReplyDelete
  4. hahah..kalau akak pun segan la pakai baju sama..dulu2 masa ada kawan baik ok la.pakai baju sama..dah kawen ni tak mau la sama warna..raya pun tak sama kaler..segan aih..heheh

    ReplyDelete
  5. @anis ifham, akak dah tak pakai cbox dah.. hehe.

    ReplyDelete
  6. Zumal pun pernah pakai baju yang sama masa kerja. Tapi bukan salah zumal pun, dorang yang bagi baju tu berkenaan hari tu terpakai sama hari. Maka berboria la kat ofis tu. Staff yg ok memang tak kisah tp ada yang jenis buat muka tgh hari zumal terpaksa pakai baju lain...

    ReplyDelete
  7. ahaks..kalo bisu jap g laki yg pening..

    ReplyDelete
  8. Saya google perkataan pembesar suara haler sebab tak tahu apa benda tu. Rupa-rupanya megaphone. Oh my Malay >.<

    Terima kasih Zizie. Belajar perkataan baru :D

    ReplyDelete
  9. tak tahu lah malu ke hape kalau jumpa baju yg sepesen. tudung jangan cakaplah. selalu terserempak. aha

    ReplyDelete
  10. jalan2 dari segmen FARAH nak URL

    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/10/bubblynotescom-mini-segmen-url-uolss.html

    ReplyDelete
  11. Zumal ada tag Zizie kat sini... http://duniazumal.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
  12. nak bawak teddy bear pun sampai kne ade peraturan lak, lol

    ReplyDelete
  13. hahah teddy bear saiz org.. yg tu mcm kelakar xD Tapi ni berlaku waktu zaman sekolah je kan? Ke zaman ipt pun ada lagi?

    ReplyDelete
  14. bhahaha CT time kat hostel ada teddy bear jugak tapi jenis yang ade biji biji kat dalam dia tu. sampai skarang dok ada and makin lunyai. yang penting time dok hostel adalah bantal. bantal kena banyak !!

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.