Film Review : Need For Speed

7.4.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Dah lama dah tengok movie ni, tapi baru hari ni nak review.
Siapa tak tengok lagi, boleh cekidaut.
Yang dah tengok, meh ler drop comment kasi pendapat.


Filem aksi ni mengisahkan Tobey Marshall (Aaron Paul )dan gengnya, bekerja sebagai mekanik di sebuah pekan kecil. Mereka mengalami masalah apabila wang mereka tidak mencukupi untuk membayar duit pinjaman garaj mereka.

Suatu hari, Dino Brewster (Dominic Cooper), bekas pelumba NASCAR yang sombong dan merupakan musuh Tobey, memberi tawaran kepada mereka untuk membina semula kereta Ford Mustang dan akan membayar mereka dengan jumlah yang sangat lumayan.

Julia Bonet (Imogen Poots) seorang pembeli kereta berminat untuk membeli kereta tersebut tetapi dengan syarat, kereta tersebut mampu melebihi kelajuan 230 mph (miles per hour). Tobey berjaya membuktikannya dan Dino naik berang kerana berasa tercabar. Lebih-lebih lagi Pete (Harrison Gilbertsen) dengan mulut celuparnya telah membuat Dino mencabar mereka untuk berlumba dengannya. Dino telah bermain kotor dengan melanggar Pete. Walau bagaimanapun, Dino terlepas daripada apa-apa tuduhan dengan alibi yang kukuh dan Tobey telah dihukum penjara selama dua tahun.

Keluar sahaja daripada penjara, Tobey terus menghubungi bos Julia dan ingin menggunakan kereta Ford Mustang yang telah dibeli oleh Julia untuk memasuki perlumbaan De Leon iaitu underground racing yang terunggul ( senang cerita lumba haram ).

Perjalanan Tobey & Julia selama dua hari ke California, sangat mencabar apabila mereka menjadi buruan polis. Dino juga meletakkan habuan bagi sesiapa yang dapat menghalang perjalanan mereka. Akhirnya, mereka berjaya tiba ke California tetapi mereka ditimpa kecelakaan dan Julia cedera parah.

Tobey meminta bantuan Anita, teman wanita Dino dan juga merupakan kakak kepada arwah Pete setelah kereta yang akan digunakan untuk perlumbaan telah musnah. Anita membantu mereka dan Tobey menggunakan koenigsegg agera r yang Dino gunakan ketika perlumbaan meragut nyawa Pete.

Perlumbaan De Leon memaparkan kereta-kereta seperti koenigsegg agera r, Lamborghini Veneno Sesto Elemento, Bugatti Veyron Super Sport dan macam-macam lagi. Tobey berjaya mengalahkan Dino dalam perlumbaan tersebut dan akhirnya Tobey berjaya menebus maruahnya dan mendedahkan pembunuh Pete yang sebenar.


**********

kalau cerita fast & furious dapat 5 stars, cerita ini zizie bagi 4.9 stars.

macam-macam keletah geng Tobey ni. seriously lawak!
dan zizie suka bila Aaron Paul bawak kereta dengan laju, dia punya reaksi muka sangat natural.
kalau cerita fast & furious, pelumba kereta dia semua nak buat muka cool je. tapi, Aaron Paul tunjuklah susah nak control kereta yang dipandu dengan laju.

kereta-kereta dalam cerita ni, semuanya boleh buat orang gila! WOW!!
but cik abam kecewa sebab tak ada Nissan GTR dia.. hakhak!

You Might Also Like

29 comments

  1. best nye zizie dh pernah tengok... ^_^

    wan belum tengok lagi, tp trailer macam best je... hehe...

    ReplyDelete
  2. heee. Mmg ramai kata best ughhh T_T
    qila rasa kena tunggu keluar tv je lah hikhik xD

    ReplyDelete
  3. Macam best je, dah lama tak tengok movie la.. xD

    ReplyDelete
  4. menarik review nya zizie.. nak kena pergi tengok juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak :) sure tak menghampakan :)

      Delete
  5. Zumal belum tengok lagi... Dengan review nie zumal tak sabar nak tengok :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum zizie, best ek? lusa nak keluar tengok cerita ni. hehehe singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak... best.. layan aje tgk citer ni..

      Delete
  7. ee tak tengok need for speed lagi. tapi ramai kata best. aghhh nak tengok captain amer america. gahahaha.

    ReplyDelete
  8. terasa nak tengok tapi tak berkesempatan... tengok on9 je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak.. lagi jimat duit.. hihi..

      Delete
  9. anita tu adik pete la...aku suka scene yg melibatkan marverick a.k.a. liar 1...style hbs...hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun confuse.. tapi, bila aku google, cari2 dia kata pete young brother anita.. aku pun suka part tu.. yang dia bajet buat poem psl anita tu, mcm harem... hahaha

      Delete
  10. wahhhh cam best je... tp kt tempat wan takda panggung wayang .... *sigh~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari online la wan.. wan kan rajin tengok online..

      Delete
  11. licha tengok masa first day kuar.. best jgk la.. hihii :)
    klik ur nuffed here dear.

    ReplyDelete
  12. fae belum tgk. tapi kawan fae cakap fast & furious lagi best.

    ReplyDelete
  13. hye kaki wayang.. blogwalking! =)

    ReplyDelete
  14. Klu Jue, jue bg 5 out of 5. Hehehe. Suka citer nie. fast n furious xkena ngan jiwa kot. hehehe

    ReplyDelete
  15. Nak tengok ke tak eh? Sebab saya tak suka cerita pasal kereta atau machines sangat.

    ReplyDelete
  16. hubby CN suka la cerita2 mcm ni, CN layan kan jer..hehe

    ReplyDelete
  17. Filem2 gini mesti dapat sambutan..

    ReplyDelete
  18. Nak tgk tp tak bekesempatan.. harap2 ada lagi lah..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.