Review : Nuffnang Premiere Screening Rio 2

10.4.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

First of all, terima kasih kepada nuffnang sebab kasi tiket wayang free 8hb yang lepas..
Yes! zizie dah tengok animasi 3D Rio 2.. jangan jealous ;)
memang tak sangkalah terpilih sebab tak berniat untuk menang pun. sengaja nak isi masa lapang. kononnya. hehe.
elok jugak rehatkan minda sekejap. asyik study aje.. hehe..


Mari kita mulakan review!


Rio 2 merupakan kesinambungan filem Rio, mengenai Blu, spesies burung kakak tua yang semakin pupus dan pasangannya, Jewel. Kalau Rio menceritakan pengembaraan Blu tiba di Rio untuk mengawan dengan Jewel, Rio 2 menceritakan tentang keluarga Blu dan Jewel.

Linda dan Tulio menjumpai kawanan burung yang sama spesies seperti Blu di hutan Amazon dan ingin mengesahkannya dan menjadikan hutan perlindungan. Jewel mengambil kesempatan mengajak familinya di samping untuk mengajar anak-anaknya yang moden dan berperangai seperti manusia agar menjadi seperti burung biasa.

Dalam perjalanan ke sana, Nigel, si burung kakak tua putih yang jahat (sila rujuk RIO) telah melihat kelibat Blu bersama-sama keluarga dan kawan-kawannya. Nigel, berserta konco-konconya, mengikut mereka ke hutan Amazon. Nigel bertekad untuk membunuh Blu.

Setibanya di hutan Amazon, Jewel bertemu dengan bapanya dan kawanan burung kakak tua yang sama sepertinya. Jewel dan ayahnya, Eduardo terpisah kerana aktiviti pembalakan. Dalam masa yang sama, Linda dan Tulio telah diancam oleh pembalak-pembalak kerana mengacau aktiviti mereka.

Ayah Jewel pula, tidak menyukai Blu yang tidak bersikap seperti seekor burung biasa dan bertambah membencinya apabila mengetahui Blu ialah haiwan peliharaan. Blu bertambah sedih apabila ahli keluarganya lebih selesa kehidupan di hutan tersebut. Lalu, Blu keluar mencari Linda. Setibanya di kem Linda, Blu mengetahui kem tersebut diceroboh dan membantu melepaskan teman manusianya.

Blu dan burung-burung yang lain bersepakat menghalau pembalak-pembalak yang jahat. Akhirnya, ayah Jewel dapat menerima kehadiran manusia dan tempat tinggal mereka menjadi hutan perlindungan. Nigel? kalau korang nak tahu macam mana Nigel cuba membunuh Blu, silalah tengok sendiri ;) kesian betul nasib si Nigel tu tapi lawak betul la! hahaha.

Rating : 5 stars

Favourite scene zizie ialah time Nico and the gang buat audition kat dalam hutan. lawak sangat-sangat!
Dalam Rio 2, Bruno Mars pun sumbangkan suara untuk watak Roberto. Ada juga watak-watak tambahan yang tak kurang kelakarnya selain watak daripada Rio seperti anak-anak Blu dan Jewel dan konco-konco Nigel.
Kelakar, kelakar jugak tapi moral of the value is trusting each other. Kalau kita tak saling mempercayai, retak la sebuah hubungan, apatah lagi sesama ahli keluarga.

disebabkan dapat dua tiket, memang tengok dengan cik abang la jawabnya. hehe.


cik abang pun puas hati dengan filem tu dan dia excited sebab first time dapat pergi premiere screening. eh, kita pun sama .. haha!

You Might Also Like

22 comments

  1. terbaik... si burung putih tu msih tak puas hati jugak eyh... dendam betul dia tu..

    ReplyDelete
  2. ok jeles.
    pewitt kemain lg dating dgn cik abg :p

    ReplyDelete
  3. Hmm... anak2 KN mesti suka sangat lah tengok cite cam ni... kat Trg susah nak tengok wayang... astro first lah jawabnya nanti...

    ReplyDelete
  4. wah. bagus review zizie buat.. kena tengok juga nanti.. :D

    ReplyDelete
  5. bila lah dapat tgk citer ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum zie, wahh jeles kita tau. hehe singgah menabung singapore airlines sini~~~

    ReplyDelete
  7. hehe.. nice movie.. my son can't stop laughing.

    www.mymomsbest.us

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa dapat pergi movie screening. jealous nyaa :(

    ReplyDelete
  9. comeynyer cerita ni, kena tgk gak la ;)

    ReplyDelete
  10. Kalau yang pertama dah menarik, mesti yang kedua lagi menarik. hehe

    ReplyDelete
  11. wow untung sangat..
    bestkan.. bagus riview..rasa mcm nak p tgk plak..
    digix3

    ReplyDelete
  12. Cantiknya Zizie :D

    Saya tka pernah tengok Rio sebelum ni. Mungkin lepas finals boleh la cuba-cuba tengok.

    ReplyDelete
  13. Best2... nak tengok jugak...
    Macam ada persamaan je merpati 2 sejoli kat atas tu... hikhik.. .
    ^__*

    ReplyDelete
  14. dah lama tak g premiere screening.. hehe... Rio yang 1st pun tak tengok lagi. :D

    ReplyDelete
  15. Macam best je.... Nak kena gi ushar jugak lah hujung minggu ni...

    ReplyDelete
  16. Mcm.best je...nih harus tgk...anak anak akak msti suka

    ReplyDelete
  17. tengok trailer pun macam best..

    ReplyDelete
  18. wow! cam best je tu.. kena tengok jugak ni..

    ReplyDelete
  19. Salam.

    Ak tak pernah pun dpt premiere screening zie.. mmg la tak pernah, sbb tak amik port,hahaha.

    #Lawa dress.. beli kt mana zie?

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.