Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!
Dah lama dah tengok movie ni, tapi baru hari ni nak review.
Siapa tak tengok lagi, boleh cekidaut.
Yang dah tengok, meh ler drop comment kasi pendapat.
Filem aksi ni mengisahkan Tobey Marshall (Aaron Paul )dan gengnya, bekerja sebagai mekanik di sebuah pekan kecil. Mereka mengalami masalah apabila wang mereka tidak mencukupi untuk membayar duit pinjaman garaj mereka.
Suatu hari, Dino Brewster (Dominic Cooper), bekas pelumba NASCAR yang sombong dan merupakan musuh Tobey, memberi tawaran kepada mereka untuk membina semula kereta Ford Mustang dan akan membayar mereka dengan jumlah yang sangat lumayan.
Julia Bonet (Imogen Poots) seorang pembeli kereta berminat untuk membeli kereta tersebut tetapi dengan syarat, kereta tersebut mampu melebihi kelajuan 230 mph (miles per hour). Tobey berjaya membuktikannya dan Dino naik berang kerana berasa tercabar. Lebih-lebih lagi Pete (Harrison Gilbertsen) dengan mulut celuparnya telah membuat Dino mencabar mereka untuk berlumba dengannya. Dino telah bermain kotor dengan melanggar Pete. Walau bagaimanapun, Dino terlepas daripada apa-apa tuduhan dengan alibi yang kukuh dan Tobey telah dihukum penjara selama dua tahun.
Keluar sahaja daripada penjara, Tobey terus menghubungi bos Julia dan ingin menggunakan kereta Ford Mustang yang telah dibeli oleh Julia untuk memasuki perlumbaan De Leon iaitu underground racing yang terunggul ( senang cerita lumba haram ).
Perjalanan Tobey & Julia selama dua hari ke California, sangat mencabar apabila mereka menjadi buruan polis. Dino juga meletakkan habuan bagi sesiapa yang dapat menghalang perjalanan mereka. Akhirnya, mereka berjaya tiba ke California tetapi mereka ditimpa kecelakaan dan Julia cedera parah.
Tobey meminta bantuan Anita, teman wanita Dino dan juga merupakan kakak kepada arwah Pete setelah kereta yang akan digunakan untuk perlumbaan telah musnah. Anita membantu mereka dan Tobey menggunakan koenigsegg agera r yang Dino gunakan ketika perlumbaan meragut nyawa Pete.
Perlumbaan De Leon memaparkan kereta-kereta seperti koenigsegg agera r, LamborghiniVeneno Sesto Elemento, Bugatti Veyron Super Sport dan macam-macam lagi. Tobey berjaya mengalahkan Dino dalam perlumbaan tersebut dan akhirnya Tobey berjaya menebus maruahnya dan mendedahkan pembunuh Pete yang sebenar.
kalau cerita fast & furious dapat 5 stars, cerita ini zizie bagi 4.9 stars.
macam-macam keletah geng Tobey ni. seriously lawak!
dan zizie suka bila Aaron Paul bawak kereta dengan laju, dia punya reaksi muka sangat natural.
kalau cerita fast & furious, pelumba kereta dia semua nak buat muka cool je. tapi, Aaron Paul tunjuklah susah nak control kereta yang dipandu dengan laju.
kereta-kereta dalam cerita ni, semuanya boleh buat orang gila! WOW!!
but cik abam kecewa sebab tak ada Nissan GTR dia.. hakhak!
Heyyo GG!
Dah lama dah tengok movie ni, tapi baru hari ni nak review.
Siapa tak tengok lagi, boleh cekidaut.
Yang dah tengok, meh ler drop comment kasi pendapat.
Filem aksi ni mengisahkan Tobey Marshall (Aaron Paul )dan gengnya, bekerja sebagai mekanik di sebuah pekan kecil. Mereka mengalami masalah apabila wang mereka tidak mencukupi untuk membayar duit pinjaman garaj mereka.
Suatu hari, Dino Brewster (Dominic Cooper), bekas pelumba NASCAR yang sombong dan merupakan musuh Tobey, memberi tawaran kepada mereka untuk membina semula kereta Ford Mustang dan akan membayar mereka dengan jumlah yang sangat lumayan.
Julia Bonet (Imogen Poots) seorang pembeli kereta berminat untuk membeli kereta tersebut tetapi dengan syarat, kereta tersebut mampu melebihi kelajuan 230 mph (miles per hour). Tobey berjaya membuktikannya dan Dino naik berang kerana berasa tercabar. Lebih-lebih lagi Pete (Harrison Gilbertsen) dengan mulut celuparnya telah membuat Dino mencabar mereka untuk berlumba dengannya. Dino telah bermain kotor dengan melanggar Pete. Walau bagaimanapun, Dino terlepas daripada apa-apa tuduhan dengan alibi yang kukuh dan Tobey telah dihukum penjara selama dua tahun.
Keluar sahaja daripada penjara, Tobey terus menghubungi bos Julia dan ingin menggunakan kereta Ford Mustang yang telah dibeli oleh Julia untuk memasuki perlumbaan De Leon iaitu underground racing yang terunggul ( senang cerita lumba haram ).
Perjalanan Tobey & Julia selama dua hari ke California, sangat mencabar apabila mereka menjadi buruan polis. Dino juga meletakkan habuan bagi sesiapa yang dapat menghalang perjalanan mereka. Akhirnya, mereka berjaya tiba ke California tetapi mereka ditimpa kecelakaan dan Julia cedera parah.
Tobey meminta bantuan Anita, teman wanita Dino dan juga merupakan kakak kepada arwah Pete setelah kereta yang akan digunakan untuk perlumbaan telah musnah. Anita membantu mereka dan Tobey menggunakan koenigsegg agera r yang Dino gunakan ketika perlumbaan meragut nyawa Pete.
Perlumbaan De Leon memaparkan kereta-kereta seperti koenigsegg agera r, Lamborghini
**********