Aktiviti di Tasik Ayer Keroh

2.3.14
"okay, kiri.. kiri.."
"kanan pulak.."
"eh, u kiri la, i kanan.."
"eh, u nak ke mana pulak ni? i nak ke sana.."
"apesal u kayuh sana? kan i dah cakap i nak pergi belah sana.."



aktiviti di petang hari pada hari ini ialah berkayak..
huish, dah lama tau zizie tak berkayak.. last time, 2007. masa form 3.
cik abam kita ni la sibuk nak berkayak.

lokasi terbaik berdekatan dengan rumah kitorang ialah di Tasik Ayer Keroh.
kat Tasik Ayer Keroh ni, macam-macam aktiviti air yang ditawarkan.
paddle boat, kayak, wall climbing, water ball, berbasikal dan macam-macam lagi.
untuk kayak, bayarannya hanya rm 3 seorang dan masanya unlimited.
berkayak la kau sepuas hati noq..



seronok ke tak?
seronok ler.. dah lama tak main air tau. hehe.

masa zizie berkayak tu, nampak satu pasangan ni, bukan main seronok berdating..
seronok betul dorang bercintan cintun. kalah zizie tau.


dua ekor burung undan yang sibuk bercinta. muehehe.
tasik ayer keroh ni bersebelahan sahaja dengan zoo melaka.
kawasan si burung undan sejoli ni, ialah kawasan zoo.
sebenarnya, ada jaring yang memisahkan antara kami berdua.

berbalik kepada dialog di atas, nampak tak macam mana zizie dengan cik abam bertekak?
tak adalah gaduh teruk pun, bertikam lidah aje siapa cara dayung dia tak hebat.. kehkehkeh.

sukan berkayak ni, mengajar kita untuk bekerjasama mengharungi cabaran.
kalau zizie kayuh sebelah kanan, cik abam sebelah kiri, memang tak bergerak la kayak kitorang.
so, kita perlu berbincang step yang perlu dilakukan supaya kayak tu bergerak seperti yang kitorang nak..
dan ketika inilah, lagu wonderpet berkumandang.. hehehe.

nota zizie : lenguh tangan sebab dah lama tak mendayung.

You Might Also Like

21 comments

  1. tak pernah berkayak...takut...hheee

    ReplyDelete
  2. bestnyer berkayak..teringin nak mencuba..tak pernah lagi...naik sampan pernah la..hehe..seronok ada atas air..hehe..=)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tahu Ayer Keroh ada tasik. Seronok tak berkayak? Kalau nak berkayak, kena pandai berenang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh kerana safety jacket disediakan, it's ok kalo jatuh dalam tasik ni... seronok la tapi after 3 min berdayung dengan bersungguh2, penat.. so, naik 2 org ada manfaatnya drpd naik sorg2.. hehe.

      Delete
  4. Teringin nk berkayak... hehehe... minat tengok orang berkayak, tp x pernah berpeluang nak berkayak...

    ReplyDelete
  5. Wah..bestnya.. akak penah try kayak sekali je. Bila balik rasa lwnguh badan terus tak cuba lagi. Hihi

    ReplyDelete
  6. Zumal pun nak try berkayak la nanti nampak best jer

    ReplyDelete
  7. best nya.. nampak mcm seronok je. hehe

    ReplyDelete
  8. aktiviti yang menyeronokan ni zizie..tapi akak tak penah lagi berkayak hehe..maybe next time or year :D

    ReplyDelete
  9. best nya.. akak pun dah lama tak tak berkayak.. murahnya rm3 tu zizie..

    ReplyDelete
  10. waahhhh bestnya gg!!! teringin nak berkayak...masa plkn dulu aktiviti air tak dijalankan sebab ada kes kencing tikus :( lahaiii

    ReplyDelete
  11. best nya especially kalao dgn cik abam :)

    ReplyDelete
  12. dah lama x singgah sini.. seronoknya.. banyak aktiviti yg blh dilakukan..:D

    ReplyDelete
  13. Bkayak ???? First tym zara bkayak masa plkn tahun 2008.. hahaha.. dan itu juga kali terakhir.. muahahah

    ReplyDelete
  14. buka setiap hari? sunday ada buka tak

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.