Evening With The Girls

15.3.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Beberapa hari yang lepas, zizie menghabiskan sisa petang khamis bersama-sama rakan zizie..
Kononnya plan mengejut! Okay la, kira terkejut la tetiba bebudak ni ajak keluar.
So, dalam keadaan terpaksa, sampai juga zizie di Melaka International Bowling Center (MIBC).


cilok daripada instagram ayu (si tudung coklat)

Inilah kawan-kawan zizie.. persahabatan yang terjalin kerana mereka ialah housemate baby (kawan zizie sejak asasi) semasa kitorang satu kolej kediaman.
Apabila kami semua terpaksa menyewa di luar kolej kediaman, terpaksalah berpisah. Kelas dan fakulti pun lain-lain.


inilah baby, Fahima Kamel.. Ada orang cakap, muka kami serupa.. haha. macam-macam.

Bila dah lama tak gather, macam-macam cerita la keluar.
Girls, zizie doakan kita semua tabah dengan ujian-Nya. kalau moody, calling-calling kita open table okay. hehehe.
Dah lama zizie tak bergelak ketawa bersama mereka. Sampaikan, naik kering tekak ni haa.

Untuk game bowling, ayu mendapat tempat pertama dengan score seratus lebih. Manakala zizie tempat kedua, diikuti baby dan Ida.
So, ayu, aku tunggu kau jemput aku untuk game bowling next SAF (Sukan Antara Fakulti).

Ingatkan, dah habis di situ sahaja.
Tapi, si ayu ni gatal ajak kitorang main snooker.

Ida agak pemalu sikit.

ianya terletak betul-betul di luar entrance bowling.
okaylah, layankan aje. tapi sorang-sorang tak ada skill.
zizie boleh la sikit-sikit sebab dah dua kali temankan cik abam bermain.
even tak ada skill pun, bola tetap masuk.. jolok pun jolok aje la..

Thank you girls for an awesome evening..
After this, ajak aku keluar lagi. I like it :D !

nota zizie : disebabkan button follow google bermasalah this lately, harap bersabar ye untuk sesi follow back.. huhuhu.

You Might Also Like

12 comments

  1. Tahniah dapat no 2. Hehe. Kalau saya main, memang masuk longkang la jawabnya. Saya tak pernah main bowling.

    ReplyDelete
  2. wah wah wah bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa qila pun nak gakkkk evening with girlsss hehehehe

    ReplyDelete
  3. mama tak reti main bowling ni zizie... acaner ke gayanye tu nak membaling bola..

    ReplyDelete
  4. dh lame dh xmain bowling.. haishh..dulu stdy kat melake boleh pegi selalu.. tp main dekat MP je..hee..

    ReplyDelete
  5. best dapat keluar dengan kawan-kawan macam tu.. kawan-kawan akak semua dah ada suami dan anak.. dulu masa bujang selalu juga keluar ramai-ramai.. main snooker tu nampak menarik, tak pernah lagi akak mencubanya.. selamat berhujung minggu zizie.. :D

    ReplyDelete
  6. bestnya main bowling. ee pernah main snooker sekali tapi buat kena gelak je sebab memang tk pandai. but i dun care nak main gak. hahaha.

    ReplyDelete
  7. main boling asik masuk longkang je. huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. ahahahah...wahhh zizie pandai main snooker ke???wan tak pandai...ehhh bukan tak pandai...tp tak pernah main pommm ...ahahahahahahahahahahahaha(gelak kaver mlu sebab tak pernah main snooker)

    ReplyDelete
  9. ika dah lama tak hengout dengan besties...semua jauhhhhhhh T_T
    boleh laa ni ajak zie pergi main bowling nanti...tungggu ika balik melaka ekkkk ihiks ;)

    ReplyDelete
  10. Bowling ni pun dah lama k nrl x main... last haritu, tengok en suami ngan member2 dia main.. tp x join pun... kena handle anak2... huhu

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.