Jangan Mempermainkan Isu MH370

9.3.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!


semalam, 8 Mac 2014, timeline facebook dan twitter penuh dengan berita tentang penerbangan MH307 dari KLIA, Malaysia ke Beijing hilang begitu sahaja pada pukul 2.40 pagi.

menurut Yahoo News, ketua laksamana laut Vietnam, Ngo Van Phat mengatakan bahawa radar mereka telah mengesan MH370 telah terhempas di Laut China Selatan, 158 kilometer Selatan Pulau Phu Quoc - sumber -

Walaubagaimana pun, Malaysian Digest mengatakan bahawa MH370 - Boeing B777-200 telah selamat tiba di Nanmimg, China.


Tetapi, ahli keluarga mangsa tidak dapat menghubungi para penumpang MH307 dan berita ini diragui oleh ramai pihak. - sumber -

latest, ada yang mengatakan dorang dah jumpa bangkai pesawat tu siap ada gambar pesawat ditarik keluar dari laut lagi..
sekarang, ada yang mengatakan laporan tu ialah laporan palsu. katanya, menggunakan berita lama tentang pesawat Adam Air dari Indonesia terhempas pada tahun 2007.

tolonglah kepada pihak yang tak bertanggungjawab tu, janganlah sebarkan berita palsu.
cubalah fikir perasaan ahli keluarga mangsa.
dorang tak dapat apa-apa khabar berita daripada ahli keluarga dorang sehingga sekarang. hanya dapat menunggu sahaja berita selanjutnya dan dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
tetapi, kita yang kat sini, ahli keluarga elok aje tidur di atas tilam yang empuk, mempermainkan tentang kejadian ini.
tak faham la, apa yang seronok sangat bagi dorang.

so, berhenti sebarkan berita PALSU!
doakan agar para penumpang dan anak kapal segera ditemui..

#PrayForMH307

You Might Also Like

18 comments

  1. Mereka yang post tanpa usul periksa tu berebut-rebut, "siapa paling cepat post" & batak perhatian di Facebook, Twitter & sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Apa2 pun kita tunggu berita mutakhir....jangan dengar berita2 yang palsu...sama2 kita doakan untuk mereka...

    ReplyDelete
  3. Berita ni hangat tiba2. Agak2nya dah jadi berita rasmi ke.

    ReplyDelete
  4. nie la manusia..hurmm.. lagi sedih tgk komen2 org malaysia nie kat fb n twitter.. ade buat lawak bodoh dengan isu nie.. sedih.. xde sifat sensitiviti langsung.. doakan yg terbaik je la.. jangan buat spekulasi mcm2.. kesian dekat waris2 mangsa..

    ReplyDelete
  5. memang tak elok menyebarkan berita palsu mengenai kehilangan pesawat ini.. jangan hanya kerana mahu menaikkan trafik sanggup membuat pelbagai spekulasi.. apa yang kita boleh lakukan adalah berdoa agar semuanya selamat dan sentisa dilindungi oleh Allah..

    ReplyDelete
  6. Kita doakan supaya semua selamat

    ReplyDelete
  7. Itulah , masing-masing berebut ingin menunjuk yang mereka lah yang tahu segala-galaynya .

    ReplyDelete
  8. time gini memang.. mcm2 orang mula nak buat spekulasi

    ReplyDelete
  9. takpaham dgn orang yg peel dia cemni haihhh

    ReplyDelete
  10. Saya pun tak suka bila orang buat lawak pasal benda ni :/

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum awak.. dua hari ni memang emosi takleh kawal. tengok berita sedih ni. sama2 kita solat dan berdoa agar Allah permudahkan urusan pencarian mh370. in shaa Allah

    ReplyDelete
  12. Salam.. kita dah tak tahu mana satu berita yg sahih kan... memacam spekulasi timbul...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dan salam singgah malam dik...macam2 kita dengar sejak kehilangan pesawat Mas MH370 ni..apa yang paling penting saat ini...sama2lah kita berdoa semoga semua penumpang dan anak kapal pesawat Mas MH370 terselamat dan usaha mencari dapat dipermudahkan olehNya..amin...

    ReplyDelete
  14. kesian buat keluarga mngsa.. skrg mls nk buka fb sbb byk kisah palsu. tgk tv jelah.

    ReplyDelete
  15. hanya mampu berdoa untuk keselamatan mereka :(

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.