Wafi

12.4.13
jambu.
berkulit putih, hidung mancung, bibir merah, dan satu tahi lalat kecil di bawah mata kanannya menampakkan lagi manisnya.
dia lelaki yang jambu.
badannya kecil sahaja dan wajahnya sangat naif lebih-lebih lagi jika dia bersongkok.

tahun kedua, dia sekelas denganku.
mungkin tidak kepada naluri hati, tetapi mengikut kawan-kawan yang meminati lelaki lain.
aku diam-diam sukakan wafi.

tahun ke-3, kawan ku bertanya,

"who's your hubby?"

"wafi"

"kau pun minat wafi?"

kau pun - oh! ada lagi yang minat wafi.

aku buat perjanjian dengan kawanku supaya ianya menjadi rahsia.
dengan melakarkan aliff lam ha ha di bajunya.
you keep mine, i keep yours.

tahun-tahun seterusnya, wafi masih lagi setia denganku.
masih lagi bisa mencuri pandang kepadanya.
tidak pernah bersapa melainkan,

"zati, cikgu panggil mung kat bilik guru"

tahun akhir.
syikin dan shira, dua orang kawan baik bergaduh kerana wafi.
bukan bergaduh kerana berebut.
bergaduh kerana masing-masing ingin menyerahkan wafi.
tetapi akhirnya, dua-dua memendam rasa kerana wafi tidak pernah membalas cinta sesiapa pun.
aku juga.

tahun pertama setelah graduasi, aku bertemu dengannya.
masih bertubuh kecil sedangkan aku kian meninggi.
dan sampai akhir penemuan, aku langsung tidak bercakap dengannya.
dan hingga sekarang aku tidak pernah bertemu dengannya.

cinta monyet yang bergayut di masa lalu.

You Might Also Like

9 comments

  1. Citer cinta yg besh ni...cuma kurang kat ending. So, xterlintas nak cari wafi ker? leh dapat close citer cinta ni mesti besh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x terlintas nak cari.. tiba2 je pk zaman masa dulu.. hahahaha..

      Delete
  2. haha.. Hana pun ada suka sorang ni masa kecik2 :P sebab dia baik.. lawak lak bila fikir :) hehe

    ReplyDelete
  3. cinta monyet bergayut msa lalu. .ske lak ayt 2. .wahaha. . :D

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.