Berita #1 : KES PEMBUNUHAN BEKAS PELAJAR SMK KEMPAS: SIKAP PERAMAH MANGSA, 3 ORANG JATUH HATI

16.1.12

JOHOR BAHRU: Sikap ramah seorang pelajar berusia 18 tahun hingga menyebabkan tiga lelaki jatuh hati kepadanya, dipercayai menjadi punca dia (remaja) dibunuh kejam dengan lehernya dikelar selain ditikam dalam kejadian di rumahnya di Taman Kempas di sini, Rabu lalu.

Difahamkan lelaki berkenaan dipercayai ke rumah remaja itu bagi mendapatkan kepastian, sebelum disyaki berlaku kejadian tidak diingini hingga menyebabkan remaja terbabit dikelar dan ditikam.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek sejak beberapa bulan lalu dan dipercayai sikap peramahnya disalah erti hingga menyebabkan tiga lelaki berkenaan cemburu sesama mereka sebelum disyaki menyalahkan remaja berkenaan kerana beranggapan mereka dipermainkan.

Bagaimanapun, mereka kini berdepan hukuman berat apabila siasatan polis mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan menahan tiga lelaki itu pada hari kejadian bagi membantu siasatan. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya kini di peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak cinta dan cemburu sebagai motif utama kejadian hingga menyebabkan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dibunuh.

"Tiga lelaki iaitu dua remaja berusia 19 tahun, manakala seorang lagi berusia 49 tahun ditahan reman seminggu," katanya.

Mayat C Sivaranjini, 18, ditemui bapanya sejurus tiba di rumah di Jalan Dataran 4/5 Taman Kempas pada kira-kira 10 pagi, Rabu lalu.

Sumber : Kosmo

jadi peramah pun salah.. macam-macam manusia sekarang.. kerana nafsu, manusia boleh jadi menakutkan.. lebih menakutkan dari hantu...

You Might Also Like

0 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.