P.O.V #11 : K.I.T.A

30.9.11

Assalamualaikum..

Sebenarnya entry Zie kali nie Zie dah pernah post kan kat facebook Zie.. so, to my beloved blogger readers, Zie nak share la balik entry nie... mungkin agak sedikit kasar ayat2 Zie tapi, jangan pandang dari segi penulisan Zie tapi maksud yang Zie nak sampaikan.. renung2kan..



Hidup nie kejam atau kita yang kejam terhadap kehidupan kita? Kadang-kadang kita merasakan hidup kita nie macam tak bermakna-meaningless.

“Hidup untuk mati dan mati untuk hidup.” Apa maksudnya? “Hidup untuk mati..” maknanya kita hidup untuk mencari amal dan ilmu sebagai persediaan kita di akhirat sebelum kita mati. “mati untuk hidup”maknanya kita mati untuk kehidupan selepas hari kiamat. Jadi, apa maknanya apabila kita mengatakan hidup ini kejam? Kenapa tidak melafazkan kesyukuran kepada-Nya kerana memilih kita untuk hidup di muka bumi yang penuh rahmat-Nya? Kenapa memandang ke sudut negatif sedangkan yang positif dipandang enteng, jauh sekali “Alhamdulillah” diucapkan. Kita sebenarnya yang kejam. Kejam kepada yang Maha Pencipta, kepada alam semesta.
“Belum sampai seru..”. Seru apa yang kita tunggu? Sedangkan sudah terang lagi bersuluh Allah akan membantu umat-Nya yang berusaha tetapi, kita yang mengharapkan Allah menurunkan hidayah tanpa kita mencarinya,meminta kepada-Nya. Begitu mudah akal pendek kita berfikir. Sedangkan akal yang begitu berharga yang hanya diberikan kepada manusia, sepatutnya kita sudah berfikiran matang. Jika akal ini diberikan kepada binatang, pasti kita dipandang hina. Mungkin binatang2 itu boleh berfikiran waras lebih daripada kita.
Salah siapa semua ini berlaku? Anak-anak mengatakan ini salah ibu bapa. Murid-murid mengatakan ini salah para guru. Wah! Jari telunjuk yang satu ditunding tanpa kita sedari tiga lagi jari ditujukan kepada kita. Salah kita rupanya!!!!! Ya. Salah kita. Kita memang tidak malu kerana menuduh orang lain sedangkan diri sendiri tidak tahu untung. Ibu yang mengandungkan kita akan sedih dengan perangai sebegini apatah lagi pencipta kita.

Astaghfirullahalzim. Macam ni? Macam mana kita nak menghadap Allah nanti? Banyak sungguh dosa kita yang kita sedar atau tidak sedar telah kita lakukan. Al-Quran dan As-Sunnah nabi Muhammad S.A.W tinggalkan tetapi kita abaikan. Jika sekarang, pada saat ini, sedang kita duduk menelaah, sedang tidur atau berbual dengan rakan2, malaikat Izrail datang mencabut nyawa kita. “Tunggu! Amalanku belum cukup. Sudah cukup amalanku, kau datanglah semula.” Kata-kata itu hanya akan tersekat di kerongkong kita. Atau bahasa lebih tepat just in your dream. Itu JIKA. Bagaimana betul2? Amalan berapa peratus? Rasa-rasa pahala dah cukup? Kita tiada pengukur untuk itu. Oleh itu, beramal tanpa berhenti itu penting.
Kita memang manusia yang lemah dan kerdil di sisi-Nya. Ada yang sedar tetapi mengendahkannya. Mungkin dia berasa dirinya kuat. Jangan pedulikan keburukkan orang lain. Perbaiki, cantikkan keburukkan kita dahulu. Kemudian tariklah mereka ke jalan yang lurus.
Ketika gembira bersyukurlah kepadaNya. Ketika berduka mengadulah kepadaNya. Letakkanlah Dia di tempat pertama dalam hidup kerana dari Dia kita dijadikan,kepadaNya kita akan kembali.

Wassalam~

You Might Also Like

0 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.