Share #6 : 6 Pesanan Imam Ghazali
20.9.11
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama2 dengan murid2nya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
- Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
Muridnya menjawab, “Orang tua, guru, kawan & sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat ialah MATI. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185.
- Apakah yang paling JAUH daripada diri kita di dunia?
Muridnya menjawab, “Negara China, bulan, matahari dan bintang.” Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa jawapan diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah MASA LALU. Walau dengan apa cara pun, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh itu, kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak menyesal di kemudian hari nanti.
- Apakah yang paling BESAR di dunia?
Lalu muridnya menjawab, “Gunung, bumi, matahari.” Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah NAFSU. Maka kita mesti berhati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah Al-A’raf ayat 179.
- Apakah yang paling BERAT di dunia?
Muridnya menjawab, “besi, gajah.” Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah MENANGGUNG AMANAH. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
- Apakah yang paling RINGAN di dunia?
Muridnya menjawab, “kapas, angin, debu dan awan.” Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah MENINGGALKAN SEMBAHYANG kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
- Apakah yang paling TAJAM di dunia?
Lalu muridnya menjawab, “Pedang.” Imam Ghazali menyatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah LIDAH MANUSIA di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
Wassalam~
0 comments