Service Laptop di Melaka

3.3.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

masih ingat entri ini ?
dalam entri tersebut, zizie menyatakan bahawa zizie dalam perjalanan pulang ke melaka.
actually, zizie baru sahaja pulang dari Low Yat untuk servis greeny si laptop zizie..
ada masalah sikit pada DC jack ( tempat nak cucuk power adapter a.k.a charger ).
sambil-sambil tu, zizie mintak dorang letakkan thermopaste.
orang kedai tu cakap, kipas zizie ada problem, so dia suggest untuk gantikan kipas dan harganya RM130. tapi, zizie menolak.
manakala untuk masalah jack, katanya kalau nak ditukar, kena tukar semua sekali dengan motherboard.
motherboard harga bukan ratus, ribu-ribu! kalau camtu, lebih baik la zizie beli notebook baru.. huhu..

masa hampir nak give up, cik abam tolong cari mana-mana kedai yang servis laptop.
Alhamdulillah, dengan bantuan google, akhirnya kami dipertemukan dengan abang zaha.



selepas bercerita masalah yang berlaku kepada greeny, abang zaha terus buka  greeny kat depan zizie.
bila dibukanya, abang zaha membebel dengan hasil kerja daripada orang kedai.

  1. "kasarnya dorang buat kerja. sampai terkeluar keyboard ni."
  2. "mana ada orang letak thermopaste sampai ke atas graphic card. rosak graphic card nanti."
abang zaha tolong zizie bersihkan bahagian yang comot tu.
memang zizie dah suspek orang kedai tu jahanamkan laptop zizie.
abang zaha ada cakap, kat satu bahagian tu, dia saja buat something (zizie dah lupa)..
kalau dibiarkan, aliran udara akan menjadi kedap dan laptop zizie akan panas. daripada nak solve problem, create problem yang lain.
panas hati tau masa dengar abang zaha cerita condition laptop zizie..

zizie pun ceritalah yang pasal kipas tu (rujuk perenggan pertama).
apa lagi, dicabutnya kipas lalu dicuci. amik kau! kemain hitam habuk kipas.
rupa-rupanya, dorang tak cuci pun. phew, nasib baik zizie tak setuju!

zizie kagum dengan cara kerja abang zaha.
kemas dan cermat.
sanggup dia bersihkan kesan comot thermopaste dan bersihkan balik habuk-habuk yang tak dibersihkan dengan betul.
katanya, "tak boleh la tengok kerja tak cermat ni, rasa tak tenang jiwa."

lama jugalah zizie melepak di rumah abang zaha semata-mata nak tengok dia merawat greeny.
oh ya! abang zaha ni tak buka kedai. beliau membaiki laptop dari rumahnya sahaja.
dalam masa yang sama, abang zaha berkongsi cerita kes-kes pelanggannya.

kebanyakkan customernya ialah student macam zizie.
al-maklumlah, rata-rata kesemua pelajar universiti akan mempunyai laptop atau pc.

kes pertama :
bila ada problem, most of student akan fikir nak format aje laptop. wrong!
format laptop hanya lari daripada masalah. bila kita lari daripada masalah, masalah akan tetap mengejar kita.
jadi, kenalah siasat dulu punca masalah, barulah boleh solve.

kes kedua :
zizie ada baca kat forum. kalau kat low yat, jangan bagi orang pakistan servis sebab dorang akan ganti barang-barang korang dengan barang yang tak ori (original).
yela, kita mana nak sedar kalau dah bagi dia servis dua tiga hari ditinggalkan kat situ..
kesian customer macam kita ni, percayakan dia dan bayar servis untuk dorang, sekali ditipunya hidup-hidup!

kes ketiga :
bila dah kena kelentong, duit pun banyak perabis kat laptop. bila dah takde duit, dorang jadi give up dan nak jual laptop dorang.
macam dalam kes pertama, satu problem dah solved, problem lain pulak yang orang kedai ni cuba create.


Abang zaha ni bukan setakat baiki hardware. Software, upgrade android pun dia boleh buatkan. Dia siap tunjuk ajar zizie apa yang penting dalam laptop. Yang mana perlu alert untuk update software. Siapa nak kongsi ilmu yang boleh dibuat duit dengan secara free? Terima kasih abang zaha kerana membantu masalah saya. Bagi sesiapa ada masalah pasal laptop, jangan asyik nak fikir pasal format aje bila ada yang tak kena. InsyaAllah abang zaha ni boleh membantu. 

Boleh contact Abang Zaha di 017—2581282. 
Lokasi : Bukit Katil, Melaka

You Might Also Like

33 comments

  1. Replies
    1. lebih tepat, melaka ke low yat dan pulang balik ke melaka.

      Delete
  2. waa. .bagusnya jumpa orang macam abg zaha tu..jujur n sudi bagi tunjuk ajar. . :)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya abang ni. Saya pun takut nak bawa laptop saya servis kat mana-mana kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun after this, xnak percayakan kedai dah.. huhu..

      Delete
  4. nasib jumpa abang zaha...tengok apa yang gg tulis pon dah dapat tau yang abang zaha ni jenis apa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis apa wan? jgn buat ayat suspicious la.. hahaha.

      Delete
  5. alhamdulillah ada insan yang berhati mulia seperti abang zaha.. sanggup membantu dan berkongsi ilmu lagi tu.. menabung edu uk untuk zizie.. :D

    ReplyDelete
  6. Salam, saya ade penah servis laptop dekat kedai, bukan makin betol, makin rosak jadinye.. baik abang zaha nie..

    ReplyDelete
  7. bagusnya masih ada org y jujur dlm tugas mcm abg Zaha . kdg2 org suka ambil kesempatan . yeah business is business . tp jujur la dlm berbusiness..tak gitu?hee..=)

    ReplyDelete
  8. Susah juga nak percaya orang kan, ade je nak klentong ;)
    Nasib let ade orang mcm abang zaha tu

    ReplyDelete
  9. mama baru sekali servis pc buruk mama ni, dapat pun macam orang abang zaha ni, terbaik!

    ReplyDelete
  10. kes kat loyat tu memg dah semakin mjadi²...slalu akak baca blog mazidul akmal sidek, dia ada bongkarkan sindiket penipuan kat situ...seb bek ada abg zaha yee ;)

    ReplyDelete
  11. kalau hantar kedai gitu la...menipu je nak dapat untung.

    ReplyDelete
  12. Woahh.. nasib jmpa yg pakar dan xsonglap duit kita kn. Lappy mmg perlu sgt2.. even ada tab..phone.. lappy juga yg zara carik.. apatah lg kalo student.

    ReplyDelete
  13. Assalam,

    kes ni dah ibarat tikus baiki labu dah...

    ReplyDelete
  14. berapa service yg kamu kena bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 200. Utk soldering and servis2 lain seperti cleaning dan sebagainya.

      Delete
  15. Try gi ok computer solution. Situ mmg gempak.. Service power.. Staff peramah.. 100% bumiputera

    ReplyDelete
  16. berapa harga jika ingin sevice laptop acer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarang pertanyaan, bleh call abg ni. Sbb sy pun cuma seorg customer beliau.

      Delete
  17. Ade alamat dan no whatapp dia x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamat sekarang di Taman Bukit Katil. Whatsapp seperti yang tertera di atas.

      Delete
    2. bro zaha dah pindah taman desa duyong .
      harap maklum hehe
      #customer setia bro zaha ^.^

      Delete
    3. Assalamualaikum,sy nk tnya abg zaha ni ada bukak kedai ke? Kalau boleh mohon share lokasi. ^_^

      Delete
    4. saya cuma buat di rumah... whatsapp sy di no

      017 2581282 sy Alan bg lokasi saya

      Terima kasih

      Delete
  18. Terima kasih tuan tanah. Berkat forum ni laptop kesayangan berjaya diselamatkan. Problem dengan motherboard plus laptop tak pernah service sejak beli 4 tahun yang lepas. Memang tak pernah service dan tak pernah tau pun laptop ni kena service setahun sekali at least. Luaran je laptop kilat, handsome dan kacak. Dalaman banyak hantu. Dalam seminggu jugak bila switch on laptop, screen blank. Totally blank. Kawan dah lama pujuk suruh hantar kedai. Bukan apa, hati memang susah nak percaya kalau hantar kedai ni. Then gigih la google, jumpa forum ni. Terus contact Encik Zahar, lusa pergi hantar kat rumah. Tak sampai sehari, siap! Harga sangat berbaloi dan kerja yang super duper kemas. Sempat jugak kena bebel dengan Encik Zahar part penjagaan laptop. Sekian, sekian, dan sekian. Memang tak rugi kalau hantar kat sini. Benda yang baik eloklah dipanjang-panjangkan. Sekarang laptop kembali handsome. Terima kasih tuan tanah dan Encik Zahar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu. barapa ye bayaran yg dikenakan? saya ingat nak guna service encik zahar jugak

      Delete
  19. Jalan desa duyong 25
    Taman desa duyong
    75460
    Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada yg inginkan laptop anda seperti baru semula sy sedia membantu anda semua,cuma whatsapp atau pun hubungi sy di talian

      017 2581282/
      016 2598806

      Delete
  20. Kepada sesiapa ada yg inginkan laptop anda seperti baru semula sy sedia membantu anda semua,cuma whatsapp atau pun hubungi sy di talian

    017 2581282/
    016 2598806

    ReplyDelete
  21. Jalan desa duyong 25
    Taman desa duyong
    75460
    Melaka

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.