Zizie tak faham kenapa this lately, ramai pulak kekawan di facebook yang kerosakkan phone. Dahlah pakai brand lenovo macam zizie. Sekali rosak, berkecai skrin! Handphone zizie ni dah banyak kali jatuh dengan aksi-aksi stunt yang boleh membawa maut. Nasib baik tak pecah skrin.
Zizie pernah la kerosakan phone masa praktikal kat Terengganu tahun lepas. Bila dah praktikal, kerja mengambil gambar tu penting tapi bukan untuk selfie (padahal dalam galeri bersepah gambar selfie dengan geng-geng praktikal) tapi mengambil gambar untuk logbook. Dan disebabkan zizie diletakkan di bahagian welding, banyak kali jugak la handphone zizie ni jatuh sebab handphone besor tapi poket lab coat kecik. Huhu.
Sampailah satu tahap, zizie ada masalah untuk charge handphone. Dalam masa kurang setengah jam, tetiba bateri tu dah 100%. Tapi, bila diguna, 10 minit terus bateri down to 0%. Stress dia, toksah ceritalah!
Zizie pun hantarlah baiki kat sebuah kedai handphone di Mydin Mall Kuala Terengganu. Baiki kerosakan tu sahaja dah RM 200. Gasaklah! Tapi lepas 2, 3 hari masalah tu datang balik. Hantarlah lagi sekali, tapi tak settle jugak! Plus, kedai tu kasi hilang besi untuk hold memory card. Sebab dah penat sangat dengan kerenah peniaga cenggini, zizie pun guna external charger untuk charge handphone. Masalahnya, kalau dah keluarkan bateri, memang tak boleh la nak contact kan. Beli pulak satu lagi bateri sebagai spare.. pergh! cost untuk handphone saja hampir RM 400.
Alhamdulillah, akhirnya tak sia-sia la pengorbanan zizie. Beberapa bulan yang lepas, zizie get in touch balik dengan abang yang pernah tolong baiki laptop zizie. For your information, abang zahar ni menawarkan servis handphone & laptop. Korang boleh baca kisah sadis zizie sehinggalah zizie berjumpa dengan abang Zahar di SINI.
Universal Charger |
Akhirnya, phone zizie dapat charging seperti biasa. Kejadian-kejadian macam ni, buat zizie fobia untuk membaiki gajet kat kedai. Ada peniaga yang just nak kaut keuntungan tapi servis cincai je. Ada yang kaki menipu tukar komponen barang. Sekarang, kalau gajet-gajet ada masalah je, zizie prefer baiki dengan abang Zahar. He gained my trust.