Duit Dan Melancong.

22.4.13
bila aku baca kisah blogger yang suka merantau ni, rasa teruja gila nak pergi juga..
tapi, untuk semua tu, memerlukan duit.. dan duit.. dan duit.. dan duit.. dan duit yang banyak..
oh, tak lupa juga masa.. hehe..
bila baca ada yang pergi luar negara, lagi la over excited..
mulut ni, habis baca sebaris, mula la duk cot cet "untung la... "huntong la.." HONTONG LA.."
yang last tu kala over habis excited.. haha..
siapa tak teringin melancong ke sana sini..
bukan setakat untuk have fun semata-mata, tapi nak juga menikmati keindahan ciptaan Tuhan di tempat orang..
NAK SANGAT!

aku ni tak ada la macam novel melayu..
duit berkoyan, tapi mak bapak tak luangkan masa untuk anak-anak.. tak..
malah, sebaliknya..

daif tu, tak ada.. mungkin dalam kategori miskin..
adik beradik sepuluh orang, yang ada hanya la sebuah motor kapcai..
mana boleh nak angkut semua anak beranak naik motor..
bila ada rombongan sekolah gi melancong ke KL ke, Langkawi ke, Cameron Highland la, memang tak dapat nak pergi jugak sebab tak ada duit..
jeles kot bila ada kawan balik dari bercuti kat luar negeri, cerita itu ini, tunjuk macam-macam gambar..
aku just mampu anggukkan kepala..
tak payahkan negeri orang, negeri sendiri pun aku tak habis melawat..

sampailah tahun 2008, aku dapat tawaran sambung sekolah menengah kat Kedah..
masa tu, happy gila! nak pergi!
tapi, abah dengan mak tak kasi sebab jauh dan aku sorang diri..
lucky me, ada kawan sekolah rendah aku pun dapat sana, dan mak abah bagi aku pergi..
so, aku sejak umur 13 tahun dah duduk jauh dari family, berdikari sendiri..
kononnya, dapat la merasa macam melancong.. padahal, tak pun..
masih perlukan duit kalau nak bergerak ke banyak tempat kecuali kau sanggup nak berjalan kaki, tawaf satu negeri..
dan sampai sekarang, aku belajar di negeri orang..
ikut hati, dah letih nak belajar di negeri orang..
aku pun nak juga belajar kat negeri sendiri, balik rumah tiap-tiap minggu..
alah bisa tegal biasa.. tapi, aku alah bisa dah naik muak..

google : Pulau Mabul di Sabah

dalam banyak-banyak tempat, aku nak melancong ke Sabah Sarawak..
aku pun tak tahu apa yang ada kat sana.. hahaha..
just instinct minta nak ke sana sebelum aku banyak duit, melawat ke Europe sana..
aiceh... Europe baq hang.. Bandung tak nak ke? hahaha..
adik aku cakap, "mung tunggu honeymoon la..". cis! dibuatnya future husband nak pergi Cameron Highland je, kempunan la aku dik oiii... hahaha..

sekarang, family dah senang sikit kalau nak bergerak sana sini..
akak-akak ngan abang aku pun dah kerja..
tapi, tak ada la melancong sangat..
setakat ke Perak, kalau ada kenduri kahwin or mandi manda kat Air Terjun Sekayu tu, selalu kitorang pergi..

teringat kisah kawan aku, every month, ayah dia akan bawa mak dia pergi honeymoon..
lucky them, orang kaya, tiap-tiap bulan pergi honeymoon.. but, so shuwit like cotton candy.. awww..
at least ayah dia romantic dowh!

walau apa pun, aku masih ukur baju kat badan sendiri..
simpan la dulu hasrat tu zie oiii..
nanti, ada rezeki, dapat la tuh..
kawan aku cakap, kalau nak cepat, pi cari sugar dady.. =.='''
kepala hotak beliau.. huhu..

itulah dia kisah aku yang tak ada la kempunan sangat nak melancong..
boring kan? aku yang menaip ni pun, boleh mengantuk.. huwaaa *yawning*

ciao.

You Might Also Like

22 comments

  1. akak ponah poie sumo negeri tmasok sabah & sarawak...karambunai, sabah beshh!!!...sarawak pon beshhh!!!...itu pon sobab ikot bos...hahaha...

    apopon, belajaq tinggi² dulu, kojo, kumpoi duit, poie dongan duit sendiri...laie pueh ati...kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas nasihat membina akak.. hehe..

      Delete
  2. meh g srwk. .kta jumpa. .hehe. . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. nak sponsor tiket x? hehehe..

      Delete
  3. i also wanna travel if can all around the world ^^ kalau lah i am a billionaire hehehhehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. xperlu jd billionaire.. asala banyak duit sudah.. hehe..

      Delete
  4. haha,,same lah kita..teringin sgt nk melancong tpi xberduit..insyallah akn diusahakn smpai dapat tuk p melancong..hope awk pon mcm tu.. jom singgah blog sue plak http://sueomey.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, tengah tak ada rezeki lg ni.. huhuhu...

      Delete
  5. kalau cik abang ajak g Europe masa honeymoon macam mana? hehe.. insya-Allah, adalah tu rezeki akak nanti :)

    ReplyDelete
  6. menarik tu... sama lah kisah hidup kita... saya pon dari kalangan orang susah...
    Tapi alhamdulillah... dah kerja ni, dapatlah simpan duit sikit buat bekalan mencari pengalaman di negara orang. Actually kalau di kira², sekarang ni melancong ke luar negara x adalah mahal sgt.. tapi cara backpackers lah... Yess... backpackers memang seronok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. backpacker.. sounds great.. tapi, tak ada geng.. huhu..

      Delete
  7. Jom buat biz yg boleh melancong sana sini....

    ReplyDelete
  8. tingin nak pegi pulau mabul & sipadan,
    adik sy ckp cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tengok gambar pun dh teruja.. huhu..

      Delete
  9. saya pun teringin juga nak melancong jauh2 :) tapi belum ada rezeki kot....btw, i'am from sabah. kalau nak melancong kt sabah, jgn lupa pegi pulau2 yg menarik ala maldives pun ada..hehe !

    ReplyDelete
  10. Jom pergi Pulau Perhentian. Meh melawat dalam negeri dulu. Ekekeke. Boleh jumpa :p

    ReplyDelete
  11. wah.. best juga kalau pergi melancong cuma memerlukan duit yang banyak..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.