Petua Untuk Mengubati
Demam Denggi | Dah setahun berlalu
sejak zizie dijangkiti demam denggi. Sakitnya tak payah cakap la. Baca sendiri
entri setahun yang lepas ni. Baru-baru ini, sepupu zizie dijangkiti demam denggi berdarah. Kalau tak diubati dengan segera, memang boleh membawa maut.
Tambahan pula, sepupu zizie waktu tu sedang sarat mengandung. Tapi, jangan risau.. Alhamdulillah,
beliau dah selamat melahirkan cahaya mata dan pulih sepenuhnya.
Semua orang tahu,
demam denggi ni tiada penawar dari segi rawatan moden. Jika pergi ke klinik
atau hospital, paling kurang diberinya Panadol (paracetamol) sahaja. Kali ini, zizie
nak berkongsi petua-petua yang zizie amalkan semasa dijangkiti demam denggi
dahulu.
Sup Ketam Nipah
Ketam nipah ialah
ketam sungai. Dulu-dulu, ketam ni senang dijumpai di kawasan pokok nipah dan
lalu dipanggil Ketam Nipah. Ketam nipah ni memang no 1 sebagai penawar demam denggi.
![]() |
| sumber |
Mak zizie cuma masakkan sup kosong sahaja. Cukup dengan mereneh ketam nipah dan diletakkan secubit
garam sebagai perasa. Memang tak sedap lagi-lagi bila dah demam, selera makan
dan deria rasa pun macam dah mati. Masa mereneh tu, pastikan kaki ketam
direndam di dalam air. Menurut cina yang jual ketam tu, penawarnya terletak di
bahagian kaki. Alhamdulillah, dengan amalkan sup ketam nipah, platelet zizie
daripada rendah meningkat sedikit demi sedikit.
Buah Kiwi
Buah kiwi juga menjadi
amalan zizie semasa sakit. Buah kiwi mengandungi banyak khasiat yang membantu
masalah jantung, pencernaan, diabetes, keseimbangan alkali dalam badan dan
diet. Ada yang mengatakan perlu dikisar untuk dijadikan jus. Itu pun boleh. Zizie Cuma hanya memakannya sahaja. Ada yang mengatakan, buah kiwi yang
berwarna kuning lebih mujarab daripada yang berwarna hijau.
Jus Pucuk Betik
| sumber |
Jujur zizie katakan,
petua ini yang paling zizie tak gemari. Ya Allah! Rasanya sangat kelat!! Zizie
cuma minum pada hari pertama sahaja. Tak sanggup dah nak telan. Plus, mak zizie
buatkan satu mug. Mana larat nak habiskan semua tu. Padahal, cukup je kalau
minum satu sudu setiap hari. Mak ai memang ekstrim! Kekekeke.
Minum Air Secukupnya
Petua yang ini perlu
dilakukan juga walaupun tak sakit kan.. hehe. Minumlah air secukupnya
sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Minum 100 Plus
Minuman isotonik ini
memang berkesan untuk mengubati demam. Zizie dah cuba amalkan dengan meminum 2
botol besar 100 plus setiap hari tetapi tak berkesan dan jumlah platelet tetap
di bawah 100. Naik sebu jugak perut ni nak minum air banyak-banyak. Mungkin
ianya berkesan kepada orang tertentu sahaja.
insyaAllah dengan
mengamalkan petua-petua di atas, demam denggi akan kebah dan platelet darah
akan kembali normal.
Selamat mencuba,
readers!








