Wajarkah Kedudukan Tempat Mengambil Wudhu' Perempuan Seperti Ini? | Lepas makan di Kenny Rogers, kitorang bergerak untuk solat asar di surau Taiping Mall. Sejujurnya, ini kali pertama zizie menghadapi situasi di mana tempat mengambil wudhu' atau air sembahyang perempuan berada ruangan yang terbuka.
Berdasarkan gambar di atas, zizie berdiri di laluan orang ramai lalu untuk ke surau. Surau lelaki berada di hujung. Jadi, orang lelaki melalui di hadapan surau perempuan dahulu. Lihatlah, semua orang boleh melihat aurat perempuan yang mengambil wudhu' di situ. Dah macam sebelum nak beribadah, kena buat free show pulak.
Nasib baiklah tandas wanita (ladies) berada di sebelah surau. Zizie mengambil wudhu' di tandas perempuan yang dalam keadaan bertutup tu daripada di tempat mengambil wudhu' yang terbuka. Apa-apa pun, tak sesuai jugak ambil wudhu' di tandas sebab tandas untuk membuang air. Dah darurat, terpaksalah. Tak sanggup aku nak buat free show kat situ.
Kalau mahu memberi alasan owner Taiping Mall ataupun arkitek yang design bangunan ni bukanlah orang Islam (non-muslim), rasanya tak relevan. Cuba fikir, banyak lagi shopping mall yang ownernya atau arkiteknya non-muslim tapi masih lagi dapat menyediakan ruangan mengambil wudhu perempuan di kawasan tertutup dan menjaga aurat perempuan.
Bagi zizie, sepatutnya dengan menyediakan tempat mengambil wudhu' mempermudahkan urusan muslimin. Tapi, ini lagi menyusahkan. Pernah tak korang mengalami situasi begini di tempat lain?