Memilih Pekerjaan Dan PTPTN

24.2.18
Entry kalini, Zizie tujukan kepada para penganggur yang menanam anggur dengan jayanya, lebih-lebih lagi fresh graduate. It just my experiences and my personal opinions of job hunting dan bayar PTPTN.

Well, it started when Zizie tengah bersembang dengan sorang kakak ni pasal anak dia which is one of my junior semasa di universiti. Dia pernah bekerja di tempat kerja kitorang sebagai clerk dan berhenti after two months sebab nak cari kerja yang lebih sesuai dengan taraf pendidikannya. Okay, suit him sebab memang kerja tu tak sesuai dengan taraf pendidikannya. Masa dia berhenti, kakak tu tanya pendapat Zizie tentang hal tu. 



Pada pendapat Zizie, dia boleh je teruskan bekerja kat situ dan dalam masa yang sama cari pekerjaan yang dia inginkan. Zizie tahu betapa sukarnya nak mencari pekerjaan dalam industri pembuatan especially you are with zero experiences. Sekurang-kurangnya, while job hunting, dia still dapat monthly income. Dan sekarang dia still job hunting without any income based on what the kakak told me.

Untuk Zizie sampai ke tahap Zizie sekarang bukanlah mudah. I cannot resist when people claimed you need a cable to get a job. Mostly, that's what happened. Unless, korang mempunyai result yang gempak. Masa mula-mula habis belajar dan dengan result yang boleh la~, tak mudah nak dapat kerja. Masa tu memang down gila la (baca sini). Bagi korang yang mengalami masalah macam Zizie at the first stage, take my advice; jangan memilih jawatan di dalam industri yang korang inginkan. Zizie started with supervisor dalam industri pembuatan and I gained experiences. The main point here is GET THE EXPERIENCES. Korang kena faham ye market sekarang nakkan pekerja berumur 20-an dengan pengalaman 30-an. Yes. It is bulls***. Tapi kita ni timun dan dorang durian.

Then, get the next stage. After a year, Zizie cuba apply jawatan yang sesuai dengan taraf pendidikan Zizie. Yup, I made it because of my experience. I still remember when I got the call, they asked me about my experiencd during my previous work. See how the experiences are important guys. That's why when anyone PM me at Linkedin how I can get the position, my advice is; JANGAN MEMILIH PEKERJAAN. Kalau bahasa kasarnya, kena bawak sedar diri. Gitooh. Hehe. Kalau nak cerita lebih lanjut, nanti korang bosan pulak baca entri ni. Aku nak cerita pasal PTPTN lak ni.



PTPTN - Iye, dilema untuk semua peminjam PTPTN. Kepada adik-adik peminjam PTPTN yang masih sedang belajar, korang kena fikir dari awal untuk melangsaikan hutang jahat ni. Kenapa Zizie panggil hutang jahat padahal inilah yang menanggung kos pembelajaran dan suka ria semasa di zaman pembelajaran? Cukup 6 bulan dari korang menamatkan study korang, korang dah wajib bayar PTPTN dan ianya dikira sebagai LOAN. Korang jangan ingat bayar RM 50 sebulan pun dah cukup ye. Korang kena bayar mengikut jadual. Macam Zie, Zie kena bayar RM 178.89/month and I paid that much every month.

Tak boleh ke bayar kurang?

Boleh, tapi nanti scoring korang tak cantik dan ini akan effect masa depan korang bila kau nak buat loan dengan bank. Amacam? Jahat kan PTPTN ni? And right now, I am facing this problem. Sebab masa menganggur tu, Zizie tak dapat langsaikan hutang PTPTN beberapa bulan dan bila nak buat loan, nah scoring tak cantik!

Berbalik kepada cerita junior Zizie tu, dia cakap rasa lega la sebab 6 bulan lepas habis study baru wajib bayar PTPTN. JANGAN BERASA DI ZON SELESA ya anak-anak. That's the exact phrase I told to myself, dan tengoklah sekarang. Kau rasa? Haru kan PTPTN ni. Dorang bagi masa 6 bulan tu untuk korang cari pekerjaan. Bukan saja-saja nak bagi korang senang lenang dalam masa 6 bulan tu.

Boleh tak, tak nak bayar? - Boleh. Korang dapatkanlah first class pointer masa study. Confirm tak payah bayar.

Bila Zizie cakap jangan memilih pekerjaan, tak semestinya korang tak boleh bercita-cita besar. Of course you can. But you need to climb to be able to top. Hope you get what I want to deliver here.

Till then, bye!

You Might Also Like

14 comments

  1. Nice sharing Zie....mana-mana majikan mahukan pengalaman...dan bagi kak PC...majikan itu sendiri mesti beri peluang pekerjaan kepada pemohonnya..dari situlah pengalaman diperolehi..yang mencipta ruang pengalaman adalah majikan..dan pemohon pekerjaan,di awalnya jangan terlalu memilih..untuk sementara waktu..bina tapak,kumpul ilmu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

      http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

      Delete
  3. sharing yang bagus ni... pengalaman kerja akan banyak bantu kita untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik...

    ReplyDelete
  4. yes
    ramai sekarang nih silap bila berhenti kerja dari kerja sekarang nak cari kerja lain...
    kalau masa berhenti tu memang dah dapat kerja tak apa tetapi berhenti kerja tetapi tak ada kerja lain

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing. ade satu sem lagi nak habis. doakan yang baik baik ye... heeee
    http://nineteencapri.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Info yg sgt bagus especially itk fresh grad

    ReplyDelete
  7. Betul tu Zizie. Teringat first job lepas keluar U kat Watson. Memang kena tebal muka untuk gain the experience

    ReplyDelete
  8. CF setuju dengan pendapat zizie berkenaan dengan pengalaman bekerja tu. CF pon berfikiran sama dengan zizie. ruginya anak kakak tu berhenti kerja kan. walaupun sekadar kerani tapi sekurang-kurangnya dapat pengalaman bekerja. itu yang penting. bila dah ada pengalaman kita akan rasa lebih yakin.

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang bagus Zizie.. Akak memang setuju dengan pendapat awak, di zaman ini kita tak boleh nak memilih kerja.. Memang betul setelah penat kita belajar tapi bila kerja ianya tak setimpal dengan apa yang kita pelajari semasa di universiti. Tapi dalam masa yang mereka memerlukan pekerja yang mempunyai pengalaman sebab bila ada pengalaman bekerja, senang lah senior nak buat kerjanya tanpa perlu mengajar juniornya daripada zero knowledge..

    ReplyDelete
  10. kak dah habis bayar hutang ptptn..alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. inilah dilema bekas pelajar dgn ptptn ni. grab job yang ada & in the same time hunting job yang related dengan qualification.yang rezeki dapat gaji besar oklah bayar cantik tiap bulan.yang rezeki lambat dapat gaji besar, bayarlah sikit2 dulu.tapi, interest boleh buat korang menangis dikemudian hari.
    Janji Kita

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.