Jan KDrama: Queen For 7 Days (2017) & While You Were Sleeping (2017)

13.2.18
Hi guys. Bulan lepas, Januari, Zie sempat menghabiskan masa lapang Zizie dengan menonton K-Drama. Orang lain kemain sibuk dengan #KekasihPaksaRela, Zie layan K-Drama. Kekeke. Dah lama Zizie tak melayan drama korea dan just a few story je Zie tahu best. So, I decide to google with keyword, "Top Drama 2017". Dan Zizie just pilih K-Drama sebab dah tahu K-Drama ni episod tak meleret lama-lama.

Queen For 7 Days (2017)


Dibintangi oleh Park Min Young, Yeon Woo Jin dan Lee Dong Gun, Queen for 7 Days mengisahkan Joseon yang diperintah oleh Lee Yoong (Lee Dong Gun) yang psiko kerana berasa tergugat dengan adik tirinya, Lee Yeok (Yeon Woo Jin) yang sebenarnya pemegang takhta sebenar apabila sudah dewasa. Lee Yoong cuba mengahwinkan adik tirinya dengan Shin Chae Gyung (Park Min Young), anak kepada salah seorang menteri kesayangannya.

Cerita ni sedih sebab ramai yang terkorban semata-mata sifat tamak dan cemburu Lee Yeok terhadap kuasa dan Lee Yeok. Lee Yeok sebenanrnya sayangkan abang tirinya dan sampai kesudah tak sanggup nak bunuh abang tirinya. Chae Gyung pulak kuat sungguh semangatnya untuk setia dengan suaminya walapun suaminya banyak berahsia. Chae Gyung juga mempunyai rahsia yang dia sendiri pun tak tahu sehingga mak ayah dia terpaksa asingkan dia.

Kalau drama Melayu ending selalunya diakhiri dengan perkahwinan, dapat anak, ataupun orang jahat masuk penjara. Drama Queen for 7 Days ni lain sikit endingnya. Zie hampir tertipu ingatkan ending klise.. Huhuhu.. Kalau hati tisu, mohon sediakan tisu ye. Aku nangis weh tengok drama 20 episod ni. Huwargh!

p/s: Ini first time Zie tengok Yeon Woo Jin berlakon. Lee Dong Gun pun rasanya dah lama tak keluar drama macam ni. Rasanya la.

While You Were Sleeping (2017)


Kisah unik tentang Hong Joo (Bae Suzy) yang boleh melihat masa depan atau lebih tepat kemalangan yang menimpa orang lain. Sehinggalah dia berjumpa dengan seorang pendakwa raya Jae Chan (Lee Jong Suk) yang bermimpi kejadian-kejadian malang yang berlaku kepada Hong Joo. Kemudian, berjangkit pulak dengan seorang pegawai polis, Yoo Bum (Lee Sang Yeob) yang bermimpi tentang Jae Chan kerana Jae Chan secara tak sengaja menyelamatkan Yoo Bum ketika menyelamatkan Hong Joo.

Cerita ni mempunyai 32 episod dan best sebab Lee Jong Suk banyak buat aegyo. Hahaha. Tak lah. First, I keep wondering apa yang terjadi sebenarnya antara Hong Joo dan Jae Chan sebab ada benda terjadi pada masa lalu. Second, OST lagu ni banyak gila yang best. Adam dah naik bosan aku duk repeat OST lagu ni. Haha. Third, friendship antara mereka sangat sweet. Korang tengok la sendiri. Siapa yang ada syndrom second hero mesti sukakan watak Yoo Bum sebab he has a sweet smile.


Both of drama are recommended by me. Tapi kalau korang tak suka cerita historical, janganlah tengok Queen for 7 Days sebab cerita dia serius sikit. Tak banyak sangat humor macam cerita While You Were Sleeping. Dan siapa yang duk repeat OST While You Were Sleeping, kita geng!! Hahaha.

Till then, bye!

You Might Also Like

4 comments

  1. While You Were Sleeping tu den dah tengok tahun lepas
    bapak best gila cerita tu
    kreatif dan interesting bila dia nak ubah dari terjadi sama macam yang dia mimpi :)

    ReplyDelete
  2. While You Were Sleeping tak tengok lagi...

    ReplyDelete
  3. While You Were Sleeping best giler kan.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.