Review Tea Tree Oil Facial Cleanser Cosmoderm

7.3.17
Review Tea Tree Oil Facial Cleanser Cosmoderm | Zizie mula menggunakan produk Cosmoderm masa bekerja di sebuah syarikat elektronik. Di sana, Zizie terdedah dengan bahan kimia seperti coolant, silicone oil dan jugan asap daripada solder. Masa Zizie mula-mula masuk kerja di situ, muka ni baru je nak slow-slow untuk kurang berjerawat.

Adoi, baru sebulan macam tu kerja, muka Zizie dah naik jerawat balik. Sebagai seorang perempuan, tipulah Zizie tak nak muka yang bebas jerawat. Dan bohonglah kalau tak ada rasa segan kalau orang tegur, "Eh, dulu bukan muka kau okay je ke?"

Waktu tu Zizie pakai produk S. Memang Zizie tak pakai pencuci muka lain. Lepas tu, Zizie teringatkan kawan sekelas Zizie dulu pernah muka dia menjadi teruk angkara krim malam produk N. Dia rujuk kepada ahli farmasi dan ahli farmasi sarankan dia menggunakan produk Cosmoderm. Zizie pun cubalah search sikit pasal product Cosmoderm di www.cosmoderm.com.my .

Masuk saja website Cosmoderm, terus rambang mata sebab banyak sangat rangkaian produk untuk facial. Contohnya Tea Tree Oil Series, Vitamin E Series, Luminous Pearl Series dan Gentle Series. Luckily, mereka dah sediakan produk apa yang sesuai untuk jenis kulit muka dan sekali dengan langkah penjagaan. Tak jadi Zizie nak rambang mata. Hehehe.

As a first step, Zizie cuba Tea Tree Oil Facial Cleanser sebab muka Zizie jadi berminyak sangat. Sebab tu la liang roma Zizie tersumbat dan "melahirkan" jerawat. Lama-kelamaan, jerawat yang tumbuh dengan jayanya kat pipi kanan dah berkurangan.

Tea Tree Oil Facial Cleanser
Produk Cosmoderm ni tiada parabens. Parabens ni widely used dalam produk kosmetik sebab ianya murah dan tahan lama. Tetapi pada awal 90-an, terdapat pertemuan yang parabens boleh menyebabkan kanser payudara dan masalah reproduktif. Sebab inilah Zizie memilih produk Cosmoderm. Muka Zizie dah terdedah dengan bahan kimia dan seeloknya Zizie perlu melawannya dengan produk yang kurang bahan kimia seperti Cosmoderm.

Dah hampir setahun Zizie gunakan Tea Tree Oil Facial Cleanser dan Zizie berpuas hati! Kalau ada kawan-kawan yang kulitnya sensitif, Zizie sarankan menggunakan produk Cosmoderm. Kalau korang pun nak cuba, apa kata korang beli di Guardian sebab selalunya Zizie beli di Guardian tetapi tak semua jenis produk adalah. Di website Cosmoderm pula agak mahal tetapi korang mesti dapat jumpa apa yang korang cari.

Zizie ada lagi dua produk Cosmoderm yang Zizie gunakan untuk penjagaan muka. Lain kali Zizie share dengan korang. See you later!

You Might Also Like

11 comments

  1. Nanti review produk cosmoderm yang lain pulak ok! Still searching for the most suitable cleanser for my skin. Buat masa ni, tengah eksperimen Himalaya. Hehe.. 😉

    ReplyDelete
  2. lama dah carik produk cosmoderm kat watson/guardian, selalu habis dan takdak T^T

    ReplyDelete
  3. pertama kali dgr produk ni, rasa nya sis kurg up to date ! huhu. bgs juga zizie share, insyallah bmanfaat kepada kawan2 yg masih hadapi masalah jerawat even da pakai mcm2 jenis skincare

    ReplyDelete
  4. CCL pun penguna cosmoderm ... guna set tea tree oil

    ReplyDelete
  5. heheh tak pernah cuba lagi .. mahal tak ?

    ReplyDelete
  6. weyhhhh.. Misaki pun pakai Cosmoderm, tapi yg bb cream punya :D baru je pakai..but I like it sbb bila pakai dkt tangan tak rimas masa nak sapu dekat muka... pastu an, muka jadi berkilat.. I loikkeee XD yg zizie pakai ni kan, my mom ja guna :D ahahahhaa.. katanya halal XD

    ReplyDelete
  7. time kasih dik share pasal cosmoderm ni...akk nak belikan tuk anak la...jerawat banyak kat muka dia

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.